Tuesday, December 27, 2011

random exam..

aSSalamualaikum..

tajuk nak random je kannnn..aku tengah revision week sekarang. tapi tak macam revision week pun. 3 hari demam. harini baru ok la sikeett..tadi kawan aku ada tunjuk satu youtube lagu buku muka..cer dengaq cer dengaq..


dengaq yoo..mok encik nak sambung study..

chioss..

wslmm..

Wednesday, December 21, 2011

random break

aSSalamualaikum..

update entry mati kebosanan kat cafe sensorang sementara tunggu class..

alhamdulillah..arini dah last class untuk semester nih! yeehaa..ceh! jangan nak heaven sangat la. final aku dah nak dekat kot. memang dah dekat sangat dah nie. final exam~~final exam~~kami datang~~dan kami nak serang~~*gaya lagu wonder pets

aku baru abis buat esaimen law. bila budak accounting buat esaimen law mengalir ayaq mata jugak baca case yang memang dok pehe mendee la term2 nie..at last, siap jugak..

ha! baru ingat satu benda, korang tau tak sebenarnya term muka buku tu salah dari segi penggunaan dalam bahasa melayu.*perghh..mentang-mentang belaja BM sem nie berlagak bebenor..

betol! tak tipu. lecturer BM aku cakap. kalau nak diikutkan hukum DM objek kat depan kan? contoh pisang goreng, buku latihan, buku graf dan etc..macam tu jugak kalau muka buku. yang sebetulnya buku muka. saya highlight dan tekankan kat sini BUKU MUKA..najwa latif! take note! *err..poyo x??

dan satu lagu penggunaan perkataan perdana menteri.Sebetulnya MENTERI PERDANA. macam Menteri Pertahanan, Menteri Sumber Manusia, kan perkataan menteri tu kat depan. tapi, bila dah selalu digunakan maka teruskan jelah guna perkataan tu.

jadi, ingat tau! BUKU MUKA! bukan muka buku..ngehehe..

g class dulu..

chioss..

wslm..



Thursday, December 15, 2011

the solutions is...

aSSalamualaikum..

aku tengok menda nih kat wall kawan aku minggu lepas..



macam nie la gayanya bila cakap tak guna akal dan ilmu. sabor jelah! bukan aku nak cakap diaorang nie tak berilmu. tapi, soal hukum Allah bukan boleh dibuat main. siapa kita nak judge apa yang Allah dah tetapkan..

'sesiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya, sesiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya..'(riwayat Baihaqi)

and, the solutions is..




nah..terjawab kan?senyum..tak perlu kata apa2..

chioss..

wslm..

Monday, December 12, 2011

hello ong bak merindu!

aSSalamualaikum!!

take 5 update entry cabuk sambil kunyah oreo. harini bezday sultan selangor kan?? ampun tuanku beribu ampun..selamat hari jadi..*wait! arini ke semalam??errrr...aku tau sultan kedah je..ngehehhe..

seronok betei kan cuti 4 hari. roommate aku semua dah chow cin cau balik kampung. tinggal aku je yang dah gaya zombi dalam bilik. semua nie mat esaimen punya pasal. termuntah hijau aku mengadap lappy buat esaimen. mata dah macam katak daa..tapi, alhamdulillah, semua dah setel tinggal malam nie ja satu lagi aku taip pastu hooray!err..ada lagi satu report tak buat lagi sebenarnya! chooiy! its ok..its ok..dateline next week..

hah! dah tenagok ombak rindu ke?? aku memang belum la..aku rasa kan since filem tu keluar kat panggung, asal aku selisih dengan orang je sembang pasal ombak rindu. pegi sana ombak rindu, pegi sini sembang pasal ombak rindu. weh sleeping maniac aarruunn aajiss ko meletops la!

kuno bebenor aku memang tak tengok lagi. tunggu lah nanti keluar kat tb ke, sesapa yang baik hati download cite tu baru aku tengok kot.

takda ke orang cakap pasal cita ong bak??

chioss..

wslm..

Friday, December 9, 2011

random night

aSSalamualaikum..

jam buruk aku dah pukul 12 lebih. tapi aku still tak mengantuk. sumpah aku nak tidoq nie sebenarnya. esok ada ujian kawad. lepas polish kasut gaya malas aku duduk termenung depan uniform. macam nak suruh baju tu iron diri sendiri. tapi kang, kalau baju tu iron diri sendiri lintang pukang lari plak.

