Thursday, June 30, 2011

officially resign..

aSSalamualaikum..


yeah! today is my last last day kerja kilang kertas tuuu..happy pun ye jugak, sedih pun ye jugak..ceh! kekonon dapat la bertahan sampai abis semester break nie, tapiii..baru sebulan lebih kerja dah berhenti kot.haha.. kini baru kutahu *cewah versi lagu lah plak, kerja kilang nie peeennaatt rupanya..nampak ja kerja tu simple tapi tuhan jelah yang tau..tu baru kerja kilang, kerja lain?? penatnya tu macam lain lah pulak..


dalam sebulan tu macam2 kerenah orang lah yang ada. ada yang jenis berlagak supervisor, ada yang kuat menyembang time kerja, ada yang baik, ada yang buat kerja pun nak berkira, macam macam lah..tapi dekat line aku, alhamdulillah mostly ok lah..kalau yang tak ok tu dalam sorang dua gitu jelah..


dalam sebulan tu jugaklah macam macam kerja aku buat. gam kulit buku, susun kertas lukisan, pasang ring buku, potong ring buku..macam macamlah benda yang ada kait dengan buku nie..hari hari kalau tangan tak luka memang tak sah. hari tu dua hari tangan bengkak sebab potong ring buku pakai cutters. ini series! *poyo's! haha..


sapa cakap tak sedih berhenti kerja nie. sedih tau! sebab diorang nie baik baik belaka.isk..isk..sebabkan last day, so aku dengan cik zaty belanja diorang banana kek. handmade kedai punya.kiki..


and starting july nie aku kerja lain plak..tolong mak kawan kat kantin mak dia..seronok gak eh cuti sem lama lama cenggini. macam macam benda aku boleh buat..hehe..especially blogging lah.haha..


baru tau..cari duit nie memang susah. penat mak ayah kerja kita sesenang suka suki ja mintak duit nak beli tu beli nie..penat diorang kita tak tau..haila..*insaf sesaat.


dan aku pun dah start memikiir macam mn lah life aku next 3 years nanti. life lepas grad. life kerja. tanggungjawab pun makin bertambah tambah lah..


thinking and planning...


wslam..

Wednesday, June 29, 2011

knpa dengan blog saya??

aSSalamualaikum..


hallu..hye2..haila..dua hari dah kot tak update blog nie..nak mngadap blog pun malas lah..sory readers! cewah..kekonon macam banyak readers ja..hihihi..


sory sebab ada entry yg tak boleh komen..ntah ler apa masalahnya. blog pun ada sakit2 jugak ye..plus aku dah la kureng sikit bab2 blogging nie, so my blog not soo good..erm..and lagu westlife pun terpaksa remove jugak atas sebab sebab tertentu..and ada kengkawan komen blog aku nie terlalu simple..aiyak!! hehe..series aku tak tau nak buat cane bagi nampak gorgeous. attractive. sebab bagi aku entry yang kualiti tu lagi penting. tapi blog menarik pun penting gk. and plus, aku takut blog aku lembab mcam siput kalau letak banyak sangat features..hehehe..then, aku tengok blog orang lain banner punyalah cun melecun! top meletop! tapi aku?? aiyyaakk!! erm..penat memikiau macam mana nak buat nie..series buta IT!!! hahaha..




oklah..nak blogwalking jap..usha2 blog blog menarik tertarik memang daboom..chiooss..


wslam..

watch diz!!

aSSalamualaikum..


dah lama waiting vlog latest anwarhadi..at last..




