Sunday, July 31, 2011

iklan puasa dolu2..

aSSalamualaikum..

halluuu...hye2!! semua dah sahur?? gooodddd..lepas makan tak elok tidur ye dak..tp kalau blogging elok ke?? hehehe..

okayh! aku sesaja ja nak ajak korang kembali ke zaman puasa dolu2...ingat lagi tak those iklan??













aku rasa petronas done a very good job with those iklan yg really meaningul..sama sama kita ambik iktibar...~~~

chioss..

wslm..



ahlan wasahlan..

aSSalamualaikum...

esok dah puasa..so.amacam kengkawan?? dah ready mental dan fizikal...?? aura ramadhan pun dah makin hot kat fb and blog. kalau dulu bila malam nak puasa ja nset memang tak duduk diam. kejap kejap teett tett, kejap kejap tett tett..sms wish puasa...tp, sekarang dh xda da. wish kat wall fb ja..jimat, pantas dan berkesan! haha..*berkesan?? ada kena mengenakah??

harini kalau ada sesapa yang kempunan tak makan kfc ka, mcd ka, pizza ka, domino's ka bek p makan cepat..nanti meleleh plak tengok iklan kat tibi..

semoga ramadhan kali nie membawa 1001 rahmat. doa banyak banyak. kan doa di bulan ramadhan nie mustajab. tapi, jangan lah plak bila ramadhan ja baru nak berdoa sungguh sungguh, baru nak ingat Allah. teringat rancangan al-kuliyyah jumaat ritu, ustaz tu ckp berdoalah ketika jiwa berada dalam keadaan tenang. jgn kalut. masa nak siapkan juadah posa pun boleh berdoa. ha..mcm si isteri tu sambil dok kacau tepung nak buat kuih boleh la doa tuk suami..kiki..


ha! malam nie dah start tarawih. teringat zaman p tarawih masak kanak kanak dulu. jom2 ramai ramai p semayang tarawih. bila lagi nak buat amalan sunat. dah ada peluang nie, jangan kita abaikan..


ahlan wasahlan ramadhan al mubarak..

lets enjoy this song..my favourite nih!




chioss..

wslm..

p/s: apa aktiviti korang ramadhan nie??

Friday, July 29, 2011

segmen: Ben Ashaari dan blogger..

aSSalamualaikum..


Santai Bersama BEN ASHAARI


hye..hari sabtu yang relax. so, aku pun takda sangat idea nak menghupdate blog harini. join segmen pun coolio jugak ye dak..hehe.. 

jom join segmen Ben Ashaari..moh click sini..




aku memang tak pandai sih bab bab nak mengambik gambo nih. kodek punya kodek kat album dalam lappy, aku rasa gambo nie jelah yang ok pun aku penah ambik. aku tak dalah pandai sangat nak edit edit pictures nie. so, aku letak yang ori aja.. 

gambar nie aku ambik masa malam bbq dengan skuad wataniah last semester. aku guna kamera cikai ja nih.  kecur liur tak?? sila cakap nasi nie nampak sedap..ngeee...

si baju oren, cik pujah model nasi goreng..hihihi..  

chioss..

wslm..

hari terakhir..

aSSalamualaikum..

hye..!! hallu2..happy bless Friday..ha ada sesapa tak g semayang jumaat tak siang tadi?? aiyukk..nanti tuhan marah tau..

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Dan perumpamaan orang yang datang terlebih dahulu (ke Masjid pada hari Jumaat) bagaikan orang yang sedekah unta, kemudian bagaikan yang sedekah lembu, kemudian bagaikan sedekah kambing, kemudian bagaikan sedekah ayam, kemudian bagaikan sedekah telur" (Riwayat Bukhari & Muslim)


ok2! harini bkn nak cakap pasal sembahyang Jumaat. nak tulis lain sebenarnya. hehe..pejam celik pejam celik ghopenye almost 4 months dah semester break. lama woohh..berdaki dah apa otak aku nie. memang nak polish balik nie sempena Ramdhan nie. and afta raya, maka bermulalah kembali journey aku as a student..huaarrggghh..

and between this semester break ada jugak la kerja kerja sampingan yang aku buat. baru masyuukk ye dak..kalau dok rumah ja poket kering.

