Friday, May 20, 2011

orang buta..

aSSalamualaikum...

pagi ini seperti biasa..jam loceng berbunyi..automatik tanganku bergerak pantas menutup jam yang sedang berbunyi..jam menunjukkan pukul 6.15 pagi.

'ala..dah pg ka..kerja...ngantuknya...'hati menggumam. mata masih terpejam rapat..sambung tidur..6.25 pg.

 'kakak bangun.6 lebih dh nie..kerja..' suara emak pulak menjengah..

'ha??6.30..OMG!..mandi dh 15 minit..solat, sakit perut lagi.pukul 7 nak gerak ke kilang dh..' dengan pantas aku bergegas ke bilik air.mandi.solat.

kunci motor dicapai.jam menunjukkan angka 7..ok! cun-cun. ingat dah tak sempat tadi. aku tunggang skuter comel tak comel aku.pick up zaty kat rumah dia then bertolak ke kilang. pagi jumaat di kedah tak banyak sangat kenderaan seperti weekdays. mungkin sebab sekolah cuti hari jumaat. yang ada cuma kenderaan pekerja-pekerja yang bergegas ke tempat kerja seperti aku..tak nampak student naek basikal, bas sekolah or student tunggang motor macam selalu.

aku tunggang motor dengan tenang dan penuh gaya..zaty pula melayan siaran radio hot fm melalui corong earphone..no chit chating macam selalu. sampai kat satu traffic light simpang tiga antara persimpangan ke MACHANG BUBUK tiba-tiba bahuku dicuit zaty..

'tgk tu pakcik ngn makcik tu nak lintas jalan...'zaty bersuara sambil menuding ke arah seberang jalan. 

aku berpaling. ya Allah..kesiannya..dua-dua buta..pakcik and makcik tu teraba-raba tiang traffic light sbb nak tekan button. nak lintas jalan. paling sedih bila pak cik tu tersilap pegang tiang board kat sebelah. aku, zaty dan beberapa kenderaan yang lain hanya pandang. kenderaan semakin banyak.dalam hati rasa ingin membantu..tapi KENAPA TAK BUAT?? pandang hanya dengan perasaan belas kasihan. but no action. TAKDA SIVIK pulak rasa..

 lampu bertukar hijau. perlahan-lahan aku tunggang motor meneruskan perjalanan. dalam hati rasa macam nak patah balik p tolong..perasaan berperang sendiri.; MENYESAL TAK TOLONG. APA JADI DENGAN PAK CIK AND MAK CIK TU?? DAPAT LINTAS X?? SAPA TOLONG?? ADA ORANG TOLONG TAK?? KENAPA AKU TAK TOLONG?? seberang jalan ja pn..tak salah rasanya kalau aku dan zaty lintas ke sebelah sana dan tolong. 

YES! aku agak menyesal dan kurang berperikemanusiaan..memang dekat traffic light aku tu banyak kenderaan dan disebabkan jalan tu simpang 3, agak sukar untuk aku melintas tapi ITU BUKAN ALASAN..sbb waktu tu dalam otak aku cuma fikir kenderaan sebelah sana akan berhenti and bagi chance kat diorang melintas . TAPI TAK!

kalau esok pagi pakcik and mak cik tu ada lagi aku sanggup lintas ke seberang p tolong walaupun busy macam mana pn jalan kat situ. aku and zaty masing-masing menggumam sendiri..menyesal....




2 comments:

Sekamar Rindu said...

salam...

tulah bila dah kesiangan....semua jadi kelam kabut...hehe

ViSiTMeFaTiN@LOliPOP said...

tulah..masing-masing nk kejar harta dunia..