Sunday, June 26, 2011

oi rindunya!!

aSSalamualaikum..



happy sunday! pagi tadi lepas blajar keta terus bawak mak g sekolah adik. nak sign buku rekord. sekolah adik tu sekolah aku jugak la dolu2. SMK Jln Paya Besar. aku skolah sini dari form 1 sampai form 3. then, form 4 aku pindah g mrsm beseri. alhamdulillah, rezeki. 


masuk ja gate sekolah kaki aku series menggeletar. all memories dashed to my mind. series aku rindu sangat kat sekolah tu. sekolah harian biasa tapi bagi aku bukan calang calang sekolah. biar orang nk cakap2 benda tak baik pasal sekolah aku, tapi aku bangga belajar kat situ.


bila tengok gate aku rindu zaman aku jadi pengawas sekolah. duty jaga gate pagi2. take note nama student lambat. muka kekonon buat2 garang. ngeng! tengok stage dataran perhimpunan, rindu waktu bagi sajak, syarahan, speech time jadi best student PMR dulu. tengok stage kt Dewan Terbuka, rindu zaman anugerah kecermelangan pelajar. tengok surau, rindu waktu solat zohor sesama dengan Ustazah Norazian, mengaji Al-Quran dengan Ustazah Syukriah waktu abis PMR masa bulan puasa. tengok science lab, rindu class science with Cikgu Hanani and Cikgu Sharifah. paling sedih bila aku tengok class aku dulu2..arrghh rindu sangat..


dulu pegi sekolah naik basikal. pagi pagi pukul 6.40 dh keluar rmh. kayuh la ramai2 dengan zaty, farah, shakila, mamat..lepas tu petang pulak g latihan kawad KRS, latihan sukan..kekadang tu bawak basikal pun nak berlumba. ingat lagi waktu pagi tu, ntah macam mana boleh jatuh basikal. terkoyak kain sekolah..


damn! aku rasa nak nangis buat entry nie. sebab kalau bukan cikgu cikgu yang selalu bagi kata kata semangat kat sekolah dulu, aku takkan berjaya. yeah! berjaya tapi belum sepenuhnya.. perjalanan masih jauh.


niat hati tadi nak cari cikgu cikgu aku tapi semua tengah bz..maklumlah harini conference waris. sempat jumpa Cikgu Roshani and Cikgu Panjawarnam ja..sembang sekejap. cikgu ingat aku!! cikgu ingat aku blaja kat mana, aku sekolah mn after PMR. seriously, terharu sesanngggatt..


but mostly, cikgu yang mengajar aku dulu ramai dah pindah sekolah. mengajar kt tempat lain..teacher Euw, Cikgu Hanani, Cikgu Rosita, Ustazah Fazilah, sir Lim semua dah pindah. ingat lagi Ustaz Khairul ajar bhasa arab. ustaz baik sesangat sbb kami student first ustaz mEngajar arab. waktu tu ustaz baru grad from Jordan..kami siap pergi kenduri kahwin ustaz kt alor setar. bawak hadiah lagi..wife ustaz cantikk..bila ada clz tambahan arab, ustaz siap suruh wife ustaz masak sesedap untuk kami..


waktu form 1 kami satu kelas memang takut sikit dengan Ustazah Norazian. padahal ustzh baik ja kot. bukan apa, ustzah suka suruh kami tulis jwpn kt blackboard. tp tak boleh tgk jawapan dlm buku. plus tajuk yang tak belajar lagi plak tu. and aku selalu kena jawab soalan ustzah..bila ada clz agama ja dh kena ready siap2..ngeh2..


ingat lagi Cikgu Wahab. ajar sejarah form 1. cikgu nie pun dh pencen lama dah. time aku form 2 kot. class sejarah cikgu relaxxxx ja..aku rasa masa tu aku just belajar zaman paleolitik, mesolitik and neolitik ja kot..kiki..subjek sejarah memang aku tak gemar. tapi form 3 Cikgu Mazura bagi aura apa ntah jadi best plak blaja sejarah.


dulu wktu sekolah aku paling dok gemor class seni lah! sebab aku bukan otak berseni. nak lukis ayam pun aku tak reti. errmm..jenuh cikgu Halim mengajar..sama jugak bila time class KH. bila kena buat projek aku sure tak tau nak buat apa. nak buat tempat letak pensel pun tak jadi..adooiiyaai..pening Cikgu Zaiton nak bagi markah..


tapi tapi, aku paling suka clz math..sebab aku memag suka number2 nih. kira sana, kira sini. teacher Euw baik.ajar math form2 sampai form3. form 1 teacher Saraswathi..kekadang tu aku kantoi jugak jawab math..kiki..




sekarang yang tinggal Cikgu Mazura, teacher Hawa, Cikgu Zurini, cikgu Subuletchumi yg still setia mengajar kat sini. and ramai jugak cikgu2 yang tak mengajar aku dulu still mengajar sini lagi. they are very dedicated..
love them all..






Daripada Saal bin Said r.a berkata: Rasulullah S.A.W bersabda, "kebaikan itu laksana beberapa gudang. 
dan bagi gudang-gudang itu ada anak kuncinya. maka untung sekali bagi seseorang hamba yang telah dijadikan Allah sebagai anak kunci bagi kebaikan, penutup kejahatan. Dan celaka bagi seseorang hamba yang  menjadi anak kunci bagi kejahatan, penutup bagi kebaikan".



aripada Sahal Bin Said r.a
berkata: Rasulullah s.a.w
bersabda: “Kebaikan itu laksana
beberapa gudang. Dan bagi
gudang-gudang itu ada anak
kuncinya. Maka untung sekali bagi
seseorang hamba yang telah
dijadikan Allah sebagai anak kunci
bagi kebaikan, penutup bagi
kejahatan. Dan celaka bagi
seorang hamba yang menjadi anak
kunci bagi kejahatan, penutup bag



macam tu lah suasana sekolah harian. then bila pindah mrsm lain pulak gayanya. otai pun lain. ngeh3..dah up naik form 4 tanduk pn naik satu..sekarang?? sekarang lagilah bertanduk tanduk..


wslam..


p/s: sory entry over panjang pulak..

Saturday, June 25, 2011

syoknya bertunang!!

aSSalamualaikum..


hi! happy sweet Saturday..seronok betol harini. petang tadi g kenduri rumah cik Suraya. kawan lama sekolah rendah dulu. alhamdulillah..akhirnya dia dah jadi tunang orang. cik Suraya nie nurse and tunang dia plak askar.ingatkan lepas raya majlis tunang, rupanya hari sabtu. bagusla. benda baik tak elok dilewatkan. and insyaallah kenduri bulan 11 nanti. orang lain yang bertunang aku plak yang excited lebih..kikiki..


zaman sekarang dah jadi common orang kahwin awal. macam kawan aku nie lah. and kat kampus aku sendiri pun memanglah ramai pasangan yang married. tak payah cari jejauh. clzmate sendiri pun ada yang dah kawin. sekali tengok macam best pulak.*ok! nie tahap gatal! ngeh3..




"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1) 


bagi aku kahwin nie bukan la perkara mudah dalam hidup. sebab orang yang kita kahwin tu akan hidup semati , susah senang, happy sedih sesama. tanggungjawab pun besar. bila penat study, tension hadap exam aku selalu pk 'alah nak kawin lah camni!'..haha..tapi hakikat sebenar kahwin bukan semudah ejaan K.A.H.W.I.N tapi kahwin tu satu tanggungjawab yang sangat la besar yang harus dipikul. si suami perlu jaga si isteri and bimbing keluarga, si isteri pulak mesti taat pada suami and bijak menguruskan rumah tangga. malah istilah kawin tu sendiri bkn bermaksud kawin dengan pasangan tu saja tapi 'kawin' dengan familynya sekali. and willing to accept the weaknesness.



Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat." 


mak selalu pesan 'kakak kalau nak cari, cari yang rajin semayang macam p.cik n pak usu tu..takyh yg kaya sangt. biar bersederhana..' ngeh3..lepas tu muka aku blushing. sebab aku memang malu cakap bab2 kawin nie. ngeng!




Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik. 

 

tapi aku tak kesah pun how's my future partner looks like. appeareance is doesnt matter. as long as he can be good leader and respect parents is alhamdulillah for me.

ajal maut, jodoh pertemuan tu kat tangan tuhan. we dont know who is our partner. we dont know who's name at Luh Mahfuz. kawin dengan si A ka?? si B ka?? or si C?? future is unpredictable.

yeah! i do love 'love after marrige' too..rasa sweet tu macam kurma..hehehe..*dh start dh tahap miang tu..

tipulah kalau aku cakap tak pernah suka kan sesapa kan. tapi what can i say is just 'sabar'.."sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama"-Hikayat Merong Mahawangsa.


leave it to Allah..Allah knows the best.




Rasulullah S.A.W dlm hadisnya bermaksud, "wanita yang paling banyak kurnianya ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat adalah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan buruk budi pekertinya."




bagi aku, buat masa sekarang nie study is number 1! yeah! plus minus still have 3 years to finish my study. no time to think about bf or gf apatah lg hal kawin2 nie..ilmu pun cetek lg. akal pun kurang matang. plus, hingus pun tak abis meleleh lagi..lol! 



Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu." 




*erk! sejak bila plak dah pandai cakap hal kawin2 nie..err..




p/s: always pray 4 my sweet angah..insyaallah everything will be fine..



























Friday, June 24, 2011

comment penting?? or follower penting??

aSSalamualaikum..



hyeee!! dua hari mood menulis hilang. gara-gara si blog tak mau uploadkan photo. oh sedihnya.. baru kutahu blog pun ada had limit picture?? tulah rajin sangat nak mengupload photo. kalau boleh semua photo yang ada nak upload.kikiki.. btw, thanks lot to kak atie and kak niena..kalau tak memang tak tau..hehe..


comment or follower?? masa mula mula active blogging aku memang kejar gila follower. bila ada follower tandanya ada orang sukalah blog kita kn2?? tapi bila difikir fikirkan balik kalau banyak follower tapi takda pengkritik pun tak best jugak..bila ada yang komen and bagi pendapat baru lah kita tau kat mana weakness  blog kita tu. and and rasa puas sebab ada orang sudi comment entry kita. plus, rasa macam waahhh ada orang baca entry aku!! macam tu la hari-hari aku perasan..ngeh2..


tapi orang cakap kalau nak banyak komen kita pun kenalah rajin melawat blog orang and send comment. tapi aku?? ngeeehh..blogwalking ja tapi tak tinggal jejak pun.hehe..*silent reader lah kekonon.tapi aku memang sesangat lah suka baca blog kakak Nkakak A and inche M..kalau ada update baru tangan nie miang ja nak komen..hihi..


kekadang tu rasa segan pulak bila tengok blog orang yang ramai follower. sebab blog aku is just a simple blog. *err..bunyi macam kecewa ja..haha..yeah! aku menulis pun sekadar suka suka. sekadar nak record unforgettable events. tapi tak sangka plak jadi blog yang banyak mengarut.hihi.. 


huarrghh..ngantuk pulak. bantal pun dah panggil. esok belajar kereta lagi..adehh bila la nak abis nie..chiooss..assalamualaikum..







Thursday, June 23, 2011

spontaneous Thursday..

aSSalamualaikum..

aku tak suka drama indon..=p

chiooss..

Wednesday, June 22, 2011

kenapa tak boleh upload photo dlm blog??

aSSalamualaikum..

haila..baru nak update entry wordless wednesday
sekali picture tak bole upload???!!!
gggrrrr...aphal?? apa kes??
whhhyyyy??? tell me whhyy??
off blogging..reading Dan Brown..
okayh! chiooss..assalamualaikum..

Sunday, June 19, 2011

selamat hari bapa inche Rosli..

special song dedicated to bapak...

