Thursday, August 4, 2011

khasiat tembikai..

aSSalamualaikum..

halluu..good morning everybody..dh sahur?? dh solat?? harini dh masuk day 5 kita posa. almost a week. so, amcam ibadah kita?? our level faith..

bg aku, memang la best full month posa kat rumah, tp, aku lg suka berpuasa waktu kat kampus. sebab bila kat kampus kita p class, study, so macam ada pahala lebih kat situ. ibadat pn bertambah. bila kat rumah, takda benda sangat yang boleh buat unless tengok tv pastu tido. keja rumah takdalah banyak mana. harapkan afta maghrib ja. tu pun mengaji macam biasa then p tarawih. so, nampaknya, puasa aku taun nie lg banyak dugaan. kena banyak usaha nak tingkatkan ibadat..

hah! sudah..macam dah melalut dah nie. ok2..pepagi nie aku nak share something dengan hampa suma. yes, cuti cuti boring tahap petala ntah keberapa nie aku fill kan masa aku dengan reading some books. but, mostly novel la..ngeh2..*bajet macam banyak baca buku ilmiah jerk!

selak punya selak buku tu, then aku jumpa satu subtopic nie pasal khasiat tembiakai. selain pisang, tembikai nie pn kira macam feveret aku gak la.

Abu Daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah berkata, "Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama sama dengan buah tamar basah"

antara khasiat tembikai:

1) tembikai mempunyai 92% air dan 8% gula. ia juga mengandungi antioksidan lycopene yg mampu mencegah pelbagai jenis penyakit terutama kanser. lelaki yg banyak mengambil makanan yg mengandungi lycopene mempunyai risiko rendah menghidap penyakit kanser terutamanya kanser prostat.

2) kaya dengan vitamin C dan beta korotena. Ia berfungsi memperbaiki sel sel badan yg rosak disamping mencegah kanser. mengikut satu kajian yg dilakukan di Universiti Harvard, beta korotena berfungsi membunuh sel sel kanser di samping mampu mengubah protein yg diperlukan oleh sel sel kanser ini dan dengan itu mampu mencegahnya daripada tumbuh.

3) kaya dengan kalium (potasium). apabila seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia memperoleh lebih kurang 825 mg kalium. kalium adalah zat logam penting yg berperanan merendahkan tekanan darah. hal ini pernah dinyatakan oleh Dr. George Webb, Professor Madya dalam bidang fisiologi dan biofizik dari university Vermont College of Medicine. kalium juga berfungsi menghalang kolestrol keji (bad cholesterol) daripada melekat dan menyepitkan pembuluh darah.

4) mempunyai asid folik, sejenis vitamin B yg diperlukan oleh ibu bagi mencegah bayi dalam kandungan dari mengalami kecacatan dan penyakit jantung. mengikut Prevention's New Food for Healing Guide, kajian yg dilakukan ke atas 4000 orang ibu mendapati bayi bayi yg dilahirkan oleh ibu yg mengambil asid folik dengan kadar yg mencukupi berisiko 60% lebih rendah mengalami kecacatan otak dan saraf tunjang berbanding bayi bayi yg lain.

khasiat khasiat tembikai nie aku ambik dari buku Quran Saintifik, Meneroka Kecermelangan Quran daripada Teropong Sains by Dr. Danial Zainal Abidin. aku olah sikit and rumus dalam bentuk point macam kat atas tu. best sangat buku nie. and, aku rasa buku buku Dr. Danial nie semua best2..contohnya ada lg satu buku beliau Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden. banyak info boleh share..

sharing is loving...

chioss..

wslm..

8 comments:

Mr.Thinker@Ali said...

Curi ilmu nak kongsi dekat muka buku. :p

shahjiehan said...

wah... nak kene mkn slalu la tembikai ni...


tp malas nak ptong la buah tembikai yg besar tuhhhh... hehehhee

iMBobo said...

thanks share psal khasiat tembikai ni..info baru :)

visitme@FaTiN cOrNeR said...

@mr thinker: sila2..sharing is loving..

@shah: hahahaha..malas xyh makn..org malas selalu rugi..

@imbobo: no biggie! d=>

Wanie said...

wanie suke makan tembikai..
buah-buahan mmg kaya vitamin & mineral..
satu lagi fiber :)

Si DauN CeRi said...

kolesterol keji taww.. huahuahua



sori sy gelak besar, tapi siryes perkataan tu kelakar. guess what? kat indonesia ni ada byk sgt nama2 pelik mcm daun keji beling dan daun kentut. oh ye, satu lg contoh sy kasi, daun misai kucing.


hahahahaa... two thumbs up for this sharing! :D

visitme@FaTiN cOrNeR said...

@wanie: betol3..hehe..

@si daun ceri: kolestro mmg keji gila..hahaha..daun kentut sy pernh dgr.dulu kt blakang rmh ada..series bau mcm kentut..hahahaha..sekarang dh xda.pupus abis..

Niena Pengembara Ilahi said...

suka sgt makan tembikai :D