and, banyak benda yang aku belajar kat alam pekerjaan nie. *cewah! kekonon bajet kerja besor jerk! haha..
ok2..sebulan lebih gak la aku kerja kilang. since pertengahan bulan 5 sampai la bulan 6. time nie kadang kadang perasaan PENAT+MALAS+TAK SYOK=BORING semua ada. tulah..sapa cakap kerja kilang tu senang. sakit tangan badan semua. kekadang kesian tengok mak cik mak cik yg dah bertaun kerja kilang. salute arh! tak pernah boring. yeah! dont look down kat pekerja kilang.

then, atas sebab sebab tertentu aku berhenti dah keja kilang. jauh sangat dari rumah. tak berbaloi dengan minyak moto. then, aku tolong mak member aku kat kantin. gantikan tempat kawan aku yg sambung belajar. beliau dapat nurse under SPA.

kantin tu kantin kilang. tp tak besar mana pun.kecik je. aku tolong basuh pinggan. potong potong sayur, bancuh air. aku start keja sini since awal bln 7. sampai la  harini last day. sebab dh nk bln puasa kn. kalau bukak sapa nak dtg mkn. kucing jela yg boleh jd customer pun..

keja sini best! series best! first day keja, kelam kabut. satu benda aku tak pandai buat.hahaha..bancuh kopi?? hancuss..memang tak reti. *sila cancel untuk calon isteri. erk! ada ke??haha..

keja basuh pinggan memang lekeh la. orang pandang sebelah mata ja. tapi, aku suka! haha..yeah! sepanjang aku keja ada some kilang girl yang lawa lawa pandang sebelah mata ja kat aku. yelah, mana taknya. keja basuh pinggan. selekah mak! but tak semua la..mostly they are friendly.

and, kat situ ada 2 org student buat praktikal. student mn?? xyah mention lah. sekali dia tanya cenggini kat aku 'nie tak sekolah ka??' sentap mak nak! hahahaha..

aku senyum ja kat dia. senyum..tak perlu kata apa apa..hehehe..*mcm budak skolah kah aku??oh tidak..terasa muda gittuuuwww..cumaaaa....page blog aku memang lah macam budak skolah! bila nak tukar ntahla..

aku bukan nak salahkn dia bertanya soklan sebegitu rupa.*erk! pehal ayat bajet skematik ja. tapi, nasib baik lah dia tanya kat aku, if dia tanya kat bebudak yang betol2 tak skolah mau makan ulam jantung pisang jugak budak tuu..

case closed. tak nafi, banyak benda aku belajar. seronok sangat. and, benda penting yang paling aku belajar kat sini, jangan pandang rendah kat seseorang. even, kau kat atas, kau jangan lupa dengan orang yang kat bawah nie. sebab orang yang kat bawah nie yang selalu support kau yang kat atas tu..do respect others so others will respect u..hidup macam roda. tak selamanya kita kat atas, and tak selamanya kita kat bawah. and, jangan rasa kita hebat hanya dengan sedikit kejayaan..ucap alhamdulillah is the most better word.

erk! aku bukanlah pandai sangat nak bg nasihat nie.sekadar sedikit peringatan boleh lah..

jom baca sini. entry lama aku..hehe..

chioss..

wslm...

Thursday, July 28, 2011

oh Malaysia tanah airku..

aSSalamualaikum..

hye! first of all thanks to Zarulfarhana. kalau tak cakap memang saya tak perasan widget tu agak mengganggu..hehe..

oh tidak! kenapa??!! 1-1??  sadis..sedih..tapi tak pe. malaysia kalah bermaruah. Harimau Malaya is cool OK! terbaik la Safee Sali. power la Khairul Fahmi tangkap bola. tapi aku minat Muslim..*wink!

tapi agak tak boleh blah la jugak. geli bulu mata menengok player Singa. over lah! cramp lah! sakit dada lah! sakit kepala lah! saja ja kan nak lengahkan masa. bengang kot Safee Sali. ambik kau yellow card gol keeper Singa. hak tuih! padan muka.

apa apa pun pasukan Harimau Malaya dah lakukan yg terbaik. Khairul Fahmi kembali and banyak selamatkan keadaan. takda wayang wayang meyyy...tak macam singa pura-pura..pooodaahh!! dah la bwk pemain import. sungguh tak ori. well..nampaknya Harimau Malaya kena tingkatkan lg usaha and corak permainan..2018..waiting.~~

*cewahh..buat entry mcm pengulas bola sepak. akal pun cetek..ngeee...

chiosss..

wslm...

entry sependek alam..

aSSalamualaikum..