Di Pondok Kecil

Album :
Munsyid : Nadamurni
http://liriknasyid.com

dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku kemana
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam




bapak, thanks for every single things u have had done for me..ceewahh..terspeaking pulak..menjadi imam yang terbaik dalam keluarga..May Allah bless you..Amiinn..


p/s: ingat lagi lagu nie group aku perform versi dikir barat waktu ibadah camp kat uni last last semester..combination wataniah, palapes and suksis..

oh yeah! smallville..

aSSalamualaikum..

smallville is back!! o yeah! kiki.. excited pulak. tak taulah kot2 cita nie dah lama ada kat tv tapi baru hari nie aku perasan. tapi aku rasa baru hari nie lah start kat tv tu. mana taknya mengadap lappy ja kerja aku. time orang lain semua tengah sibuk sembang sembang pasal hot drama Nora Elena tu aku ternganga ja tak tau menda..*tapi tipulah kan aku tak tau langsung pasal drama tuu..ngeeee...


sapa suka tengok Smallville?? weehee.. dulu masa skolah memang faverat. sekali kena pindah masuk asrama waktu form 4. sedih la sangat waktu tu. padahal sedih sebab tak dapat tengok cita best best kat tv..ngehh.








dah lama kot tinggal cita nie..dah berapa season ntah nie..waaa..rugi2. last aku tengok season yg ada green arrow tu. si oliver queen. tu pun aku tengok first episod and last episod ja..sigh!














eleh..sigh la sebab tak dapat nak tengok si Justin Hartley.. 



actually aku tercari cari lah jugak sesapa yang ada and rajin mendownload cita nie. tapi..........



and tadi tadi, aku rasa blurr dah..sejak bila wujud krypton pulak?? who's Kara?? what happen to Lana?? hari tu kan dia married to si Lex ka?? and bila masa pulak ayah si Luthor ni mati?? Kal-El?? sapa tuh?? nak tau nak tau..really need previous season!! setakat baca kat SINI mana ada feel..


*umur dah 21..tapi still layan cita nie..ngeeeeheee..okayh! sorok muka.




p/s: Tom William still semat macam dolu dolu lah..

Saturday, June 18, 2011

isk isk..tak suka belajar kereta! mencik!

aSSalamualaikum...



hallu! hye...happy sweet Sunday..apa yang menarik harini?? ada yang p jejalan kah?? bercuti kat mana mana..hihi..aku?? buat masa nie takda yang menarik..mayb petang karang dah plan dengan cik zaty nak p sg sedim..yuhuuu...


tadi pagi p belajar kereta..hukhukhuk..bawak kereta SUSAH!! yes! aku start class from zero. no basic. masuk hari nie baru 4 kali la aku belajar. sebab tu bawak pun terhegeh-hegeh lagi. masuk gear ja gelabah asal masuk gear ja gelabah..what the fish cake! tiap tiap petang ayah aku lah jadi cikgu mengajar. ok lah. tapi bila aku p belajar kat  agensi terus jadi gelabah..ngeehhh..mencik!






credit to google




'lagu mana nie? dok kt standard two lg nie..kalau kt uni nie pakai setaun lg la bru buleh' komen pak cik Farid..


waaa..aku heran la macam mana orang boleh terer bawak kereta. belajar sekejap ja. aku nie?? bawak moto lagi best tau! tapi sampai bila kan nak bawak motor ja. hukhukhuk..aku tengok cik zaty and cik pikah best pren aku tu dulu p belajar sekejap ja dah terer. huuuuu..


its ok. its ok. breath in..........out.........in.....out.......chillax..



credit to google again!

skuter dan si cap merah Part 4..

