Saturday, June 18, 2011

skuter dan si cap merah Part 4..

.......................................................

perkataan terakhir ditulis tanda mengakhiri nota subjek tersebut. Fiqh For Economist. kemudian, nota nota yang berwarna warni disusun mengikut turutan. buku yang sejak tadi menjadi teman setia Ana tutup. jam comel berbentuk chipsmunk ditatap. 5 pm. perut berkeriuk menyanyi bermacam macam lagu. hari ini Ana tak ke library. sejak dapat bookmark dari invisible person si Adam. sumpah! Ana tak kenal that guy. makhluk planet manakah?? Adam Lambert ke?? dah habis idea mencari si empunya nama. tetapi, tetap jugak tidak berhasil. malas melayan perasaan tu. final exam tinggal lagi dua paper. fokus exam lagi baik.

langkah menuju ke toilet mengambil wuduk. sejadah dihampar lalu menunaikan solat fardhu Asar dengan penuh khusyuk dan tawaduk. selesai, doa diaminkan. warkah ma'thurat dicapai. Ana membaca ma'thurat dengan penuh hati-hati. 

“Sesungguhnya bahwa asma Allah yang agung itu ada pada tiga surat dalam Al-Qur'an yakni: surat Al Baqarah, Ali Imran, dan surat Thaha. Al Qasim berkata, "Kemudian aku mencarinya, maka aku mendapatkan pada surat Al Baqarah adalah ayat (kursi), "allahu Ia ilaha illa huwal hayyul qayyum", pada surat Ali Imran adalah ayat, "alif lam mim, allahu Ia ilaha illah huwal hayyul qayyum”, dan pada surat Thaha adalah ayat, 'wa 'anatil wujuhu ill hayyil qayyum." (HR. Al Hakim, Al Mustadrak ‘Alash Shahihain No. 1866. Ibnu Majah No. 3856)

nasihat ustaz Yusri mengenai satu riwayat  masih terngiang-ngiang di ruang ingatan. kebesaran membaca ma'thurat. selesai, warkah ma'thurat disimpan. sejadah dan telekung dilipat kemas. 

'Hani, perut aku makin rancak buat konsert nih. jom makan??' usul Ana.

'la..ingat tadi dah tak mau p makan dah.  jom jom. gua dah macam zombie kampung pisang dah nie..'Hani berjenaka.

'hahaha..chillax la..makan kat mn??'

'jom p makan jejauh sikit. otak aku dah sempit nie' Hani bagi idea.

'kat mana??

'alah..makan kat hostel Melur. teringin plak chicken chop. kat situ sedap..'

'la...ingat jauh mana la sangat. sebelah tu ja pun..'


tudung hitam yang sedia tersangkut di hadapan loker dicapai. senang. tak payah nak iron lagi.


'assalamualaikum..' suara diluar bilik bagi salam. tersembul wajah Azwati. 'Ana, ada orang kasi ni' hulur Azwati.


teragak agak Ana mengambil kotak bungkusan itu. 


'wow! Ferrero Rocher..gila kau Ana. sapala yg kasi ni agaknya..' terbuntang mata si Hani.


'huh! hantu betol. ingat aku hadap sangat coklat ni. aku tak mau. ntah diletaknya racun tikus tak grad aku nanti. nah hg ambik jalah..' note yang diselitkan bersama-sama coklat tadi dibaca.


hope u have fun studying for next paper..

Adam

.................................




orang ramai berpusu-pusu memasuki pintu Giant. biasalah. musim gaji. masing masing mahu memenuhi kehendak masing masing. Airil, Pa'an, Tok Ku dan Mat Jo tidak ketinggalan. musim exam memang memenatkan. sekali sekala keluar layan KFC bagus jugak. beg plastik yang penuh dengan titbits dan beberapa toiletries diletakkan diatas kerusi yang kosong.  



'eh, kau beli Ferrero Rocher?? fuyoo..mimpi apa plak nie??sejak bila makna coklat nie..' tegur Tok Ku..


'sejak jumpa dengan Cik Celine Deon..hahaha' Pa'an gelak pecah perut. beberapa pengunjung di meja sebelah memerhati gelagat si Pa'an.


'hah?? Celine Deon??' Tok Ku muka blurr..


'aku tau..budak tu kan?? eleh..dah kantoi dah..' Mat Jo yang sejak tadi kusyuk meratah ayam menyampuk. muka selamba.


crap! how come?? 


'kalau suka tu terus terang ajelah..gigit jari kot nanti..'sambung Mat Jo lagi. still muka selamba.


'haish..merepek jelah korang nih! apa apa jelah..nie nak kasi kat adik aku tu ha..' Airil cuba elak.


'nak lari topik la tu..'Pa'an cebik.


.........................................

Dan malam itu, kotak coklat itu dibungkus kemas. nota diselitkan bersama. Ya! selama ini, Airil lah si invisible man. Adam. Shafriel Adam.

But I believe for u n me
The sun will shine one day
So I’ll just play my part
And pray you’ll have change of heart
But I can’t make u see it through
That’s something only love can do

No comments: