Saturday, August 27, 2011

petua mata rabun??

aSSalamualaikum..

halluu..happy relax Sunday. akhirnya terupdate gak blog berhabuk dan berlalang nih. bila nak raya ni mood mood nak buat entry memang tahap cipan tanah, cipan laut, cipan bukit..malass yaww!

time time nie memang ramai yang dah balik kampung. yang selamat sampai tu syukur alhamdulillah, yg on the way tu pandu cermat nyawa selamat, yg tak balik tu sabo jelah ye..

dan, memang sangat best bila berbuka ramai ramai kat kampung kan. memandangkan aku baru buat speck * speck raya la konon, sedikit rasa riak nak menunjuk speck baru kat makcik.

aku: cik! lawa tak speck baqu? *hidung kembang tak kempis2 muka menunjuk 

makcik: lawa..(nak menunjuk la tu) *muka menyampah..

aku: cik tau tak harga beqapa? *kembang lagi hidung aku.

makcik: dah tak habaq camna cik nak tau..

aku: 199 ja..haha..murah tak?

makcik: aik murah gila..*terbeliak mata macam katak

aku: less..tgk la..speck cikai ja..haha..

power rabun aku memang makin menjadi. 2 bulan lepas baru p check 250. and, baru baru nie dah naik 300. power speck lama seratus lebih ja. *baru 300 nak kecoh kat belog.. memang merangkak jugak la. so, kena la buat baru. aku ni malas nak buat speck sebab bukannya pakai pun. setakat pakai tengok tv and kat kelas ja. sebab tu aku buat yang murah2 ja.

disebabkan kedegilan aku ntah petala keberapa tu, power rabun bertambah tambah. p kedai selalu cari barang tak jumpa. tawaf berkali kali dalam kedai baru jumpa.. dan sekarang, terpaksa lah kena pakai. kira macam pakwe aku la nie..

aiseh! baru nak masuk mainpoint ghopenye. pendek nak cerita, mak cik aku cakap ustazah tempat mak cik aku mengaji bersama sama kaum ibu suri berumah tangga yang lain ada cakap, waktu kita baca al-quran tu tunjuk la huruf huruf dalam al-quran tu dengan jari. aku pun tak tau secara saintifiknya nak explain  macam mana..subhanallah..kuasa Allah tu memang superb..

renung renungkan dan selamat beramal..

chioss..

wslm..


p/s: mesti menyampah gila kn baca..intro meleret, point seciput..

Tuesday, August 23, 2011

hadiah dah sampai!!

aSSalamualaikum..

tengah syok melayan drama korea sekali posmen tak berapa nak macho datang bawak bungkusan. walaweii dari jauh aku dah dapat hidu ada bau2 novel baru nak sampai rumah..haha..

kamsamida, arigato haip! to blogger 3twelve inche shakir rahman. nak tengok tak novelnya??




tadaaa...!! presenting....NAMAKU BUKAN MARIA..sory la gambar tak berapa nak cun sebab pakai nfon cikai ja ambik gambar nih.


mak aii..kelabunyalah..

siap ada signature lagi. again thanks a lot! aku dah belek belek novel nie. kisah pasal Natrah. well..sangat awesome even aku tak baca lagi. kisah Natrah nie kan banyak pengajaran. 

first time oh ada orang bagi novel free kat aku..ngehehe..

chioss..

wslm...


iftar #1..

aSSalamualaikum..

salam 23 Ramadhan..cepat betol Ramadhan tinggalkan kita kn? sedar tak sedar lagi 7 hari nak raya. tak lama dah. sekali jumaat ja lagi..sob3..

berbaki seminggu Ramadhan yang ada nih, and memandangkan masing masing bercuti, semalam aku dan ehem2*perlu ke nak highlight kat sini..euuww.. masing masing nak lepaskan rindu. lama dah tak jumpa. discuss punya discuss then jadilah nak berbuka sesama.

gila punya excited pukul 6.30 dah p booking meja kat kedai makan. aku rasa kami customer second kot kat kedai tu. haha.. bukan apa.. nak elak sesak pastu takut order lambat sampai. lagipun dah la lama tak jumpa kan. macam macam story keluaq..kalah cik kiah bergosip.


chop2!! ha..ni la ehem2 aku a.k.a geng tak berapa otai masa sekolah dulu..


aku rasa semalam first time dalam hidup aku berbuka makan chicken chop..haha..lepas berbuka singgah solat kat rumah cik Zahid *Zahid nickname for Zahidah. lepas tu boleh plak terstuck kat rumah Zahid tengok album dulu2 masa sekolah.

mak aii..masing masing muka innocent abis. hingus meleleh kaler2 lagi..dah tu gelak gelak. masing masing bajet muka comey..aku rasa nak upload ja kat sini. tp, nanti2 lah ye..hihi..

ingat memori dulu2 memang best kan?

chioss..

wslm..