.......................................................

perkataan terakhir ditulis tanda mengakhiri nota subjek tersebut. Fiqh For Economist. kemudian, nota nota yang berwarna warni disusun mengikut turutan. buku yang sejak tadi menjadi teman setia Ana tutup. jam comel berbentuk chipsmunk ditatap. 5 pm. perut berkeriuk menyanyi bermacam macam lagu. hari ini Ana tak ke library. sejak dapat bookmark dari invisible person si Adam. sumpah! Ana tak kenal that guy. makhluk planet manakah?? Adam Lambert ke?? dah habis idea mencari si empunya nama. tetapi, tetap jugak tidak berhasil. malas melayan perasaan tu. final exam tinggal lagi dua paper. fokus exam lagi baik.

langkah menuju ke toilet mengambil wuduk. sejadah dihampar lalu menunaikan solat fardhu Asar dengan penuh khusyuk dan tawaduk. selesai, doa diaminkan. warkah ma'thurat dicapai. Ana membaca ma'thurat dengan penuh hati-hati. 

“Sesungguhnya bahwa asma Allah yang agung itu ada pada tiga surat dalam Al-Qur'an yakni: surat Al Baqarah, Ali Imran, dan surat Thaha. Al Qasim berkata, "Kemudian aku mencarinya, maka aku mendapatkan pada surat Al Baqarah adalah ayat (kursi), "allahu Ia ilaha illa huwal hayyul qayyum", pada surat Ali Imran adalah ayat, "alif lam mim, allahu Ia ilaha illah huwal hayyul qayyum”, dan pada surat Thaha adalah ayat, 'wa 'anatil wujuhu ill hayyil qayyum." (HR. Al Hakim, Al Mustadrak ‘Alash Shahihain No. 1866. Ibnu Majah No. 3856)

nasihat ustaz Yusri mengenai satu riwayat  masih terngiang-ngiang di ruang ingatan. kebesaran membaca ma'thurat. selesai, warkah ma'thurat disimpan. sejadah dan telekung dilipat kemas. 

'Hani, perut aku makin rancak buat konsert nih. jom makan??' usul Ana.

'la..ingat tadi dah tak mau p makan dah.  jom jom. gua dah macam zombie kampung pisang dah nie..'Hani berjenaka.

'hahaha..chillax la..makan kat mn??'

'jom p makan jejauh sikit. otak aku dah sempit nie' Hani bagi idea.

'kat mana??

'alah..makan kat hostel Melur. teringin plak chicken chop. kat situ sedap..'

'la...ingat jauh mana la sangat. sebelah tu ja pun..'


tudung hitam yang sedia tersangkut di hadapan loker dicapai. senang. tak payah nak iron lagi.


'assalamualaikum..' suara diluar bilik bagi salam. tersembul wajah Azwati. 'Ana, ada orang kasi ni' hulur Azwati.


teragak agak Ana mengambil kotak bungkusan itu. 


'wow! Ferrero Rocher..gila kau Ana. sapala yg kasi ni agaknya..' terbuntang mata si Hani.


'huh! hantu betol. ingat aku hadap sangat coklat ni. aku tak mau. ntah diletaknya racun tikus tak grad aku nanti. nah hg ambik jalah..' note yang diselitkan bersama-sama coklat tadi dibaca.


hope u have fun studying for next paper..

Adam

.................................




orang ramai berpusu-pusu memasuki pintu Giant. biasalah. musim gaji. masing masing mahu memenuhi kehendak masing masing. Airil, Pa'an, Tok Ku dan Mat Jo tidak ketinggalan. musim exam memang memenatkan. sekali sekala keluar layan KFC bagus jugak. beg plastik yang penuh dengan titbits dan beberapa toiletries diletakkan diatas kerusi yang kosong.  



'eh, kau beli Ferrero Rocher?? fuyoo..mimpi apa plak nie??sejak bila makna coklat nie..' tegur Tok Ku..


'sejak jumpa dengan Cik Celine Deon..hahaha' Pa'an gelak pecah perut. beberapa pengunjung di meja sebelah memerhati gelagat si Pa'an.


'hah?? Celine Deon??' Tok Ku muka blurr..


