CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, May 19, 2013

happy guru day!

aSSalamualaikum~~~

special dedicated Happy Teachers Day!! kepada cikgu cikgu ku.. cewwaahh..

sejak tadika Cikgu Hayati - memang tak boleh nak lupa masuk pertandingan story telling Nabi Yusuf. bagi salam salah then satu dewan gelak. maluuu.. yela.. umur baru 5 tahun gigi pun tak de lagi. sebut pun tak betol lah..

primary school Sek. Keb. Sg. Seluang (1997-2000). lepas tu pindah SK Jln Paya Besar (2001-2002)

-Cikgu Mariam (selalu betolkan tudung sekolah aku pagi pagi). biasalah budak berhingus selalu meleleh..har har har,

-Teacher Rokiah (selalu menguap dalam kelas teacher),

-Ustazah Junaidah (best! dapat 100 Pendidikan Islam.

- Cikgu Rozita (kepala aku penah kena ketuk dengan cikgu nie kot. sakit gila. terus minat math lepas tu)

- Cikgu Zul (cikgu sains selalu ketuk tangan aku sebab banyak main dalam kelas. dan teramat sangat tak minat sains kelas cikgu tu! series! *errr.. apehal asyik kena ketuk je nih..,

- Cikgu Hasnah (cikgu BM darjah 2 sampai darjah 3 merangkap mak bestfriend aku),

- teacher Teh, Sir Zul, Cikgu Baihaqi (cikgu part time dari Mesir. hensem kot!), Ustaz Lutfi (part time jugak. siap buat part time jual kasut kat pasar malam lagi. salute ar!)

- Cikgu Zainab (best gila cikgu BM nie), teacher HO (teacher koir aku dulu. *ehem! suara katak pun masuk koir. mmg lawak ah!),

-cikgu Noraini (cikgu netball and volleyball masa sekolah dulu)*sorry cikgu! tak menyumbang pingat pun.. heheheh

secondary school. SMK Jalan Paya Besar (2003-2005)

- Cikgu Mazura (cikgu BM form 1 and Sejarah form 3 ) *best gila ajar Sejarah.. dari tak minat terus minat.

- Teacher Saraswathy (teacher math), Cikgu Panjawarnam (cikgu BM plus cikgu olahraga masa zaman slim     dulu) *cikgu India ajar BM wooo..

- Ustazah Norazian *ustazah yang asyik suruh aku jawab soklan. bila kelas pendidikan islam memang kecut je perut aku.

- Ustaz Khairul.* fresh grad dari Jordon. ajar bahasa Arab. dan jahilnya aku pernah lari dari kelas masa form 1.  tapi, dah naik form 2 sampai form 3 dah insap dah. sebab jadi pengawas. tak boleh nak otai lebih lebih.

- cikgu Wahab, Cikgu Mazita, Teacher Hanani, Teacher Sharifah, Sir Lim (aku panggil sir garfield. series macam garfield), Cikgu Roshani, Cikgu Zaiton, Teacher Euw Moi Guik.. and all..

MRSM Beseri (2006-2007)

- Cikgu Kamal *cikgu physics merangkap cikgu kelas dua tahun berturut turut..

- Cikgu Jalil *cikgu kimia yang paling awesome. best gila ajar..sadly form 5 cikgu lain ajar.

- Teacher Narimah *cikgu add math paling penyayang aku rasa. dia mengajar memang ikhlas.sebab cikgu la class aku dapat kelas terbaik untuk result add math. tp sayang, middle form 5 cikgu pindah mengajar matriculation Kuala Nerang.

- Teacher Hazlin. *teacher math, sweet and cun..

- ustaz Yusri * ustaz Pendidikan Islam dua tahun berturut turut. merangkap warden bebudak laki. pagi pagi ronda satu asrama sambil hon hon moto kejut bangun subuh. bawak rotan lagi.. how i miss that moment.. really.. dan ustaz penah cakap aku tak pandai masak. sebab aku jawab soklan ustaz nak buat sup letak sup bunjut je.. maluuuu..

- teacher Juliyana. *teacher EST yang sporting gila..

- teacher Norsitah *very nice, kind english teacher.

- Cikgu Juna *warden block F yang garang gila. tapi aku dulu kaki ponteng assembly, kadang kadang usrah and tazkirah (kadang kadang je eh, har har) lepas tu menyorok dalam loker. muka kena denda sapu koridor dengan cuci toilet. *tak pelah. charity ape tolong mak cik cleaner..

...and all..

CENFOS IIUM NILAI and all lectures in IIUM.. thanks for being such a beyond awesome teachers in the world.

and not to forget, mak dan ayah adalah cikgu yang paling terbaik. *walaupun bukan cikgu..

^cheeto^!

wasalam..


p/s: alamak, terserlah kejahatan aku masa sekolah dulu..


Friday, May 10, 2013

remind the old times~~

~~aSSalamualaikum~~

rasa nak update blog tapi tetiba terbukak video clip Embrace pulak. zaman bila punya band ntah lah.. zaman hingus hingus dulu tak lah minat sangat, setakat westlife *oh! evergreen... nsync, blue, layan lah jugak sikit sikit. tapi westlife is not to forget. sampai sekarang jatuh rahang kalau tengok mark, brian, shane , nicky dengan si Kian tu.. *even, diorang dah tua.. kalau orang minat sangat dengan si shane tapi aku minat gila dengan Kian and Mark.. tapi si Mark nie gay lah pulak..err...

then, sampai satu stage  minat simple plan, green day, sum 41.. tapi simple plan the most. green day tak yah cakap lah. sampai sekarang ada lagi dalam playlist. tapi dah lama tak replay.. har har har..

dah tua tua nie*eh! tua ke??.. tua la kalau dah kubur kata mari rumah kata pergi kan? dah kurangkan dengar all those songs. plus, short term memory macam aku dah tak ambik kesah dengan lyrics..

since Maher Zain top meletop kat Malaysia, aku dah baik baik sikit *errrr.. baik ke?? har har har..  at least playlist ada lagu nasyid kannn... hehehe.. add on Sami Yusuf! favourito!! ditto!!
padahal dulu kat rumah masa kecik kecik ayah selalu je beli album nasyid.. tapi dengar sebab nak masuk pertandingan nasyid kat sekolah. apakah??

malam malam dengar Embrace tak bagus jugak ye dak? why not we have Ya Hanana..


pernah dengar selawat nie masa talk dekat Uia. budak budak comel tahfiz yang nyanyi. bulat mata dengar. tak sangka ada yang mempopularkan selawat nie.. *special friend yang cakap. aku pun baru je tahu~~ #sosad... dan baru lah aku ingat semua selawat yang adik adik tahfiz nyanyi sesedap buluh perindu tu semua Habib Syech pun nyanyi..

esok picnic Ulu Yam!! yahoo!! ta sabau raso.. mahu taknya. kepala dah macam macam benda ada. why not take a break enjoying Allah creatures kan??

dan esok jugak 1 Rejab..* err.. dah 1 rejab dah pun sejak tadi.. rugi pulak tak dapat puasa sunat. bak kata Kak Fiza, belum tentu lagi kita akan jumpa Rejab taun depan. eh! apakah?? ehem! tak salah ingat mati, kan sunat tu..

^cheeto^!

wasalam..