*apa merepek nih! gua pening lalat DOE!!

doe?? hah! sejak bila dah pandai cakap doe doe nie??dodol kang lelaju baru tau..ngehehehe..

aku pernah terbaca kat majalah tau asal perkataan 'doe' nie. berdasarkan kamus remaja generasi xyz, doe nie singkatan dari bodoh. nak cakap bodoh kot2 macam kasar sebab tu ganti dengan doe kot..

tapi sumpah aku tak berapa berkenan dengan orang yang cakap 'doe2' nie. kawan kau sikit punya bijak pandai, kau panggil 'doe' kat dia..kesian kawan kau weh..apa kata instead of 'doe' kau panggil dia 'dai' ke, 'jak' ke..bagus ape..mendoakan kawan kau jadi lebih pandai dan bijak..

'aku tengok result ko semalam. gempak doe!

puji result gempak tapi panggil orang bodoh..ermm..bad2..


'aku tengok result ko semalam.gempak, jak!'

puji result gempak, doakan lagi orang bijak..kan dapat pahala..*errr..macam pelik pulak bunyik..ngehehe..

chioss..

wslm..


Monday, December 5, 2011

irfan makki?? sapa tuh??

aSSalamualaikum..

korang pernah tak dengar lagu i believe?? mabrook?? waiting for the call?? ha..penyanyi youtube ala ala maher zain tapi suara macam micheal jackson nie la penyanyi lagu nih. IRFAN MAKKI..suara dia sumpah sedap weh. lagu pun best2..lagu bermesej memuji tuhan. penyanyi dari UK nie mmg berbakat besar macam maher zain. aku paling suka lagu i believe..lagu mabrook pn best gk..



when you're searching for the light
and u see no hope in sight
be sure and have no doubt
He's always close to u..




erk! lagu untuk orang kawen jugak yang aku suka kan..

korang kena try dengar lagu ni..sangat terkesan..

chioss..

wslm..

Sunday, December 4, 2011

BBQ..

aSSalamualaikum..

mood pening lalat kat meja study sambil hupdate belog*ayat macam teruk jerk study.padahal...tampaq lelaju kang! aku baru abis mid term ptg jumaat aritu. kira tu last paper midterm aku..lepaih nie. tunggu final la pulok..esamen berbukit lagi tak siap..

semalam skuad wataniah aku ada buat bbq..puas melantak jugak ler semalam..ceh! kekonon nak diet la. poodaah.. tapi, bedal tak hengat dunia. ish! tak boleh jadi nih. 2 kilo lagi nak sampai target tau..*ngehehehehe..


brother tu chef kitaorg..skuad aku jugak la. dia punya coslow sumpah sedap tak hengat. aku yang perempuan pun tak reti nak buat sedap macam tu. *cakap jela takpandaimasak kan senang.










tak banyak gambar yang aku ambik sebab time nie aku ingat nak makan jerk! perut cap tangki minyak biasa la. lagipun ada kamera mahal ambil gambar. aku surrender jela dengan handphone cikai aku tu.


tadaa..beg hiking baru beli semalam. lawa tak?? *ada ja benda nak show off kan??ngehehe..lempang selaju blh..err..sila abaikan background belakang.


chioss..

wslm..

psssttt: aku dah buat twitter..kiki..

Saturday, November 26, 2011

selamat taun baru!!

aSSalamualaikum..

selamat tahun baru..jom2 baca doa akhir tahun n awal tahun..~~

doa akhir tahun..



doa awal tahun..


jom upgrade iman, topup ibadah, download takwa, n google an-nur..belajar dari kesilapan lampau and ambik iktibar..mulakan sesuatu yang baru!!



motif sesaje terhegeh nak letak gambar nih.baru ambik pagi tadi..coolio tak??kikiki..*sila muntah warna warni..

chioss..

wslm..

Friday, November 18, 2011

twitter?? perlu ke?

aSSalamualaikum..

pertama sekali nak wish tahniah!!! dekat adik adik yang dapat result gempak, yang flying colours dalam UPSR..yang result so-s0 tu jangan sedih sedih. cuba ler lagi. peluang bukan sekali. belajar dari kesilapan..

HA! sapa kat sini ada twitter??angkat kening sebelah! sumpah aku kuno sebab takda twitter. beberapa ari lepas ada gak kengkawan tanya aku ada twitter ke tak. kawan aku cakap best ada twitter nie. tak public sangat macam facebook. betol ke?? pastu dia cakap twitter imam asyraf best. aku rupa twitter pun tak pernah tau cane. yang aku tau ada burung warna biru yang bajet comel tu..kiki..

sebelum nie paksu aku ada invite google+..tu pun hampeh nak buat. macam leceh je..

sesape yang ada twitter tu ce cita apa yang best dengan twitter nie??anyoneeee....

chioss..

wslm..

Wednesday, November 16, 2011

sihat sebelum sakit~~

aSSalamualaikum...

bak kata raihan muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati..haaa..bila sihat tak pernah beringat kan?


hambik kau fatin! makan la tablet2 nie semua. uwaaa...stress aku..

okay nie kira baik sikit la aku nak p klinik tadi.selalunya hampeh ler nak jumpa doktor. tu pun menggigil gigi, nak terkucil,sakit perut semua ada.. aku tak tau la aura doktor2 nie memang menakutkan..*tanak kawen doktor!! perghh.mcm ada doktor nak ke aku..ngehehe..

nasihat aku, bila makan tu beringat ingat la. jangan makan ikut sedap je. yang mana suka bantai je. jangan jadi macam aku nie ha..sebab penyakit yang datang berpunca dari perut..

sakit ape? takyah tau la..alhamdulillah biasa2 je...

chiooss..

wslm...

Saturday, November 12, 2011

jadual final exam dah keluar weii!!

aSSalamualaikum..

semalam sibuk check jadual final exam.sebenarnya dah keluar last week lagi, tapi baru semalam aku check. mid term exam pun tak abis lagi weii dah nak kena mangadap final pulokk..

30 dis: bahasa melayu komunikasi perniagaan

4 jan: organizational behavior

5 jan: commercial law

9 jan: DECISION SCIENCE N COMPANY ACCOUNTING!!!!!!! (tang nie huruf besar sebab aku rasa  macam dah kena bunuh dengan CA killer subject ni)

10 jan: business ethics

12 jan: cost management..

sumpah tak best langsung jadual exam aku! nampak sangat la kn jadual nie perli aku suruh study awal.
*gelak untuk diri sendiri yang pemalas nih!  tapi yang best aku abis exam awal dari kengkawan aku. and aku rasa better sikit dari kawan aku yang sorang lagi tu. jadual dia 2 hari berturut-turut ada 2 paper.patut bersyukur la kan aku nih..

nampaknya kalau sebelum nie study pakai gear 2, arini dan saat ini kena pakai gear 4 dah.*errr...betol ke nak all out abis2 nie??macam tak caya je gaya macam aku nak pulun abis..

bak kata mat bibir never say never, i'll fight till forever, when ever u knock me down, i'll not stay on the ground ~~

chioss..

wslm..

Thursday, November 10, 2011

sumpah nak jugak!!

aSSalamualaikum..

bukak blog semua pakat pakat update pasal 11.11.11..nice date la..aku pn nk update jugak bole??kikiki..*orang lain update dia pun nak jugakkk..amboi!!

dengan ini pada pukul 10.37am berwajah stress ditambah perisa cuka strawbery sambil counting lagi sejam lebih aku nak naik jet bas balik uia..dan dengan perasaan yang sungguh aku tak faham asal nak balik ja banyak beg asal banyak beg ja nak balik..uuwaaa..tangan dua ja. bawak troli supermarket kang abis cerita..

apehal cuti nie jelez sangat. sat sangat cutinye..*errr..bukan aku ke yang nak balik awal. sayang sangat kat kampus tu..ngeee..

mana taknya. semalam mimpi esamen. tau la esamen tu rindu sangat dah kat aku. exam pun dah buat ayat jiwang jiwang suruh balik baca buku. duduk rumah buat hape?? makan makan makan makan..tu ja. berapa kilo berat naik nih?? sungguh tak best hidup macam tu..*eh bukan balik awal sebab nak g jejalan genting ke??err.......


tadaa..nie kek buat semalam buat bawak balik kt kengkawan..tak tau rasa apa sebab dah lama tak buat. sumpah tak sedap..nasib lerr..

chioss..

wslm..

Wednesday, November 9, 2011

we are season~~

aSSalamualaikum..

ini semalam punya cerita..trip penang dengan kengkawan aku..semalam jejalan p bukit bendera dengan batu feringgi..kali nie, biarlah gambar yang berbicara..






laksa penang! marvelous!!


 menuju puncak~~





 batu belah..batu bertangkup..telanlah aku..makan lah aku..aku tak jadi kawen dengan anak raja..~~~



tiket train nak naik bukit bendera..student price rm4 ja!!
















view of penang from the top of bendera hills..boleh nampak jambatan pulau pinang..

masalah cinta?? masalah tu?? masalah nie semua dah tertinggal kat laut penang..hehehe..*err..masalah cinta ler sangat..bercinta ke??


p/s: maap ler..semua gambar aku dan kengkawan yg sedikit poyo's..ngeee..

Monday, November 7, 2011

make up~~

aSSalamualaikum...

masuk arini dah 4 hari dah kat rumah..asal celik ja makan, asal makan ja celik. tu jelah kerja aku duduk kat rumah nie. tambah plak time time korban nie keja makan daging jerk. aku rasa muka pun dah nak macam lembu dah. sekali badan dah macam ayam daging daa...

semalam mak aku p kenduri. lepas tu terjumpa kawan aku. mak aku cakap la 'lawa dia.dengan makeupnya..'

mak, mestila dia lawa mak sebab orang tu dah memang lawa. *ayat jelez letteww..kkikiki..

ini series! aku memang tak pandai nak pakai make up segala bagai..pakai bedak compact tu dah kira okay dah ler. lipstik, lipice, lipsbum, aku tak reti nak pakai. tapi kalau chopstik aku terer la..*kerek!

tapi, kadang kadang aku try gak pakai..ngehehe..pakai syok sendiri depan cermin jela..tapi tapi tapi, kalau make up nie aku reti la..cer tgk cer tgk..


teka mana satu aku??hehehe..agak agak kalau aku pakai make up cenggini p klcc ke times ke genting ke apa reaksi orang eh??

chioss..

wslm..



Sunday, November 6, 2011

M.A.L.A.S

aSSalamualaikum..

hah! terupdate gak akhirnya..malasnyeewwww nak update!*gedik yo..terkeluaq dagu aku. sihat ke semua?? selamat ari raya aididiladha.. yeahaa..cuti semnggu nie memang best. aku rasa semuabendaakunakbuat dalam semnggu nih. nak tengok drama korea la, nak baca novel la, tengok tb la, padahal macam boleh buat semua benda tu dalam seminggu! argghh!! tak kira..dah lama tak tengok cita korea. dah lama tak baca novel tau..*padahal baru 2 bulan!

nak promote dua drama 'baru' bagi aku yang sedikit kekunoan nih*err..ada ke perkataan kekunoan nie??


~~dream high~~~ cita nie best walaupun mula mula aku rasa bosan sikit..


~~city hunter~~ yang nie aku tak tengok lagi..bakal tengok..lee min ho..wait r..

lepas tu aku ada 3 novel tak baca lagi..cit! novel rajin plak nak baca. asiggnment bertimbun tak buat plak..tampaq lelaju kang!

ha..satu lagi, arini makan ketupat banyak gila..sebab hari raya haritu tak sempat nak makan ketupat puas2..ngehehe..*lepas nie sila timbang. punishment 400 kali skipping!! err...blh ke??


selamat menyambut ibadah korban semua..

chioss..

wslm..

Sunday, October 30, 2011

~~HeARt~~

Assalamualaikum....

bersawang nampaknya blog usang aku nih..lama bebenor tak hupdate. tittle bajet nak macam tengah bercintun je..ngehehe..yeay! minggu nie last class..lepas tu balik kampung..ooo balik kampung tanam jagung..tapi sebelum balik mau luruh gak uban kat kepala nie. exam~~kuiz~~presentation~~ *erk! dah beruban ghopenye..

tak ada apa sangat nak update. arini aku nak share artikel aku jumpa dari folder dalam lappy nie. tak ingat dah ambik dari mana. sharing is loving kan??


Jika kita bergantung penuh pada Allah. kita tidak akan lekas menggelabah. Hati kita akan sentiasa tenang sama ada ketika ditimpa musibah atau ketika mendapat kebaikan.

Sentiasalah sucikan hati, memohon ampun dan beristighfar padaNya.

Ingat Allah.... hati jadi tenang..!

i. Andai hati masih kuat terarah ke dunia yang fana... kita masih hina dalam penilaian Allah.

ii. Andai hati kita masih bimbang/ takut dengan makhluk/manusia.... kita masih belum mengadap Allah dalam erti kata yang sebenarnya.

iii. Andai dalam hati masih terdetik, mengajak untuk beramal..... maknanya bantuan Allah sudah tiba.

iv. Andai hati membuat kita untuk tahu lebih banyak ilmu (mahu belajar).... tandanya Allah hendak kita cenderung padaNya.

v. Andai hati kuat untuk mengadu pada Allah.... seolah-olah pintu dialog dengan Allah telah terbuka.

vi. Andai hati kita kukuh/ kuat menghadapi musibah... tandanya Allah memberi petunjuk pada kita bahawa kita perlu bersabar.

vii. Andai dalam hati dapat menerima segala ketentuan (pahit/manis kehidupan,) ...tandanya Allah redha pada kita.

viii. Andai dalam hati kita dapat menghilangkan kepercayaan selain dari Allah...tandanya kita diperhatikan oleh Allah untuk mengadapNya.

 credit to sumber yg dh tak ingat dari mana..ngehehehe..

chioss..

wslm..