'aku tau..budak tu kan?? eleh..dah kantoi dah..' Mat Jo yang sejak tadi kusyuk meratah ayam menyampuk. muka selamba.


crap! how come?? 


'kalau suka tu terus terang ajelah..gigit jari kot nanti..'sambung Mat Jo lagi. still muka selamba.


'haish..merepek jelah korang nih! apa apa jelah..nie nak kasi kat adik aku tu ha..' Airil cuba elak.


'nak lari topik la tu..'Pa'an cebik.


.........................................

Dan malam itu, kotak coklat itu dibungkus kemas. nota diselitkan bersama. Ya! selama ini, Airil lah si invisible man. Adam. Shafriel Adam.

But I believe for u n me
The sun will shine one day
So I’ll just play my part
And pray you’ll have change of heart
But I can’t make u see it through
That’s something only love can do

Friday, June 17, 2011

bubur cha cha..yummy!

aSSalamualaikum..


halluuu..!! fresh saturday. weekend macam nie seronok betol lepaking kat rumah sambil berblogwalking sana sini. follow situ follow sini..sesapa yang bekerja tu. selamat bekerja. sesapa yang tengah enjoy short semester selamat menghabiskan assingment..ngeh3 (tangan gosok dagu sambil gelak jahat)..yang tengah chillax semester break macam aku selamat menambahkan berat badah..woohoo..

eh eh..sapa tau bubur cha cha?? ngehehehe..faverat aku tuu..hari nie aku menyibuk kat dapur. kekonon nak tolong mak buat bubur cha cha la.*erk! nak cakap rajin la tu. sila jgn percaya. eleh sebenarnya nak tolong ambik gambar bubur jerk! ngeng...

dalam banyak banyak bubur yang ada kat muka bumi nie, bubur cha cha la yang paling aku gemor makan. kalau bagi bubur kacang ka, bubur apa apalah aku kureng sikit nak makan. pelik! tapi cik zaty best pren aku nih tak makan pulak bubur cha cha. dia cakap sebab bubur nie warna warni..hahaha..




memula aku tengok mak rebus dulu isi yang warna warni tu..



lepas tu blander santan..nie baru keja aku






dah siap tu. perah. perrghh..tengok tangan! nampak sangat orang takda skill. 
perah santan pun tak betol..


santan yang perah tu masuk dalam belanga tadi.sekali dengan daun pandan. kasi wangi sikit..



and tadaaaa..siap dh..nie aku punya..jemput makan!
haila..cemana lah tak gemuk. santann tuu..!!


la..macam nie ja buatnya. ingatkan susah macam buat karipap tadi..ngeh3 *bajet macam dah tau buat ja..padahal.....okayh! nak p melayan bubur cha cha. chioss..aSSalamualaikum..

jom main congkak!!

aSSalamualaikum..

hye!! sihat sihat belaka kah?? alhamdulillah..kalau demam tu cepat cepatlah makan ubat ye. jangan jadi macam aku nie penakut sangat dengan segala jenis ubat..okayh!

sapa kat sini suka main congkak??? sila angkat ibu jari kaki..hehehe..seriously dah lama tak main congkak. huh! macam nie la orang zaman sekarang. kalau game kat pc tu laju ja kan? *cit! emo plak..jangan marah yee..aku pun samalah..ingat lagi time kecik kecik dulu bila musim biji getah jatuh ja aku and the geng pakat pakat la reramai p kutip. lepas tu korek lubang buat congkak.seronok lahh!! rindu zaman tuu..ya! aku budak kampung..ngeee..*bangga lah pulak..

hari ni dan setiap hari jumaat aku satu family akan berkumpul kat rumah tok. semayang jemaah sesama. pastu baca yassin sesama. then, sementara nak tunggu waktu ishak ayah ajar sepupu sepapat mengaji. *termasuk aku kadang-kadang kena join sekali..ngeh3..memang dah jadi habit dalam family dah..lepas ishak is MAKAN TIME..*bab makan huruf besor ja. maunya tak makin membesor lemak tu..ngeee...
adeess.. kononnya nak sahut cabaran turunkan berat badan. tapi bila hari jumaat ja memang tak boleh control sebab macam macam makanan ada..huuu..tadi mak lang masak mee goreng. ayah plak p beli mee kuah and koewtew kuah. dah la sedap..*pakai hangat hangat tahi kambing jela nak kurus..