Sunday, April 21, 2013

it has been~~



aSSalamualaikum~~


walawehhh!! dah lama tak hupdate blog.. banyak pulak sarang spiderman kat blog nie. nak kena vakum lebih sikit nih.. muahahaha..

it has been 3 bulan lebih dah aku practical dekat SMA. alhamdulillah.. so far okay, nice.. best thing is bila senior auditor and tax agent are like own sister. aku rasa macam adik adik manja plak kat situ.. *perasannyewwww.. muahahaha.. padahal ada je student lain yang practical situ jugak. tapi diorang department account.

introducing.. jeng jeng jeng~~~




kak yuyu!! nice sangat. even perangai macam budak budak tapi kelakar betol kakak nih. kalau takda dia nie macam sunyi je ofis. kerja dia membahan orang je.. 



next!! kak yaya and kakak fiza!! kak yaya nie practical jugak macam aku. tapi dulu dia student diploma sambung degree. best la dia nie sebab cara dia fikir sangat matang. so perlu kaunselor? pakar kecantikan dan fashion sila berjumpa kak yaya. har har..

kak fiza senior auditor. kalau buat kerja peh! sangat sangat la detail. so, aku macam takut sikit kalau buat audit dengan kak fiza. sebab aku nie bukan la particular sangat. tapi, dia nie comel kot. nice je.. kalau nak berkenalan she's taken. ngeh ngeh..



next award goes to..... jeng jeng.. kak nana! nie fresh graduate. baru masuk jadi staff. baru sebulan lebih macam tu. kak nana nie lagi kelakar.. kak nana+kak yuyu pecah ofis buat lawak..






yang atas kerusi ayu ayu sweet sweet tu kak mas. kak mas sopan gila.. sangat sangat la sopan. client pun pernah puji kak mas dekat kitorang kalau cakap dengan kak mas nie nak marah pun tak jadi marah. kak mas lagi la kakak2 gituuu.. so, banyak jugak interest yang sama between me and kak mas. she's like to read Ramlee Awang Murshid punya novel jugak.



and these are the combination of family Sarina Mohamad Associate.. tax agent, auditors and accountant. mostly accounting department student practical. sebab staff semua dah berhenti..


banyak lagi nak cheghita nih. tapi baju bertimbun nak kena iron...

bubyeee~~

^cheeto^!

wasalam..

Saturday, March 23, 2013

baking..baking..and baking!!

aSSalamualaikum..

best best! berjaya lagi nampaknya buat cake coklat. kali nie simple and save time. sebab recipe baru. hasil sama je macam kek sebelum nie tapi cara nak buat tu lagi senang.. bahan bahan yang tuan tuan dan puan puan perlukan adalhh..jeng..jeng..jeng..*err... macam chef senduk pulak..

bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum diayak..
1 cawan serbuk koko (selalu pakai van houtan)
4biji telur
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
1 sudu besar soda bikarbonat

macam mana nak masak?

mula mula blender 4 biji telur bersama sama dengan gula.. make sure blender gula sampai hancur..
at the same time, masukkan 2 cawan tepung dan 1 cawan serbuk koko dan gaul sampai sebati. nie dalam bekas lain tau. jangan campur dengan adunan blender pulak..
kemudian masukkan satu cawan susu pekat dan satu cawan minyak kedalam adunan telur yang di blender td.
blender lagi sekali.. then campur adunan blender tersebut ke dalam tepung yang digaul sebati..
dah sebati, masukkan kedalam bekas untuk kukus..
den lebih suko buat kek guna kukus..kukus selama 1 jam 10 minit..

untuk topping:
4 sudu besar coklat
setengah cawan susu pekat
2 sudu minyak


masak atas dapur.api kecik je tau.kang hangit plak nanti. kalau terlalu pekat masukkan air sikit. pandai pandai adjust la air tu.. then siap!

senang sebab tak payah sejukkan coklat sampai 4 jam macam sebelum nie..


ntah pahape je rasa kek nie. kalau orang lain buat maybe lagi sedap lah kot..heheheh..
\
^cheeto^

wasalm..

aku anak kampung~~lalalala~~

aSSalamualaikum~~

assalamualaikum~~ nenek oh nenek! *sila buat gaya upin ipin. dah pukul 2 pagi dah tapi sengaja tak mau tidur awal. sebab esok dah nak balik uia lepas tu nak tidur lambat sikit. baru rasa macam lama duduk rumah. har har har.. pon boleh gittewww..