hye!! halluu..okayh! harini entry pendek sependek alam. banyak kerja sikit. kiki..macam PM lak bznya. ptg tadi aku accident moto..huhu..baru dapat lesen keta alih2 accident moto lak. alhamdulillah luka biasa2. tapi, moto ayah la teruk..hehe..kesian ayah..

this few days plak, my mak kurang sihat. gusi bengkak. bengkak sebelah muka. kesian lak aku tengok. sampai demam si emak. tadi g hospital, x-ray then doktor suruh choose either masuk wad or ambik ubat. tapi, mak nak ambik ubat ja dulu. and, this tuesday nak kena g hospital lagi sekali. alhamdullah lepas mkn ubat bengkak dah surut sikit. pray for my mom...


credit to  salimharmanain

eh2..malam nie Harimau Malaya nak gegar Stadium Bukit Jalil kn! mantap! harap harap bungkus la Singa Jadian tu! aku jenguk mangkuk pak belalang tadi, mesia 2 singa 1..kiki..

okayh! sory xsempat nk g melawat kengkawan..

chiooss.

wslm..

Tuesday, July 26, 2011

yeah! dapat mandat....

aSSalamualaikum..

hye!! halluuu..kikiki..muka sengih macam kambing..buat entry sambil sengih2..kikiii..alhamdulillah..lastly lulus sudah..nampak gayanya aku bakal dapat mandat nak drive keta ayah dah. yeaaayyyy!!! nie syok nih! haha..*gelak sebesar alam.

pagi kul 9 tu dah bertolak g pusat memandu. sesampai ja tengok number and session. aku, session 3 no 19. then, tunggu la turn dulu. aku nie dari rumah dah menggigil tak sudah2. macam macam air dah aku buang kat rumah tadi. nie tetiba rasa nak terkencing plak dah. nak bangun dari kerusi pun memang aku tak sanggup sebab mengigil sangat. so, aku tunggu jelah. muka merah ja..

lama gila kot menunggu tadi. sbb harini ramai jugak la yg test keta. sambil tu, aku usha2 gak tengok orang. naik bukit pastu keta turun, langgar kon time parking..mostly perepuan lak tu.adooiiyaii..lagi seram..cik zaty and cik pikah awal awal lagi dah anta msg wish good luck. tenkiulah kawan!

lepas tu ada satu keta nie sorang mamat drive. dia buat bukit dah ok dah pastu masa nk drive turun tu dia terlajak sib baik tak masuk dalam hutan depan tu. kesian dia. dah dikira accident tak boleh nak buat jalan raya.

turn aku afta lunch. around  2pm. elok la menggigil pun dah hilang sebab lama sangat tunggu. ok. masuk keta. start enjin. masuk gear 1. bc bismillah ntah brapa ribu kali ntah, siap selawat g. pastu doa kenderaan suma bantai baca sekali.

part bukit, alhamdulillah. then, p parking plak. yg nie rasa tak boleh blah nie. aku dah siap masuk parking semua elok dah, then angkat tangan. aku tengok muka JPJ tu. dia angguk OK! then, aku keluar la. pastu dia ckp 'nie pasaipa keluaq nie?? sy dah suruh keluaq ka??' adooiii..!

'dah tadi, encik angguk2 td' aku jawab. muka innocent lagi.

'p buat sekali g' alamak! alah..sekali lagi la plak.

then, buat la sekali g. alhamdulillah. terus buat 3 penjuru. ok done! selamat dah satu. nak p jalan raya plak.

sekali betol oh macam yg aku imagine dalam kepala. sekali dapat JPJ big saiz punya. tapi takda r ketul2 tu..fuhh..memula garang sikit. lama lama buat lawak plak. dia cakap picture aku kat lesen L ada tahi lalat, tapi dia tengok kat muka aku takda tahi lalat pun. dia kata aku orang len la. macam macam lah..takpelah. garang garang lawak lawak pun inche JPJ dah kasi lulus..trimas dong!


alhamdulillah..everything going so well..thanks kengkawan doakan sy..

chiooss..

wslm..

Monday, July 25, 2011

mengigil urat kentut..

aSSalamualaikum..

assalamualaikum........ada orang tak..???? ada tak?? ada? baguss..sy nak masuk nie. sy duduk eh.sy duduk nie. teh tarik kaw satu!! *pergh ingat rumah mamak ka apa..

okayh! bukan apa. sebenarnya otak tengah tak betol harini. menggigil abis. kaki, tangan, otak, urat kentut semua gigil. ESOK TEST JPJ!! hadooii..aku tak tau la apa nasib aku esok. setiap saat jantung aku mesti gerak laju. kekonon bajet lari marathon la.

