Saturday, July 16, 2011

2 weeks left..

aSSalamualaikum..


Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)



sweet Sunday everybody..ada sihat ka?? kalau tak sihat tu cepat cepatlah jumpa doktor ye..pejam celik pejam celik lagi dua minggu rupanya dah nak posa..cepat betol masa tu berlalu..



so, dah ready nak sambut Ramadhan nie?? ha..sesapa yang posa tak berganti lagi tu copat copat ler ganti. tak sabar nak tunggu bulan Ramandhan. bukan apa, boleh main mercun, bunga api, bunga raya, bunga kertas..ngeh3..

dah nak dekat dekat posa nie mak cik mak cik baju makin busyla gayanya nak menjahit baju yang bertimbun timbun menangis mintak dijahit. silat, taek kwan do, kung fu macam macam gaya and skill ada nak bukak speed jahit baju. kuih kuih raya pun makin rancak nampak buat promosi. kat fb, blog semua kuih raya nak mencapub. kikiki..


LUXURY MARBLE SHORTBREAD
--> Untuk tempahan raya..
--> RM33/50pcs utk orang-orang Penang SAHAJA..
--> Kaya dengan Coklat Mewah (Bukan Cooking Choc)
--> Saiz anggaran utk sebiji : 1" x 1.5" x 2/3"(tebal)
--> Rasa DIJAMIN tidak mengecewakan..
--> Tempahan boleh secara online with 50% deposit, doorstep delivery
--> PM untuk tempahan...
--> Tempahan untuk raya dibuka sehingga 14 Ogos SAHAJA
--> Deposit 50% upon booking :-)


biskut shortbread kat atas tu mak cik gua jual. so, sesapa nk order SILAKAN...gua tolong promote. mari mari..mai mai pakat try! shortbread pasti sedap. talak nyesal maa..kalau nak order sila ke SINI ya..

tazkirah sikit...


Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-




siapla kau setan..lepas nie kena ikat. tak dala nak kacau hidup aku lagi kan?? 




 Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-




Subahanallah..Allah tu Maha Pengampun. so, jomla sama sama kita grab this opportunity..and sebagai peringatan..






"Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith






tepuk dada, tingkat iman..


chiooss..


wslm..

8 comments:

bersama kak Es said...

menarik betul short bread tu...

visitme@FaTiN cOrNeR said...

@kak es: menarik...order la..hihi..

Si DauN CeRi said...

hurmmm.. sy balik raya pon dah nak abis puasa tu.. persiapan tu taktau lah nak bersiap mcm mananya. mcm suntuk je rasa waktu tu.. tapi takpe la, yg penting amalan puasa sepanjang ramadhan nanti, inshaAllah.. :)

visitme@FaTiN cOrNeR said...

hehe..xpe..jnji sempat sambut raya kt mesia..ramadhan kt indon menarik ape..hihi..

Niena Pengembara Ilahi said...

:)

fahmie firas said...

nice entry.. best bace..
best dapat follow blog ni :)
kalau free singgah la ke blog saya, bg comment and nasihat.
http://fahmiefiras.blogspot.com/

visitme@FaTiN cOrNeR said...

@fahmie: mekasih fahmi..sy follow balik..

Dearie Pearls said...

dalam kelaparan ni bila nampak gambar2 makanan, mesti terasa sangat lapar..

*tumpang sekaki bila menjelangnya puasa ke bazaar ramadhan. hehehe