best arh walaupun sehari je balik kampung, eh! sehari ke? dua hari la kira.. rasa macam lama pulak duduk rumah. prepared lunch and dinner dekat kucing kucing ku yang gomok, kurus dan kecik kecik lagi tu. naik basikal janjalan sekampung. sekampung?? tipu disitu...*errr..dah tua pun main basikal lagi ke?  and cake baking! yay! paling best lah tu. resipi baru kek coklat. dah lama tak buat kek.*sambil letup letup tangan..cewahh berlagak macam chef je.padahal  ntah ape lah rasa.. untuk kakak opis punya pasal..  and belanja family jugak. first allowance haritu kena la belanja.nanti kang jadi anak derhaka pulak. hew hew..

lepas tu jumpa best friend aku yang memang wajib pun kena jumpa bila cuti. by the end of August dah nak jadi isteri orang dah. abes practical before raya, lepas tu boleh lah aku jadi penyibuk kenduri orang..har har har.. haih~~ macam tak percaya ja. nak kawen dah kawan aku tu. tinggal la kami kami yang bertiga lagi nie. bertiga ke? yang sorang lagi tu pun bakal jugak tu. alhamdulillah.. glad for them..

aku rasa macam nak buat buat demam je nih. tak nak balik uia..tolonglah saya.. kalau demam kan best. hoho.. *lepas tu kerja banyak kat office tu sape nak menolong??



hye! nama saya Mok~~



^cheeto!^

wasalam..








Friday, March 22, 2013

klasik~~

aSSalamualikum..

ohoiii~~~ excited bonar dah nie rasa. tak sabar nak balik kampung esok pagi. memang tak tidur malam dah nie rasa. balik kampung yay! balik kampung yay!

even dapat balik just for weekend ja tapi excited tu macam seminggu ja cuti kan. alahh..best la diorang yang tak praktical. mid break sampai seminggu ha.. nanti hari isnin and the whole week termenung lah aku sensorang dekat bilik tu..

aku rasa harini whole day hot fm play lagu lagu P.Ramlee.. sebab kalau tak silap la harini tarikh lahir P.Ramlee.. pagi pagi before pergi office tu macam excited pulak keluar lagu lagu P.ramlee. sejak dalam perut mak lagi aku minat tengok cerita P.Ramlee..*perghh tu macam dah bohong sangat dah tu.

kalau time sekolah dulu hari isnin malam aku dah cop tv siap siap. sebab time tu teater lagenda kat tv2. so kadang kadang tu tak semestinya cerita P.Ramlee ja yang keluar. kadang kadang ada jugak cerita melayu klasik yang lain. contoh macam Dupa Cendana, bawang putih bawang merah, ikan emas, duyung..


kalau first aku minat P.Ramlee..hero second aku minat Nordin Ahmad. aku rasa Nordin Ahmad tu macho kot. smart je..




nie la Nordin Ahmad.. 'kajang Pak malau kajang berlipat, kajang hamba menumpang mandi...'

aku rasa macam dah nenek nenek ja minat tengok teater klasik. roommate aku selalu gelakkan aku sebab kenal pelakon veteran. hua hua hua.. macam Rosiyatimah, Latifah Omar, Saadiah,  Mustafa Maarof, etc.. lagi best sebenarnya tengok teater klasik.. oh! soo classic i am..hehehe..

^cheeto^

wasalam...





Monday, March 11, 2013

muhasabah isnin~~

aSSalamualaikum~~


sometimes what u need and what u want is not directly give by Allah.. even sometimes u want something else but Allah give u something else. but always remember, why Allah not directly give what u want, its because of Allah wants to test ur level of sabr, iman and taqwa. how power and superb saiya u are in remembering Allah. how patient u are struggling, doa and tawakal. and why Allah give something else, its because Allah knows the best toward His creations. remember what Allah gives is the best among the best. keep on ibadah, dakwah and tarbiah khalifah!

^cheeto!^

wasalam..