3 hari 3 malam tidur tak basah, mandi tak kenyang, makan pun tak lena! 3 malam gak la aku mimpi bawak kereta. mimpi cluth tercabut lah, handbreak tak makan lah, stereng tercabutlah, gelabah tak bertempat.

ish risau bebenor nie. lepas ke tak naik bukit nanti?? keta mati ke tak test jalan raya?? agak agak salah masuk gear lagi tak?? ish dapat JPJ macam mana ar?? agak agak badan macam Sazali Abd Samad tak?? 


or..muka macam nie..


err..i..i..i..un..un..derwear! ops! understand sir! *gagap aku! tapi kan kalau dapat yang macam lee min ho nie


aku rasa memang tak gerak lah keta tu..hihihi..*miang dah..


oh tidak! kenapa mesti macam lee min ho!

doakan sy ye..hopefully, tak kena test banyak kali sebab dah tensen dah bab bab nak mengambik lesen nie..kuikui..

chioss

waslm..







Sunday, July 24, 2011

random #1

aSSalamualaikum..

hye! tangan gatal gatal. miang miang. abis merah merah dek garu dengan kuku yang tumpul. jari jemari plak dari tadi dok berjoget syok sendiri.. tengok blog. rasa geram ya amat! nak update entry. perah, squeeze, picit, ketuk ketuk otak tapi satu idea tak mo keluar. inbox cik pujah  mintak buah buah fikiran. then, dia suruh cita pasal zaman sekolah. nak story tapi rasa macam belum masanya..and dah pernah buat entry pasal tu..myb next entry..

then, tetiba keluar lampu kat kepala. biarlah pic2 SuJu ja yang explain ye dak..












chioss

wslm..



A.L.O.N.G..

assalamualaikum..

halluuu..pekabo?? happy relax Sunday!! plan nak jejalan harini tapi cuaca bagi warning suruh duduk rumah ja. ok..finela. suruh berjimat la tu, jangan membazir. kan2..pagi tadi aku dengan ayah p pejabat JPJ. settle kan  compound tuuu..hehehehe..4o hinggit kena. ok la. tp aiyooo. beli baju sehelai pun dah lepas. kuikuikui..lari bajet nak beli external disk. waa..cane nak collect drama korea kat cik pikah nie..

okay2..arini bukan nak cita pasal compound ka cita korea ka or whatever. semalam aku tengok satu bear nie kat tv. teringat lak cita A.L.O.N.G along! sapa ingat???!! sila angkat ibu jari kaki. alah..cita nak kata kartun xdala kartun sangat. sesapa yang sebaya macam aku nie myb tau la kot cita A.L.O.N.G..

pastu aku rasa zaman tu sapa yang nama Siti confirm fames. sebab kat cita ALONG nie ada segmen Siti Sifir. selalu baca sifir sambil pakai dress pastu siap speck mata bentuk bintang la colourful la. baca sifir sambil menari kekiri then kekanan. hahaha..penangan zaman kanak kanak. aku selalu kot mengajuk Siti Sifir nie masa kecik kecik dulu. satu..tambah satu..dua! dua..tambah satu..tiga!*sila nyanyi nada Siti Sifir.


lepas tu yang aku ingat ALONG ni ada dua lagi kawan. sorang Angah and sorang g Achik. masa tu memag minat Achik la sebab Achik nie warna putih. comel.

this is one of kartun yg aku minat zaman kecik2 dolu la..banyak lagi kot kartun yg aku suka tengok. doraemon especially la. evergreen kot cita doraemon nie. sampai sekarang pun ada lg kn kat ntv7.haha..pelik aku dari dulu sampai sekarang tak besau besau si Nobita tu..kiki..

kalau budak lelaki tu suka sangat tengok Dragon Ball. aku pun tumpang jugak layan cita nie. jiran aku bersusun komik Dragon Ball kt rumah dia.

lepas tu kartun apa lg eh?? ha..Usop Sontorian. minat gila sebab kartun budak budak kampung. Ultraman xyah ckp la. pelik betol. cane la boleh tertipu dengan raksasa tu. bila dah besar nie baru perasan yang raksasa tu nampak sangat fake. ngeh2..

paling best kartun yookies. sapa ingat?? kartun family telor2 tu.. ada papa yokies, mama yokies..haha..

bg aku, kartun mesia not bad la. awesome apa. especially sekarang nie kartun 3D Upin Ipin tu..kartun sangat cantik. suasana kampung. nampak fresh je. and Kampung Boy pun dah lama cecah pasaran international kn..

ohh..sangat panjang entry ku..mesti boring dah kn nak baca?? okayh! chioss dulu...sakit perut da. makan apa ntah la tadi..

wslm..

p/s: page blog macam budak sekolah la plak..kuikui..

Friday, July 22, 2011

karak yg lawak..

aSSalamualaikum..

hallu..hye2!! happy sweet nice Saturday..pekabo eh jang?? sihak sihak blako?? hihihi..rasa best plak ckp loghat negeri orang nie. awal plak aku buat entry harini. selalu tengah memalam karang baru nak start mengarang karangan hancus. takpa. harini semangat baru. ntah apa yang baru ntah la..kkiki..

okayh! back to mainpoint. anak anak sekalin, karangan harini bertajuk Karak ye..alah..movie Karak arahan pakwe Cik Lisa tu..*ceh! orang lain dah lama buat entry pasal nie. biarlah..aku nak buat gak.

semalam kat rumah tok aku, aku belek belek la tempat CD yang bertimbun timbun kat tepi TV nu..alih alih jumpa CD Karak nie..rajin pulak si  Pak Lang beli CD. dari dok terbiar bertimbun tu datang idea tak bernas nak kebas satu bawak balik. aku borrow bawak balik rumah. nak tengok kat lappy.

then, semalam jugak aku tengok cita tu. gila kuno! baru nak tengok..hahaha..dah siap masuk CD dalam lappy, then run DVD RW.

'weii, tutup r lampu. syok la sikit..'adik aku bg idea.

'la..xpayah nk tutup2 lampu la.tgk dah la. bkn ada apa sgt pun cita nie' usul aku. padahal sebenaqnya penakut. buat muka kering macam berani la kekonon..

'hg tu penakut habaq jala..'erk!

'ceh! ingat takut ka. cita Karak nie hantu dia fake la..'terus tutup lampu..

then, movie start. intro..then, intro, intro..bosan..panjang sangat intro pelakonnya..aku kenal shahir sorang je kot.

memula tengok, part yang keta rosak. si suami tetiba hilang. then, tetiba dia muncul kat tepi kereta takutkan wife dia. kat sini aku dah menjerit satu rumah. padahal bukan ada pape pun. adik gua gelak pecah perut.

'penakut la hang nie!' siap penampar aku sekali. cis!

then, second time time ada hantu kat belakang husband dia. jerit lagi! gila gedik lah!

'kakak nie apa nie' mak dah bising kat ruang tamu..kikiki..

adik gua dah gelak trkekek kekek kat sebelah. uh! whatever la. kusyuk lagi tengok. sampai la part yg si Jack nak terkencing tu. dah abis dia lepaskan hajat, nak balik kat keta then ada sorang pmpuan tanya..

'encik...encik nak kemana cik...boleh saya tumpang cik...rumah saya kat simpang tu je.....'

part nie memang aku gelak gila. lawak punya hantu. dah la nada mendayu, muka gila lawak. style cakap pun lawak. kalau tengok kat panggung aku rasa  orang siap baling kasut, handbag, handphone or telur kat kepala aku. kalau baling handphone takpa. aku sambut masuk poket. tapi kalau baling telurr..err...ada telur ke dalam panggung??

dan sampai la ke part shahir kena tarik masuk dalam kubur aku memang nak tergelak tengok. tak tau menda yang lawaknya..teringat kat kengkawan aku kat kampus. kami memang suka kenduri tengok movie nie. kalau tgk movie nie reramai aku rasa gegar jugak block kami gelak. *oh! bunyinya sngatlah over..

okayh! entry ntah ape2..aku chioss dulu. tangan bau ikan da.. baru lepas siang ikan nak buat laksa..moh ler rasa laksa Kedah..

chiooss

wslm..

geli bulu ketiak..

aSSalamualaikum...

hye! hallluuuu..annyeong haseyo..dah seminggu blog aku buat pembedahan plastik. fake! fake! baru harini aku sedar, gila tak lawa pembedahan plastik nie..malam tu aku tetiba rasa boring plak tengok design yang polca dot dot tu.rasa geli geli ja. geli bulu hidung gua. then, rasa nak buat perubahan. black and white. nampak matured sikit. simple. no need yang warna warni nie..