Saturday, August 20, 2011

makin busy ya!

aSSalamualaikummm...

dah sahur ke semua?? yang tak boleh puasa tu mesti dok mengeroh lagi kan3..ngeh3..harini aku rasa takda apa sangat yang nak dihupdate.. rasa nak blogwalking jelah blog kawan2 sebab nak p melepak rumah tok aku. nak menyibuk tengok mak lang buat kuih raya. ngehehehe..sebab taun nie rumah aku kuih tunjuk aje. confirm sedap oh! so, sesapa nak rasa air tangan tunjuk sila la mai rumah aku raya nanti...pintu rumah aku bukak luas luas raya nanti.

semalam aku menyibuk gak tolong buat biskut almond london. sapa suka makan almond sila angkat ibu jari kaki!! dulu2 nie kira macam biskut faverat aku jugak la. tapi, sekarang dah macam macam biskut baru ada. shortbread, choc chips cookies, macam2 lg la..tp, shortbread and choc chip cookies memang feverat gila2. makan aku memang superb. tapi, kalau nak buat tuuu...errr..

tapi, choc chips cookies tak beli plak taun nie. raya taun lepas aku beli dengan kawan sekampus aku. kakak dia buat jual. memang sedap lah. sekali aku borong 4 balang bawak balik kampung. tak sempat nak raya. 2 balang dah abis makan..

tapi, rasa2 aku nak try jugak buat biskut nie. kempunan plak. rasa tak best lak kalau takda..rasa ja macam nak try. tp, jadi ke tak tu..errmmm..wallahhualam..

salam 21 Ramadhan..peace..

chioss..

wslm..


errr..apa kena mengena entry ngn tajuk aku nih..macam takda kait ja..

Friday, August 19, 2011

award dari blogger 3twelve..

aSSalamualaikum..

dengan perasaan sebak dan terharu yang tak terhingga *cewah dengan hati yang besar gedabak nih aku nak ucap thanks a lot kat blogger 3twelve..ngehehehe..

sebab 1) bagi award the luckiest follower, 2) buat entry pasal blog aku yang cikai macam ikan masin nie 3) nak bagi hadiahh..ngehehehe..*senyum sampai telinga.

pernah gak aku terpikir bila la nak dapat award luckiset follower nie kan. tak sangka mok nok! aku dapat award nie sempena follower beliau yang ke 312 which is sama dengan nama blog beliau 3twelve.


sumber : blog beliau sendiri..


so, jom lah visit ke blog kawan baru saya nih. tak menyesal punya..blog nie best broo!

boleh click disini or boleh click kat banner award kat sidebar blog saya..

again! big thanks..

chioss..

wslm..


ending novel reka sendiri..

aSSalamualaikum..

salam 20 Ramadhan..sat betol masa tu berlalu. aku rasa macam semalam baru start puasa. pejam celik, tidoq bangun, alih alih dah 20 hari berpuasa. kat radio sana sini lagu raya. lepas tu makin busy start buat kuih raya. mak aku makin kalut menjahit langsir. hopefully, amalan kita ada sedikit peningkatan.

dua hari lepas aku baru abiskan baca satu novel nih..*keja baca novel ja kan dia nih! tajuk novel tu Roti Cicah Susu. aku beli pun sebab tertarik dengan tajuk novel nie. sebab aku rasa kadang kadang tajuk yang best influence pembaca tegar tertarik nak beli sesuatu novel tu.






novel nie keluaran Buku Prima hasil karya Liza Nur. aku tak berapa kenal writer nie. tapi penulisan dia not bad. easy to understand. flow cerita yang senang nak imagine. and logic. first 2,3 muka surat aku susah sikit nak follow tapi penulisan dia nampak makin bagus bila dah masuk bab seterusnya.