Friday, October 14, 2011

saman lagi??

aSSalamualaikum..

tak banyak..sikit je aku nak menaip arini. arini selamat sudah satu paper mid term exam aku.ngehehe..ada lagi 4 paper yang tak selamat lagi before mid break..stress mak nak! macam nak bersalin je..haha..sorang anak dah selamat keluar. ada lagi empat anak tak keluar lagi..hahaha..*errr..


perasan tak kat atas tu menda? tu surat cinta puan fellow. sayang betol puan fellow kat kitorang. satu bilik disamannye ha..offence under 15..messy coridor..bagus punya anak dara. puan fellow siap kira lagi kasut yang bersepah kat luar bilik tu. 17 pasang. kasut macam dah berpuluh orang duduk. padahal 4 orang ja kot. ngehehe.. nasib baik separuh dah simpan..aiyak! 

dah2..aku cakap sikit ja kan nak tulis..esok aku merepek lagi sini..ada kerja nak buat..

chioss..

wslam..

Thursday, October 6, 2011

sibuk2!!

aSSalamualaikum..

halluu...happy barakah day..! dah jumaat dah ghopenye ye..sebenarnya aku pun tak tau nak hupdate ape arini.. dah 3 minggu dah kot tak jenguk belog nie. dengan training petang malam, kelas, tutorial, quizzess.. *bajet busy sangat letteeeww...cik labah labah, taik cicak, lipas, semua berkubang nampak kat belog aku..*amboi! sodap landing berkampung kat sini yoo!!

rindu sebenarnya nak update blog. tapi, sebab masa yang selalu jelez kat aku nie kan, tak dapatla  jari jari aku yang gemuk gemuk nie nak menari atas keyboard.

minggu nie ada pesta convest. meriah kot! nie yang aku suka nie..ngehehehe..sebab banyak jual2..haha..bila la plak turn aku nak dapat bunga. tak ponah lagi eden dapat bunga nih..tak sabo nak konvooo..*bertaun lagi la..

bila fikir fikir balik, Allah bagi setiap manusia nie sama ja waktunya. 24/7. tapi, kadang kadang bila kerja dah banyak sikit mula la nak merungut tak sempat buat tu lah, sibuk lah. *aku la tu.. tetapi hakikatnya orang yang sibuk tu sebenarnya orang yang lebih menghargai masa. sebab, setiap waktu dia akan bekerja atau buat something yang boleh fill up kan masa dia. *kenapa aku tak terfikir camtu eh?

kita nie hanya manusia biasa. bila dah penat or busy sikit mula nak merungut, tarik muka tension. tapi, try kita tengok kekasih Allah. Rasulullah..orang yang dah dijanjikan masuk syurga. tapi, rasulullah bukan saja perform ibadat yang wajib malah ibadat sunat lagi. sampai merekah kaki. sempat ja buat tu semua. pergi berperang, sebarkan islam, atur strategi, luangkan masa dengan isteri..Rasulullah Awesome kan?

Allah tu dah adil dah..semua dibagi sama ja masa. kita ja yang kena manage betol2 masa tu..demi masa sesungguhnya manusia kerugian, melainkan yang beriman dan beramal soleh..

chioss..

wslm..

Friday, September 23, 2011

mak aih jerawat!!

aSSalamualaikum..

masuk hari ni aku tak tau la kawan aku tu orang yang ke berapa ratus tegur anak anak bini jerawat kat muka aku nie..huuuu...

tau la aku dah matang. jelez la tu..beberapa bulan lepas, memang teruk la keluarga jerawat bermastautin kat muka aku nie. banyak sangat..besar besar lepas tu sakit pulak..seksa zahir sungguh..lepas tu time raya tak nak plak jerawat jerawat nie mintak maaf kat aku. bertambah lagi adalah!

situasi 1: few months ago..

tok sebelah ayah: awat muka banyak sangat jerawat nie...
respond: sengih sengih shy2 cat.

mak: nie sabun muka mak beli kat perlis, pakai bagi hilang jerawat tu..
respond: aku buat sabun badan. tak pakai pun!