pulun la sampai pukul 3 pagi tapi yang nie hasilnya. mula mula syok sendiri. lama lama..errrr....macam apa daa..serabut gua tengok..tak da seni langsung..malu aku..hahaha..then, banner pun tak gempak. ish..memang takda senilah..

aku rasa weekend nie nak kena buat pembedahan plastik lagi nie..geli bulu ketiak, bulu betis tengok page blog aku..tu belum kira dengan bulu mata lagi..aiseh..

okayh! gua nak p makan pisang..chiooss..

wslm..


p/s: mknla pisang.pisang tu sedap..and sory, sejak bila ntah terguna 'gua' nie..

Thursday, July 21, 2011

spontaneous Thursday..

aSSalamualaikum..

people change because of certain reasons..
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

p/s: siapa bole kasi antara sebab sebab seseorang tu berubah..sila komen...hehehe..

Wednesday, July 20, 2011

surat cinta dari inche dot dot..

aSSalamualaikum...

hye! harini series mood sangat tak baik..huhuhu..kena compound dengan encik JPJ tadi..waaa...sedih tol. sadis! meleleh jugak la air mata air hingus tengok surat tu. sengaalllzz..

cerita bermula disuatu pagi around sepoloh pg camtulah. mak cik kantin tempat aku keja minta aku tolong p kedai sat beli barang. sebab ada barang yang dia terlupa nak beli.ingat nak p kedai ja so aku malas la nak bawak lesen or ic segala bagai. dalam poket aku semata mata duit ja untuk beli barang. memang aku suka berlagak pendatang haram nie..degil macam tu lah..

baek je layan bawak motor, tetiba ada JPJ kat depan. selalu pandai ja aku elak. tapi kali nie memang dah tak boleh elak. takda jalan daahhh...'Allah!' sambil tepuk helmet..

elok je incje JPJ tunjuk kat aku suruh berhenti tepi. dalam kepala dah pk macam2 dah.'sudah..abis eden. balai polis Kulim la malam nie *ERK! yang nie over.

'mintak lesen' gaya JPJ..

'alamak, tak bawak..'muka innocent abis..

'ic?'

'tak bawak jugak..ingat nak p kedai ja..'cakap kekonon gaya orang kesian la..

'takpa takpa..kita boleh check kat komputer ada lesen ka tak..'

mata aku dah berair air dah. baru teringat aku bawak  motor bapak aku lah arini. memang takda pelekat P tu lah..skuter aku adik naik g skolah..alahai..

'nasib baik lesen ada'

inche tu check road tax, 'ha 'P' tak lekat..'

haadooii..kena jugak..'takpa kita compound ja..nasib baik lesen ada'

lecehla..next week dah la nak test keta..pastu kena compound pulak..aku tak tau la cane nie..dah serabut sangat..

balik rumah kena leter dengan bapak and mak.bla..bla..bla.. mana taknya, dah banyak kali suruh lekat 'P' tapi aku ja buat 'derk'..terlupalah konon. degillah lah aku nie..serve me right?!

tengah si ayah berleter berjurai ja air mata aku. so, tak sampai hati la ayah nak berleter pepanjang..hehehehe..sengal kn??! nasib baik ahad nie ayah nak jugak teman p pejabat JPJ...nak settle kan benda alah nie..fuuhhh lega...

and, aku korek korek almari buku, tanya cik anai anai ada jumpa tak buku belajar memandu, nasib baik jumpa..selak punya selak aku jumpa nie..

'gagal mempamerkan pelekat 'P' - 10 mata demerit

aku cari lagi kot kot la kena denda bape ringgt..tapi jumpa nie..

'kesalahan kali pertama melebihi 15 mata demerit-lesen digantung 6 bulan'

fuuhhh..baru tau takut..cakap mak tanak dengar. rule tanak ikut..jangan jadik macam aku. aku memang kekadang jahat tak bertempat..

chioss..

wslmm..