Roti Cicah Susu nie story pasal satu rumah kebajikan a.k.a Teratak Markissa. kat situ ada la beberapa anak yatim yang masing masing rapat macam adik beradik. Arissa, Aiman, Umaira, and Elmiyya. and ada dua lagi abang yang besar Zulkifli and Nazri.

diorang nie terpisah sebab ada satu gengster nie nakkan anak dia balik yang ada kat rumah tu. tapi malang sebab Cik Markissa a.k.a owner bagi si Aiman sebagai pengganti sebab dia sayang sangat kat Ellmiya. padahal Ellmiya tulah anak si gengter tu. disebabkan masalah kewangan, cik Markissa terpaksa tutup Teratak Markisa and bagi anak2 yatim kat keluarga angkat.

lebih kurang macam tulah story dia. tapi, aku kurang berpuas hati dengan ending novel nie..!! huuuwaaa... tak best sebab ending life si Zulkifli and Nazri yang macam tu. myb sebab aku suka watak Zulkifli kot. nak tau macam mana kena beli lah novel ni.hikhikhik..*tapi, kalau dia tak cerita macam nie tak jadilah cerita dalam novel tu kn2??

disebabkan aku kurang berpuas hati boleh lak aku mimpi buat ending sendiri. pfffttt! *bajet bagus eh? lepas tu boleh lak cakap *ha..ending macam nie baru cool...(kalau cik Liza Nur terbaca mati gue) tapi, confirm2 lah dia tak jumpa blog aku yg tak berapa fofular nih..hehe..

overall novel nie sebenarnya best. ending yang bagi aku sedikit touching. lepas tu banyak part yang lawak bagi aku bila si Aiman selalu gaduh2 manja dengan Umaira. and, ada part tembak2 and lawan2 yg aku rasa hidup..


chioss..


wslm..

langgar lari yang kurang belajAr..

aSSalamualaikum..

kalau ikut kalendar Masihi kita still lagi 19 Ramadhan..tapi, kalau nak ikutkan bulan Islam waktu macam ni dah dikira 20 Ramadhan kan? maknanya sekarang kita berada dalam zon malam Lailatul Qadar..10 malam terakhir nie lah nak kena all out abis abis. perform well untuk Allah. Reciting Quran dengan penuh khusyuk. amalkan amalan sunat diwaktu Allah bagi banyak ruang dan masa untuk kita. masa untuk berdoa ditingkat iman dan memperoleh kejayaan..

.......................................................

nasihat kat atas tu untuk diri aku sendiri sebenarnya. sebab kadang kadang *tak sesuai lak guna perkataan kadang kadang, sebab selalu level iman aku ni sat turun sat naik..tak pernah lah maintain.kalau maintain pun ada la dalam sejam dua..i'm too naive..

back to mainpoint, balik dari terawih tadi aku dengar kecoh2 kat luar rumah. rumah aku nie kira dekat dengan jalan raya gak la. jalan simpang tiga. autopilot tangan aku bukak tingkap. accident! terus capai tudung. kepoh gila aku. terus keluar rumah p tengok apa jadi. ramai orang dah berkerumun.

rupanya yang accident tu jiran aku. Abg Chik. dia naik moto. ada la satu moto nih langgar lampu. nak pulak time tu jiran aku nie lampu tengah hijau. so, berlanggar lah.

dah la langgar lampu, naik moto 3 orang, takda lesen, pastu langgar orang plak, dah tu lari. hampeh jugak la. tak dapat kejar. ramai gak orang dok kerumun tadi. aku kepoh kalah reporter join sekaki dalam orang ramai2 tengah kerumun tu. nak usha teruk ke tak si Abg Chik nie. concern tak aku??haha..

tak dapat kejar orang yg langgar, dapat moto pun jadila. apa lagi. abis la orang kerjakan moto dia. hancooq...

kat jalan tu memang orang selalu langgar lampu isyarat. keta, lori besar semua tak heran. main langgar ja. bawak kemain laju. tahun lepas ada kes terlanggar budak nak lintas jalan. meninggal budak tu. kesian gak la. tapi dah ajal kan..dari aku kecik sampai sekarang. jalan tu macam errr...berhantu jerk! *erk! khurafat..hehe.... sory2..aku memain ja.

tambah plak nak raya nie. banyak kereta, moto sana sini. aku nak keluar rumah merempit dengan mak aku shopping raya pun tak berani sangat..ngeh3..nak bawak kereta. lg lah tak. lesen baik ja landing dalam purse. jawabnya pakai ayah la jadi driver bertauliah nanti. sebab kes aku accident bulan lepas. sedikit trauma disitu ye..hihi..

apa apa pun baca bismillah, pandu cermat ingatlah orang berhemat..erk! ada kena mengena tak??

chioss..

wslm..