bapak: nie daun nie tumbuk lepas tu pakai dengan bedak sejuk tiap tiap malam.
respond: muka orang banyak jerawat ka..
bapak: banyak la..berkerutu jerawat..
respond: aku pakai satu malam ja. lepas tu..hampeh..


situasi 2: sebelum raya...

makcik: awat cik tengok muka hg makin banyak jerawat nie?
respond: ntah..banyak sangat ka?isk3..

sepupu umur baru 9 taun: kak atin! kak atin tak lawa! muka banyak jerawat..
adik sepupu umur 7 taun: tengok tu, kat sini ada, sini ada, sini ada..banyak..
respond: ok! jangan harap dah kak atin nk bagi hampa main laptop dgn handphone lg! grrr...*kejam aku..

sepupu umur 9 taun lg: ayah2..muka kak atin banyak jerawat ayah.
pak cik: kak atin dah ada marka..dah gatai..
sepupu umur 9: marka dia korea la ayah..
respond: erk!

situasi 3: raya kedua-kampung mak..

aku: weiii..tgk muka aku nie..cena nak buat nie?
sepupu besar 1: alah..aku dulu time blajaq pn macam nie jugak..nanti lama lama ok la..
sepupu besar 2: dulu time sekolah muka hg licin kan? sebab tu dia jadi sekarang..nanti elok la..

opah: kenapa nie muka banayk sangat jerawat. tengok pun tau nie.jerawat nie sakit nie. p klinik la. jumpa     doktor. ambik ubat..
respond: hehehehe..dah ambik dah..ubat kat farmasi..*padahal aku beli T3 ja..

situasi 4: balik kampus..

farhani: aku nampak sesuatu..tapi tak mau tegur..
respond: hahaha..tau dah..cakap ja banyak jerawat..

apam balik: fatin! apsal muka ko banyak jerawat nie?
respond: sibuk pehal!

wahida: knpe muka jadi camtu tu? teruknya..
respond: tak tau la...huhuhu
wahida: dulu tak da la sampai macam nie. sebab wataniah ke? g la jumpa doktor. dulu kakak aku pn macam nie..lagi banyak..

yalin (ex-dormmate): ha'a la..g jumpa doktor..dulu masa kt metrik licin ja muka..ingat lagi tiap tiap malam pakai bedak sejuk botol warna pink..haha..
respond: hahaha..sekarang dah tak jumpa bedak sejuk macam tu kat kedai..

nurul: tin! ko jangan risau la jerawat tu..time time blaja nie memang la..nanti dah keje ok la..
respond: hopefully..

asilah: tin! apsal ko nampak lain??
respond: *aku tau dia nak ckp banyak jerawat tapi takut..haha..
aku: banyak jerawat eh?
asilah: ha'a..ke ko dah ada ehem ehem??
aku: hahaha..tak da makna nya..entah ler..hormon kot!.hahaha..

yang nie terbaru punya..

ikan buntal: toek dah banyak jerawat sekarang! kuat berangan nih!
respond: *kuat berangan mesti banyak jerawat ke??
aku: xtau la..nie tanda nak matang..haha..
ikan buntal: hahaha..zaman aku banyak jerawat dah lepas..
respond: eleh..sikit tak jelez..


boleh tak aku nak biar ja jerawat nie naik puas puas..dah tak tau nak buat apa..aku tak pakai pape pn..just pencuci jelah..takut jugak nak pakai sebarangan kan? abis la secret admire lari sem nie...*erk! masalahnya ada ke??

chioss..

wslm..

Thursday, September 22, 2011

message mak yg touching!

aSSalamualaikum..

dah malam baru dapat update blog..baru dua minggu start belajar, dan aku rasa kepala aku bakal botak beberapa bulan kemudian..*err..hiperbola nya..

makin lama belajar makin susah kan? lepas tu ada ja problem tu problem nie. masalah suka tido banyak la, tak focus la, masalah fb la* fb tu cari sendiri punya masah..ngehehe..masalah penyakit MALAS la, masalah cinta la..*err..sejak bila plak kapel nie??conpius gegel..!

yela..nak berjaya mana ada orang senang nak berjaya. kena la susah susah dulu. kalau tak stress bukan student namanya.tadi mak aku mesej

mak doakan kakak berjaya dan selalu ingat Allah yg Maha Esa..

adeeii..touching aku! udah ler tengah touching2 nie..mak nie macam paham paham ja otak aku tengah senget sikit..well, mak aku is the best mak ever..mak la pom pom girl aku yg paling cute bila aku stress belajar..

ingat lagi dulu waktu SPM paper sejarah. aku ambik SPM taun 2007. aku memang tak minat subjek baca2 nie. abis ja exam tu aku terus call rumah nangis2 sebab tak leh jawab exam paper tu..waktu tu mak dengan bapak cool ja passing phone bagi kata2 semangat kat aku..alhamdulillah, rezeki aku A..tu la berkat doa mak ayah kan? kalau nak ikutkan usaha aku waktu tu..ermm macam hampas gas!!

kalau main main nie lepas tu result macam t**k mesti kecewa mak aku..

mak tnya lagi dah makan nasi ka?

aku tak sampai hati nak cakap kat mak yang aku makan sehari sekali ja. nanti mesti kena tazkirah. makan sekali tak kenyang. makan roti ja macam mana nak belajar..dan bla..bla..bla..dan aku tipu mak cakap dah makan. lauk ayam..ngehehe..lauk ayam baru gempak sikit..

love mak ever..

chioss..

wslm..

Monday, September 19, 2011

hensem sungguh..

aSSalamualaikum..

hallu2..entry sepantas kilat. sementara gap kelas. sat lagi kelas pukul 3.30..perghh..kenyang alhamdulillah..sedap jugak lauk mak cik cafe nie tapi tak boleh lawan mak aku masak..hehehe..

budak pendek nak cerita, pagi tadi punya kelas is decision science. tetiba ada sorang orang hensem masuk. pelik jugak sebab lecturer aku nie perempuan. takkan tukar lecturer kot. tapi best jugak kalau tukar sebab boleh tahan lecturer nie..ngeheheh..*gosok dagu muka gatai

rupanya lecturer aku ada conference arini. so, tak dapatla nak mengajar kelas. sir tu just replace kelas ja. dalam hati *replace je? asal tak mgajar terus?? buat muka sedih..

lecturer tu cakap dia baru dua tahun kot mengajar subjek nie. best la tadi dia menagajar. series!! tak ngantuk pun..*memang la tak ngantuk sebab asyik usha muka hensem je..

ish3..tak baik sungguh la..haha..masuk kelas usha lecturer lak kan? to Dr. Anisah rajin rajin la g conference..ngehehehe...

chioss..

wslm..

Saturday, September 17, 2011

segalanya bermula..

aSSalamualaikum..

seminggu dah tak update belog tercintun nie..yuhuu..kekonon busy lah sangat. alhamdulillah..first week class best. first day and second day tu ada la terkejar sana terkejar sini macam kucing cari anak hilang..melilau satu kuliyyah cari kelas tak jumpa.

yang best sem nie aku dapat lecturer best2..ada yang sporting, ada yang garang sikit, garang banyak, garang sederhana..*err..ada ke garang sederhana?? paling best lecterur BM kot. sebab cikgu sangat kelakar. sama gak dengan lecturer yang ajar subjek Commercial Law, lawak spontan je..pastu muka relax..orang law memang macam tu kot..ada sense of attraction for audience bila bercakap. yelah..nama pn lecturer law kan?

dan aku rasa aku bakal tak berapa minat subjek membaca nie! kenapa accounting student kena belajar law?

*nilah manusia, selalu pertikaikan sesuatu benda yang baik. tak tau ke benda tu bermanfaat..kalau nak dibandingkan dengan Ibn Sina, Al Khawarizmi, Jabir Ibn Hayyan ilmu kita nie apalah sangat kan? ibarat setitik air ja dari tujuh lautan kat bumi nie..

so, janganlah rasa kita nie dah cukup berilmu, dapat dean list tak payah dah nak belajar benda nie. nak buat apa? berjalan pun pandang langit. padahal diri sendiri berasal dari tanah. remember, the truth owner of knowledge is Allah..Allah Ya Rosyiid,

nampaknya sem nie kena kerja keras sikit..aiseh..aku nie udah ler jenis yang banyak main. kalau study pun 45 minit terawal ja yang fokus..lepas tu mula la nak nyanyi lagu i believe i can fly...zzzz...

tapi, nampaknya kena tukar sikit nie..i believe i can fly, i believe i can touch the sky..touch and grab the sky..



sem nie board kat bilik colourful sikit. baru ada mood nak study. ngehehe..yeke??

so, kepada kengkawan yang kembali ke kampus tu, happy study..

chioss..

wslm..


p/s: sorry, sekarang speed blogwalking gear satu je..but no, worries, insyaallah free saya jenguk blog kengkawan..