Monday, July 18, 2011

jangan ganggu hidup saya boleh tak???!!!!

aSSalamualaikum..

kehadapan saudara, saudari, encik, cik, tuan, puan, datuk, datin, tok nenek moyang si jerawat a.k.a pimples or acne atau nama saintifik anda acne vulgaris..

hadooii!! nie entry spesel untuk hg ni tau! wahai jerawat jerawat sekalin, aku harap lepas nie kau tak yah la nak kacau aku lg ye..aku dah bosan la. kita break jela. cari la orang lain plak nak berkawan. aku rasa ramai ja orang nak berkawan dengan kau. tapi apsal aku jugak yang hang cari.

aku malu tau. bila kau dengan aku semua orang pandang. senyum senyum.. malu la. nanti abisla lari secret admire aku. diorang ingat aku ada pape dengan kau plak. *ERK! PERASAN SUNGGUH..

macam mana eh aku nak buat kasi kau dah tak ganggu hidup aku lagi?? kau tak kesian kat aku ka?? kau nak nano white. aku dah kasi. tapi alhamdulillah la..kau dah macam nak tak nak je kat aku kan?? bagus2..tapi lagi bagus kalau kau hilang terus tak datang datang dah..

aku harap lepas nie kau faham keadaan aku. aku memang sensitif dengan cuaca or whatsoever. tapi kalau nak datang tu kasi salam dulu. jangan main terjah ja. cari la orang lain. aku tak sayang kau lah jerawat!! tak cinta kat kau langsung!!


chiooss..

wslm...


p/s: help!!..ada tips hilang jerawat x??jerawat banyak lately..isk..isk..isk..

Sunday, July 17, 2011

" Segmen Oshin : Umor Saye ........ "

aSSalamualaikum..

❤¸.•*" my wOndErFuL LiFe "*•.¸❤

nak join segmen lagi....

umo saya 21 tahun, 1 bulan, 17 hari..

kekonon bajet muda lagi..

moh ler join sesama..click here okayh!!

Saturday, July 16, 2011

2 weeks left..

aSSalamualaikum..


Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)



sweet Sunday everybody..ada sihat ka?? kalau tak sihat tu cepat cepatlah jumpa doktor ye..pejam celik pejam celik lagi dua minggu rupanya dah nak posa..cepat betol masa tu berlalu..



so, dah ready nak sambut Ramadhan nie?? ha..sesapa yang posa tak berganti lagi tu copat copat ler ganti. tak sabar nak tunggu bulan Ramandhan. bukan apa, boleh main mercun, bunga api, bunga raya, bunga kertas..ngeh3..

dah nak dekat dekat posa nie mak cik mak cik baju makin busyla gayanya nak menjahit baju yang bertimbun timbun menangis mintak dijahit. silat, taek kwan do, kung fu macam macam gaya and skill ada nak bukak speed jahit baju. kuih kuih raya pun makin rancak nampak buat promosi. kat fb, blog semua kuih raya nak mencapub. kikiki..


LUXURY MARBLE SHORTBREAD
--> Untuk tempahan raya..
--> RM33/50pcs utk orang-orang Penang SAHAJA..
--> Kaya dengan Coklat Mewah (Bukan Cooking Choc)
--> Saiz anggaran utk sebiji : 1" x 1.5" x 2/3"(tebal)
--> Rasa DIJAMIN tidak mengecewakan..
--> Tempahan boleh secara online with 50% deposit, doorstep delivery
--> PM untuk tempahan...
--> Tempahan untuk raya dibuka sehingga 14 Ogos SAHAJA
--> Deposit 50% upon booking :-)


biskut shortbread kat atas tu mak cik gua jual. so, sesapa nk order SILAKAN...gua tolong promote. mari mari..mai mai pakat try! shortbread pasti sedap. talak nyesal maa..kalau nak order sila ke SINI ya..

tazkirah sikit...


Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-




siapla kau setan..lepas nie kena ikat. tak dala nak kacau hidup aku lagi kan?? 




 Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-




Subahanallah..Allah tu Maha Pengampun. so, jomla sama sama kita grab this opportunity..and sebagai peringatan..






"Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith






tepuk dada, tingkat iman..


chiooss..


wslm..

entry copy paste..

aSSalamualaikum...


sebelum tu aku nak cakap siap2, entry nie aku copy paste ja tau. bulat bulat, petak petak dari blog kawan aku cik shafika..jejalan kat blog dia then, tertarik plak entry pasal nie..aku kalau bab bab jodoh nie menggeletis ja. gatal maut. *erk! sarkastik!


okayh! aku sebenarya nak share isi si penulis comel nie ngn hampa. menarik! tak tipu! tak tipu! *muka innocent abis..kan sharing is loving..