Thursday, August 18, 2011

get to know youself better..

aSSalamualaikum..

Happy bless Friday..beberapa hari yang lepas *not hari. about a week i guess, aku ada terbaca kat blog ILa Honey Bunny pasal get to know yourself better..benda nie macam kuiz2 la jugak. so, belek punya belek macam menarik jugak la..so aku try la beberapa kuiz yang aku rasa best..and the result..*menyampah+annoying tak banyak sangat 'so' nih..haha


Your view on yourself:
You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

Your readiness to commit to a relationship:
You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

The seriousness of your love:
You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?

Your views on education
Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:
You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

What are you most afraid of:
You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.

Who is your true self:
You are full of energy and confidence. You are unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean. You might occasionally be calm and still, but never for long.





......................................................




the seriousness of your love: like to flirt and behave seductively!!! omoo..i'm not seducer!! tipu nie benda nih..haha..bercintun pn tak ponah.*dan dan cakap benda nie tak betol..


lepas tu aku sambung lagi with the next2 quizzes..the real me is..



Here is the analysis:
  1. You've got great self-confidence and you're full of charm. Most guys who get to know you will be attracted to you. You are far from sweet and proper; your intriguing personality fascinates them. Most guys find it easy to fall for a girl like you.
  2. You don't really care about other people's feelings. You do things the way you want and usually think only about yourself. You are easy-going and love to have fun, but you can be irresponsible as well. You are not keen on serious discussions because they can make you remember that life isn't always about parties.
  3. You are a bright, cheerful and bubbly person. You are thoughtful and considerate, and like to have fun. Everybody feels comfortable around you because of your pleasant nature. When you walk into a room, people's eyes are likely to be drawn to you because of your charm.
  4. Guys see you as being a thinker and a careful person. They will be really attracted to this quality in you, but you need to learn to speak your mind, otherwise people will find you too shy and quiet. Learn to relax and lighten up--it's okay to have fun sometimes. When you learn to develop your fun-loving side, guys are going to flock to your side.
  5. Your boyfriend believes that you are a strong and independent person. Your confidence and cheerfulness make you an attractive person to be around, but sometimes you need to pay more attention to what other people, including your boyfriend, are thinking.


best jugak la benda nie. kalau nak try sila click sini ye.. aku memang suka try quizzes yg macam nie..hehe..saja suka suka having fun. tapi, kadang kadang tu berguna jugak untuk kita bentukkan diri kita. yang mana result negative and memang kena dengan diri kita, so, its oppotunity to change..because we know where and what is our debility yg boleh buatkan org rasa suck and jerk bila berkawan dengan kita..ngeh3..

chioss..

wslm...


p/s: baju raya takda lg nih..




Sunday, August 14, 2011

kad raya..

aSSalamualaikum..

halllu friends. 3 hari aku tak update blog. cuti hari minggu..ngeh3..*blogging pn ada cuti weekend ka?? and between 3 days tu aku just mengadap lappy tengok movie Supernatural. abiskan season 4 and 5..what a waste for Ramadhan. patutnya p tolong mak buat kuih raya ka, abiskan baca al-quran untuk dua juzuk ka, kemas rumah ka kan..*tapi..dah ada yg start buat kuih raya ka?? so, jangan jadi macam aku.

pastu harini aku kena stop untuk season 6 sebab dah addicted sangat. gila aku nih. 3 malam mimpi cita nih. bukan nightmare tapi kekonon aku pun jadi hunter macam Sam and Dean tu jugak. tetiba ja kan ada watak baru. tambah lagi satu hunter, Fatin. punya la perasan!!

tapi, aku kena abiskan jugak before bukak semester lepas raya nanti. nanti takdala nk addicted dah. hehe..memang cita nie faveret aku since sekolah g. tapi tak sempat tengok season 2 and etc sebab and since masuk boarding school. sejak tu terpaksa tinggal movie faveret aku macam Supernatural,Smallville. sedih oh! nie kira nak balas dendam la nie.

............................................................

errr..sebenaqnya aku nak cerita apa ni ha?? mesti hampa dah garu garu kepala, korek korek idung kan sebab boring baca aku dok merepek kat atas tu..ngeh2..sorry dude! *sengih

ha..aku nak cerita pasal kad raya! tadi lepas sahur aku sesaja bukak bukak balik kad kad raya lama yang berhabuk berapa inchi ntah tu kan. kad raya wordless wednesday aku tu. baru perasan, kandungan kad raya sama ja semua.contoh kan *pehal banyak sangat word 'kan' nih

assalamualaikum

apa khabar. sihat ka? posa tak harini??
posa penuh ka taun nie?
baju raya berapa pasang?
banyak tak buat kuih raya?
kami beli ja taun nie..
pakai baju raya kaler apa?
bulan baik hari baik nie aku nak susun 10 jari mintak ampun dan maaf kalau ada salah dan silap.
raya nie datang la rumah..
akhir sekali, nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..

mostly kad raya aku semua tulis macam nie. nak tergelak pun ada. memang zaman hingusan lagi kan..*not again! 'kan' lagi!! lepas tu lekat duit syiling seposen. buat bentuk smiley. kekonon duit raya lah tu..mesti korang pun ada yang tulis macam nie kan3??

lovely memories..

chioss..

wslm..


p/s: pesanan ringkas mak aku before p kerja. 'cuci semua tingkap'-macam denda plak 3 hari tak buat apa2..

Wednesday, August 10, 2011

doole free dari wanie..

aSSalamualaikum..

hallluu..happy sweet Thursday..best gila lah arini. awal awal pagi lagi on ja lappy then check chatbox.

"doodle dah siap!"

yeahuu..doodle bukan dodol raya dari firdani love story baru siap semalam. terus right click then save kat blog.ngeh3..



tadaaa..comel tak??mesti la comel ala ala Park Shin Hye a.k.a Fatin..hahaha..*gelak perasan!

doodle nie kalau nak bagi aku buat sendiri nie memang pakai tak jadi la.sebab aku bukan creative bebenor..
tenkiu wanie..nie rasa macam nak bagi duit raya nih.hehehehe..wanie nanti jangan lupe eh inbox alamat kt fb. nak kasi kad raya nie..ngeh3..

orang len jangan jelez no..

chioss...

wslm..


p/s: lets pray for our friends safety in London..

spontaneous Thursday #3..

aSSalamualaikum..



life is not as simple as ABC or 123,
life is like puzzle and quizzes,
it is questionable..
but it doesn't mean we do not have to endeavour,
best thing is plan, effort, doa, then tawakal..
live to Allah to decide
because future is unpredictable..

Tuesday, August 9, 2011

wordless wednesday | collection kad raya zaman hingusan aku..

aSSalamualaikum..






p/s: ada sesapa nk bg first kad raya taun nie??hihihi..*sengih gaya kerang wangi


Monday, August 8, 2011

review novel karya Syud..

aSSalamualaikum..

hye!!hallluuu..happy bless Tuesday..takmoh merepek panjang panjang. ingat tak haritu aku ada buat review pasal novel Hlovate kn?? so harini, to kaki kaki and para pembaca tegar novel, aku nak buat review pasal novel karya Syud plak.hehe..aku agak gila and addicted baca novel novel dia..

first aku mula baca karya Syud dalam novel Pelangi which ada combination 3 writers. Hlovate, Syud and Noor Suraya. Syud punya penulisan memang best. idea and jalan penceritaan menarik and sesuai dengan jiwa. ngeh2..macam terjiwang plak. tapi tapi, novel Syud nie bukanlah jiwang berkarat karat, its love sory gak tp ntah la aku tak reti nak describe. satu ja boleh cakap novel dia awesome!!penulisan dia ada gak sikit ala ala Hlovate..

moh sini aku promote novel2 dia..sila masuk jangan malu jangan segan. nak jamu air bulan pose ye dak..??



credit to google



yg nie if i'm not mistaken la novel first yg Syud tulis. Tentang Dhiya..bukak ja first page aku dah dapat rasa feel tuu. cewahh.. story pasal Dhiya yg dalam diam2 fall in love dekat Azril. diorang nie first kenal time lecture susun groupmate untuk buat assgnment. unfortunate, Dhiya kena group ngn Azril yg dia langsung tak kenal. first day class Azril dah tak datang lecturer. so, Dhiya nie ingat Azril is like badboy.tipikal groupmate.first impression Dhiya ni buatkan diorang selalu gaduh..tapi lama lama..lama lama baca sendiri..hehehehehe..aku rasa ramai dah baca sebab novel nie dah lama sanagt dah..


credit to inche google again!




next novel is Untuk Awak Teja Aulia..novel nie ending dia memang sweet sangat..story pasal Aulia yg fall in love kat kawan sendiri Aidil. kawan dari kecik la. tapi Aulia still blurr2 dengan feeling dia. si Adil plak memang dah lama suka kat Aulia. style tak nak mengaku nie payah..haha..