Saturday, September 10, 2011

alhamdulillah..selamat sudaa..

aSSalamualaikum..

seteleah beberapa hari tak hupdate entry, ha arini terindu plak nak update..alhamdulillah aku dah selamat check in kat hotel 5 bintang mahallah Salahuddin Al-Ayubi..5 bintang ler sangat. but yes, aku rasa bilik aku nie memang 5 bintang..*errr...

tak sangka rupanya rindu gak uia nie dekat aku. ingatkan aku sorang ja yang rindu kat uia nie...ngehehe..nasib baik tak bertepuk sebelah tangan.semalam kemas punya kemas bilik sampai la pukul 2 pagi. sampai hati kaum kerabat habuk tinggal banyak jejak kat bilik. berinchi inchi. memang bahana 4 bulan bercuti kot.

memandangkan freshy baru masuk last week, tak sangka intake kali nie ramai yang interested nak join wataniah..sebab batch aku dulu takda lah seramai nie.. seronok tengok muka muka baru.



time registration nie aku takda pun. sebab sesodap lagi makan ketupat, kuih raya kat kampung..hihi..

di pagi ahad yang mulia nie, terpaksa la bangun seawal pagi sebab kena jadi committe untuk UKA a.k.a Ujian Kecergasan Asas for intake baru. first tu bagi physical training dulu, briefing mana patut..kena lari 2.4km, mendagu, lompat jauh, lari pecut 100m, and bangkit tubi..kesian lak tengok ada yang pancit. macam aku memula dulu join wataniah daa..



bertubi tubi la bangkit..



monkey rack..sister dikecualikan mendagu sebab mendagu memang susah..so diorang monkey rack ja..


nie layang layang..ngehehe..baru abis lompat jauh..



lari pecut..


jumlah brothers yang join..memang ramai dari batch aku..


these are sisters..


closing speech from our advisor, leftenan Wan Rizaila..


 and these are the commities...


esok dah start kelas..rindu nya...k la. gua nak siap siap. nak p Giant plak. mau cari barang sih..balik karang blog joging eh..

chioss..

wslm..


p/s: nurul farid ekau dh balik uia ke..uia dok panggil2 nm kau nie..



Monday, September 5, 2011

pergi dulu..

aSSalamualaikum..

Salam 8 Syawal..sunyi bebenor kampung. semua dah pakat pakat balik rumah sendiri. termasuk la beg beg baju aku nie. geli geli ja tak sabar nak balik jugak. nak balik sangat kan? nah! p la balik. 



bye! bye! beg beg ku..semoga selamat sampai kat Selayang..

memandangkan mak cik aku balik arini, aku sebagai anak sedara yang kurang bertimbang rasa lagi comel *perasan satu oktah aku tumpangkan beg geli geli aku nie. dah tak sabar sangat nak balik kan?

dalam beg tu ada kerepek bagai. raya punya pasal..tunguuu..hari jumaat nie beta sampai. kita balik uia sesama ye beg..

tu baru dua beg. ada lagi barang tak kemas. nie masalah cuti lelama nih. banyak sangat harta bin karun terbawak balik dan nak kena bawak balik..betol la bak kata sifu im. memang tabiat gegel kot suka bawak beg bayak banyak. *erk! gegel?? geli geli jerk!

chioss..

wslm..

p/s: beg kartun tu ada mcm beg orang jual jual ubat tak?haha..

family berbowling..

aSSalamualaikum..

semalam satu family p main bowling..sorang main 2 game..lawak ok! bapak aku yang tak pernah main diulang tak pernah main bowling strike dua tiga kali.*erk! perlu ka ulang.. same goes to pak lang dengan pak ngah. semua orang dok cakap nie dulu champion baling buah kelapa kampung. bak kata orang kedah buah nyok.

aku yang selalu dok main ntah kena jampi kot tak strike langsung. *selalu ke?? memang kena kutuk habis. rasa nak sorong muka dalam lane bowling tuh. malu malu malu..haha..



pak ngah..bila askar pencen main bowling sekali angkat bola yang 14 kilo..mau tak strike..


pak lang and mak cik


pak cik and makcik..yang nie toksah cakap la. pak cik juara berturut..tengok badan pn dah tau..hahaha..*sory yo!


tadaa..nie bapak aku..


mak lang penonton setia plus tukang gelak. budak budak nie buat kuak lentang apa ntah la..

si mak aku tak mau ikut plak. bak kata mak 'game orang orang muda'..

ish! sungguh aku tak puas hati..dahla kalah..last sekali plak tu..choiyy..ngehehe..

chioss..

wslm..