err..macam dah melalut ja nih! okayh! tadi sepupu aku keluarkan congkak kayu. aku pun apa lagi..whooaaa..dah lama tak main!! terus join main dengan dia. first game aku menang!! keh keh keh *cit! ayat kekonon juara la tu..sekali tok datang join. hah! sifu datang sifu datang..kalau dulu kecik kecik bila lawan congkak dengan tok aku sure kalah. lepas tu merajuk. *adess punyalah poyos..

bila sifu datang aku apa lagi..bungkus lah aku..waaa..*tadi bajet wira kan. padan muka daku. dah kalah...keh keh..












bila mentor vs protegee..


tu dia..konon terer lah tuu..


ok! surrender dah..tok menang. balik rumah tido~~~zzzzZZzzz

Thursday, June 16, 2011

...........


aSSalamualaikum...

happy thursday..may Allah bless..wohoo..hari nie peeenaaatt owhh..kat kilang banyak kerja!! masuk hari nie dah 4 hari tau kena gam kulit graph pad. sakit jemari nih. *alamak poyo la pulak..smlm target sorang kena siapkan 1200 buku..gila..memang tak dapatla..aku dapat buat 1020 jerk! ngeh3..harini pun sama..tapi aku dapat siapkan 1060 ja..hehehe..lagi pun lagi 200 just extra ja..actual target 1000..rasa macam nak give up ja kot. tapi apakan daya. takkan aku nak goyang kaki ja kat rumah sepanjang semester break nih..tak pa tak pa..take it easy..stay cool..stay calm..

disebabkan semalam graph pad yg berjaya digam capai target, Ah Han belanja kami makan laksa tadi..wallah..suukkaaa..!! tp mkn laksa dlm plastik..kalau dah bg laksa kat hantu laksa macam aku dengan cik zaty memang tak kesah dah makan tak pakai mangkuk pun tak pa..macam macam gaya ada....





 ~~cik zaty~~


~~cik laila~~



~~kak ton~~sorok muka lak dia..

belakang tu ~~wei wei~~





~~Ah Hau~~tu diaa..sampai senget badan 



~~aunty~~ nun di kejauhan..



erk! sapa plak nie??



.............................................................

and balik kerja tadi terus aku terjah pokok aloe vera kat rumah zaty..kekononnya nak ambik sikit tanam kat rumah. ngeh3..dulu kat rumah pun ada jugak tapi ada la satu hari tu orang datang rumah mesin rumput, dengan pokok tu sekali ditebasnya..alahai..

sampai kat rumah terus usha usha pasu bunga mak kot kot ada yang kosong..cari port baik sikit. takut nanti kena mesin lagi..mak kata "tanam kat tempat tinngi sikit takut satgi ayam cakaq. tak pun ayaq bawak bila hujan"

aku pun pulunlah cari port port yang sesuai..

naa..jumpa satu tayar kosng..betol betol depan rumah..pasu pasu kat tepi rumah semua penuh dengan pokok bunga mak..yang nie pun kira ok lah.



dari dok terbiar tayar nie penuh rumput baik aku tanam pokok aku tu..


cabut semua anak anak pokok, anak anak rumput..


ngehehehehe..cik pokok sila ikut saya yeee...



tanam tanam..


tadaa..dah siap...



siram air..penting tu..





pokok pokok..copat copat ler membesor..




 ha..yang nie special case..nak buat masker..moh join pakai mask aloe vera original version..


tu saja entry harini..boring kan??hihi..chiosss..aSSalamualaikum..