"selalunya kalau lelaki dan perempuan bersahabat baik salah serorang mesti akan 'tergelincir'-terlebih suka"-Syud

thanks inche google!


and latest from Syud is Baju Melayu Hijau Serindik. yang nie sumpah aku tak baca lagi..! padahal novel tu dah lama jadi penduduk tetap dalam almari. tak sempat nak baca. mana taknya, since awal awal cuti semester, aku kekonon sibuk kerja cari gali harta..ngeh3..sekarang novel tu ada kat kawan aku Cik Pikah. and komen dia. novel tu memang awesome. best!! so, aku tak sabar nak tunggu novel tu kembali kat tuannya..*wink


kalau nak baca novel Syud nie better baca dari first novel baru best sebab watak hero a.k.a scandel aku berkait. macam Azril, Adil, and Pacai diorang nie kira macam satu geng. kengkawan lepak and sekampus. ada ramai lagi geng diorang nih, macam Taufik and Umar. aku rasa next novel Syud akan buat kisah pasal Taufik or Umar plak. aku rasa jela..


memang nilah hobi aku. suka baca and buat collection novel. rasa satisfied bila own satu2 novel tu..

chioss..

wslm...










Sunday, August 7, 2011

ramadhan #7

aSSalamualaikum..

hai! alhamdulillah..kenyang sudaaa..tarawih pun sudah..blogging ja belum..hikhik..harini kat surau ada imam jemputan dari masjid. dia baca masyaallah..sedap......sesapa nak buat menantu boleh la contact saya.haha..sebab umur muda lagi. baru 20an..

astghfirullahalazimmm....bulan ramadhan sempat lagi mengusha tok imam.eh bukan abang imam..hehehe..

so amacam korang dah ada yang mula buat persiapan nak raya ka?? kalau tanya aku, of course la belum.ngeh3..baju raya pun tak tau nak pakai kaler apa, nak baju macam mana. nak pakai kurung pahang ka...kebaya ka..*erk! kebaya?? tapi, kalau aku, prefer baju kurung ja sebab senang nanti nak buat pakai p kelas terus bukak sem nanti..hehe..

Ramadhan kali nie mencabar sikit kan?? dengan cuaca yang agak panas..sangat menguji. harini aku teman mak p jejalan beli kain nak buat langsir. fuhh.. haus bai..balik ja rumah rasa macam nak teguk air segelen. tengok gelas kat dapur pun dah meleleh air liur. *ok! over dah tu.


Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang orang yang sabar. 
(Al-Baqarah: 155)


sebenarnya aku pun tak tau aku nak tulis apa nih..tapi, jari aku ni gatal gatal gak. ingatkan nak dapat duit rupanya gatal nak update blog..

so, amcam puasa ketujuh nie?? hope better than yesterday..lets upgrade our iman!

chioss...

wslm..

p/s: life is not as simple as ABC or 123...

Friday, August 5, 2011

Segmen Wanie: Doodle Raya Free

aSSalamualaikum..




wahh..again..cik firdani love story buat doodle free. haritu aku dah terlepas peluang. so, kali nie takda nak kasi chance dah..hahahahaha *gelak besar alam tangan sambil gosok dagu..

1)warna doodle: pich, putih (agak2 comel tak??)

2) nama saya fatin..! d=>

3) aksesori tangan nak jam je boleh...??hehehe..sbb sy suka sangat pakai jam..

okayH!

chioss...

wslm...