Tadi aku tengok rancangan Selami Jiwa by Dato' Dr. Fadzilah Kamsah..
tapi tu rancangan ulangan la..
Tajuk berkenaan dengan jodoh lambat..
Menarik! walau takde kena mengena dengan aku...haha
Hope takkan t'kena mengena dengan aku la di masa hadapan..nauzubillah..huk3

So nak kongsi sikit la tips yang beliau bagi.. ;)
  1. Kalau nak jumpa jodoh yang baik, kena pergi tempat baik2..
  2. Bab jodoh ni, jangan sempitkan doa kita macam 'Ya Allah jodohkan aku dengan si polan...' Sebab ibarat macam kita nak cakap Allah tak tau apa yang kita nak atau yang terbaik untuk kita. So, sebaiknya doa la camni.. ' Ya Allah..jodohkanlah aku dengan lelaki yang baik..yang beriman..bla,bla,bla..' Got it? ;)
  3. Maafkan semua orang..sebab dari pengalaman beliau, ada orang susah nak bertemu jodoh sebab kat hati die masih ade orang yang die benci..dalam istilah beliau, jadilah 'Magnet Cinta'..sebab sayang menarik sayang..benci menarik benci..Jadi marilah kita maaf-memaafkan sesama sendiri ye.. :)
  4. Jodoh ni selalunya orang2 terdekat dengan kita....contohnya, sama U ke..sama tempat kerja ke..
  5. Tunjukkan imej yang positif..ubah penampilan diri..

Amacam? rasa cam banyak yang nak kena ubah dalam diri kan? tau takpe! huhu.

By the way, suka dengan kata-kata kawan aku, sebelum nak kawin tu, tanya diri sendiri dulu, 'Will I marry myself?'. Maksudnya kalau diri sendiri pun tak rasa nak kawin dengan diri sendiri, janganlah harap orang lain nakkan kita..

chiooss..

wslm..

Segmen : Aku Blogger Negeri..

aSSalamualaikum..

AKU BLOGGER NEGERI KEDAH..




Syazwan Che Deraman




hye..hallluu..blogwalking ke blog kak niena usha2 si kakak yg tgh demam nie sempat lagi dia join segmen..kiki..wajib lawat blog dia. best tau! then, memandangkan idea aku kering kontang macam kena kemarau ja, aku pun tak pikir panjang join segmen inche syazwan nie..menarik gak eh *sambil gosok dagu. boleh tambah kawan baru..


mai pakat pakat join qamai qamai..*tudia keluaq dah loghat kedah aku..klik SINI no...


1. Kulim
2. Lunas
3. Laksa Mambu area Lunas..sedap wooo..
4. masih merangkak second year kat Universiti Islam Antarabangasa

Sunday, July 10, 2011

ish pelik bebenor..

aSSalamualaikum..


hallu everyone..happy sweet great Sunday..cewaah..okayh! akceli, first of all ak nak mintak ampun, mintak maap, seribu kemaafan..peerrghh..entry aku kali nie myb sedikit sarkastik kot! ngeh3..b4 that, ce tgk picture kt bawah nie..




















aaaaa..lee min ho!!! he's mine.*poodaah..mcm lah dia knl aku..hahaha..


okayh! back to topic. actually aku nak suruh hampa suma tgk gaya rambut diorang nie ja..macho kn?? series macho. bg aku la. nsem. bergaya.*aiyak! over sih! ngeh3..tapi tapi, knpa eh aku rasa geli plak bila tgk lelaki melayu, lelaki mesia buat gaya mcm nie. pastu pakai skinny. waduh2..sakit mata kot! especially lelaki lah. kekadang aku tengok kaki tu dah nak mcm pompuan pun ada. aigoo..


sory...aku bukan nak kutuk lelaki lelaki macho diluar sana. tetapi tahukah anda akan kelihatan kurang macho apabila bergaya begini??? lantak aku lah nak pakai skinny ke apa. ko peduli apa? ok fine! aku memang tak peduli pun. nak pakai tu boleh tapi janganlah sampai skinny sangat. seluar pun dah nmpak macam kulit kaki daa...


hope no offence..nie just pandangan aku ja..pendapat aku. masing masing ada style and gaya masing masing..so, terpulang la kat diri masing masing...cane korang si lelaki rasa bila tgk si girl2 pakai legging camtulah kami si perempuan rasa suck bila tgk si lelaki pakai skinny ala2 korea. *wink..


wslm..