Sunday, June 26, 2011

oi rindunya!!

aSSalamualaikum..



happy sunday! pagi tadi lepas blajar keta terus bawak mak g sekolah adik. nak sign buku rekord. sekolah adik tu sekolah aku jugak la dolu2. SMK Jln Paya Besar. aku skolah sini dari form 1 sampai form 3. then, form 4 aku pindah g mrsm beseri. alhamdulillah, rezeki. 


masuk ja gate sekolah kaki aku series menggeletar. all memories dashed to my mind. series aku rindu sangat kat sekolah tu. sekolah harian biasa tapi bagi aku bukan calang calang sekolah. biar orang nk cakap2 benda tak baik pasal sekolah aku, tapi aku bangga belajar kat situ.


bila tengok gate aku rindu zaman aku jadi pengawas sekolah. duty jaga gate pagi2. take note nama student lambat. muka kekonon buat2 garang. ngeng! tengok stage dataran perhimpunan, rindu waktu bagi sajak, syarahan, speech time jadi best student PMR dulu. tengok stage kt Dewan Terbuka, rindu zaman anugerah kecermelangan pelajar. tengok surau, rindu waktu solat zohor sesama dengan Ustazah Norazian, mengaji Al-Quran dengan Ustazah Syukriah waktu abis PMR masa bulan puasa. tengok science lab, rindu class science with Cikgu Hanani and Cikgu Sharifah. paling sedih bila aku tengok class aku dulu2..arrghh rindu sangat..


dulu pegi sekolah naik basikal. pagi pagi pukul 6.40 dh keluar rmh. kayuh la ramai2 dengan zaty, farah, shakila, mamat..lepas tu petang pulak g latihan kawad KRS, latihan sukan..kekadang tu bawak basikal pun nak berlumba. ingat lagi waktu pagi tu, ntah macam mana boleh jatuh basikal. terkoyak kain sekolah..


damn! aku rasa nak nangis buat entry nie. sebab kalau bukan cikgu cikgu yang selalu bagi kata kata semangat kat sekolah dulu, aku takkan berjaya. yeah! berjaya tapi belum sepenuhnya.. perjalanan masih jauh.


niat hati tadi nak cari cikgu cikgu aku tapi semua tengah bz..maklumlah harini conference waris. sempat jumpa Cikgu Roshani and Cikgu Panjawarnam ja..sembang sekejap. cikgu ingat aku!! cikgu ingat aku blaja kat mana, aku sekolah mn after PMR. seriously, terharu sesanngggatt..


but mostly, cikgu yang mengajar aku dulu ramai dah pindah sekolah. mengajar kt tempat lain..teacher Euw, Cikgu Hanani, Cikgu Rosita, Ustazah Fazilah, sir Lim semua dah pindah. ingat lagi Ustaz Khairul ajar bhasa arab. ustaz baik sesangat sbb kami student first ustaz mEngajar arab. waktu tu ustaz baru grad from Jordan..kami siap pergi kenduri kahwin ustaz kt alor setar. bawak hadiah lagi..wife ustaz cantikk..bila ada clz tambahan arab, ustaz siap suruh wife ustaz masak sesedap untuk kami..


waktu form 1 kami satu kelas memang takut sikit dengan Ustazah Norazian. padahal ustzh baik ja kot. bukan apa, ustzah suka suruh kami tulis jwpn kt blackboard. tp tak boleh tgk jawapan dlm buku. plus tajuk yang tak belajar lagi plak tu. and aku selalu kena jawab soalan ustzah..bila ada clz agama ja dh kena ready siap2..ngeh2..


ingat lagi Cikgu Wahab. ajar sejarah form 1. cikgu nie pun dh pencen lama dah. time aku form 2 kot. class sejarah cikgu relaxxxx ja..aku rasa masa tu aku just belajar zaman paleolitik, mesolitik and neolitik ja kot..kiki..subjek sejarah memang aku tak gemar. tapi form 3 Cikgu Mazura bagi aura apa ntah jadi best plak blaja sejarah.


dulu wktu sekolah aku paling dok gemor class seni lah! sebab aku bukan otak berseni. nak lukis ayam pun aku tak reti. errmm..jenuh cikgu Halim mengajar..sama jugak bila time class KH. bila kena buat projek aku sure tak tau nak buat apa. nak buat tempat letak pensel pun tak jadi..adooiiyaai..pening Cikgu Zaiton nak bagi markah..


tapi tapi, aku paling suka clz math..sebab aku memag suka number2 nih. kira sana, kira sini. teacher Euw baik.ajar math form2 sampai form3. form 1 teacher Saraswathi..kekadang tu aku kantoi jugak jawab math..kiki..




sekarang yang tinggal Cikgu Mazura, teacher Hawa, Cikgu Zurini, cikgu Subuletchumi yg still setia mengajar kat sini. and ramai jugak cikgu2 yang tak mengajar aku dulu still mengajar sini lagi. they are very dedicated..
love them all..






Daripada Saal bin Said r.a berkata: Rasulullah S.A.W bersabda, "kebaikan itu laksana beberapa gudang. 
dan bagi gudang-gudang itu ada anak kuncinya. maka untung sekali bagi seseorang hamba yang telah dijadikan Allah sebagai anak kunci bagi kebaikan, penutup kejahatan. Dan celaka bagi seseorang hamba yang  menjadi anak kunci bagi kejahatan, penutup bagi kebaikan".



aripada Sahal Bin Said r.a
berkata: Rasulullah s.a.w
bersabda: “Kebaikan itu laksana
beberapa gudang. Dan bagi
gudang-gudang itu ada anak
kuncinya. Maka untung sekali bagi
seseorang hamba yang telah
dijadikan Allah sebagai anak kunci
bagi kebaikan, penutup bagi
kejahatan. Dan celaka bagi
seorang hamba yang menjadi anak
kunci bagi kejahatan, penutup bag



macam tu lah suasana sekolah harian. then bila pindah mrsm lain pulak gayanya. otai pun lain. ngeh3..dah up naik form 4 tanduk pn naik satu..sekarang?? sekarang lagilah bertanduk tanduk..


wslam..


p/s: sory entry over panjang pulak..

5 comments:

MofarRahman said...

tengok2. sekolah menengah tinggalkan kita memori ter best dalam hidup. even pengalaman dekat uni pun tak dapat lawan.

simpan elok2 kenangan. jangan dilupakan :)

visitme@FaTiN cOrNeR said...

@mofar: betol2..kt uni pnglaman mcm len..kt skolah len..

shahjiehan said...

wah3... budak mrsm rupanya...


hehehhee

sekolah tu
bukan dekat ngan siam dah ke ?

Anum said...

hai
nice blog
salam perkenalan
follow me back
thanks

visitme@FaTiN cOrNeR said...

@shah: lebih kurang dkat ngn siam la..hehehe..

@anum: tenkiu2..follow u back..