Thursday, August 4, 2011

khasiat tembikai..

aSSalamualaikum..

halluu..good morning everybody..dh sahur?? dh solat?? harini dh masuk day 5 kita posa. almost a week. so, amcam ibadah kita?? our level faith..

bg aku, memang la best full month posa kat rumah, tp, aku lg suka berpuasa waktu kat kampus. sebab bila kat kampus kita p class, study, so macam ada pahala lebih kat situ. ibadat pn bertambah. bila kat rumah, takda benda sangat yang boleh buat unless tengok tv pastu tido. keja rumah takdalah banyak mana. harapkan afta maghrib ja. tu pun mengaji macam biasa then p tarawih. so, nampaknya, puasa aku taun nie lg banyak dugaan. kena banyak usaha nak tingkatkan ibadat..

hah! sudah..macam dah melalut dah nie. ok2..pepagi nie aku nak share something dengan hampa suma. yes, cuti cuti boring tahap petala ntah keberapa nie aku fill kan masa aku dengan reading some books. but, mostly novel la..ngeh2..*bajet macam banyak baca buku ilmiah jerk!

selak punya selak buku tu, then aku jumpa satu subtopic nie pasal khasiat tembiakai. selain pisang, tembikai nie pn kira macam feveret aku gak la.

Abu Daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah berkata, "Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama sama dengan buah tamar basah"

antara khasiat tembikai:

1) tembikai mempunyai 92% air dan 8% gula. ia juga mengandungi antioksidan lycopene yg mampu mencegah pelbagai jenis penyakit terutama kanser. lelaki yg banyak mengambil makanan yg mengandungi lycopene mempunyai risiko rendah menghidap penyakit kanser terutamanya kanser prostat.

2) kaya dengan vitamin C dan beta korotena. Ia berfungsi memperbaiki sel sel badan yg rosak disamping mencegah kanser. mengikut satu kajian yg dilakukan di Universiti Harvard, beta korotena berfungsi membunuh sel sel kanser di samping mampu mengubah protein yg diperlukan oleh sel sel kanser ini dan dengan itu mampu mencegahnya daripada tumbuh.

3) kaya dengan kalium (potasium). apabila seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia memperoleh lebih kurang 825 mg kalium. kalium adalah zat logam penting yg berperanan merendahkan tekanan darah. hal ini pernah dinyatakan oleh Dr. George Webb, Professor Madya dalam bidang fisiologi dan biofizik dari university Vermont College of Medicine. kalium juga berfungsi menghalang kolestrol keji (bad cholesterol) daripada melekat dan menyepitkan pembuluh darah.

4) mempunyai asid folik, sejenis vitamin B yg diperlukan oleh ibu bagi mencegah bayi dalam kandungan dari mengalami kecacatan dan penyakit jantung. mengikut Prevention's New Food for Healing Guide, kajian yg dilakukan ke atas 4000 orang ibu mendapati bayi bayi yg dilahirkan oleh ibu yg mengambil asid folik dengan kadar yg mencukupi berisiko 60% lebih rendah mengalami kecacatan otak dan saraf tunjang berbanding bayi bayi yg lain.

khasiat khasiat tembikai nie aku ambik dari buku Quran Saintifik, Meneroka Kecermelangan Quran daripada Teropong Sains by Dr. Danial Zainal Abidin. aku olah sikit and rumus dalam bentuk point macam kat atas tu. best sangat buku nie. and, aku rasa buku buku Dr. Danial nie semua best2..contohnya ada lg satu buku beliau Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden. banyak info boleh share..

sharing is loving...

chioss..

wslm..

yahooo!! menang contest!

aSSalamualaikum..

yeehaa..macam cowboy kat Texas plak..hehhee..bukan apa. aku just sedikit teruja sebab sebab nak tau sebab ape?? aku menag contest..hehehehhe..

*ceh! poyo ja. orang len dah berpuluh contest menang, aku baru satu dah bising satu malaysia..

yelah2..senyap lah nie.. ; ) contest nie kira first contest aku join since aku blogging. bila cik eyfa ajak join contest, aku pun sesaja syok2 join. nak sokong contest yg cik eyfa anjur nie. contest nie pasal kena taip story tapi pendek ja dengan menggunakan 3 patah perkataan which are sebulat suara, patah and cincang.

actually haritu aku dah view entry cik eyfa pasal pemenang, tapi tak perasan plak nama aku kat situ..ngeh2..bila ada orang komen kat blog said tahniah baru perasan 'eh! aku memang ka?? biaq betoi. cek balik'

tapi, aku bukan menang first place pun, setakat 3rd place ja..kira alhamdulillah dh..

taip story pun ikut rentak jari jerk! nak baca?? nak kasi ka tak...nak kasi ka tak..nak kasi ka tak..errrmmm..bukan best pun story aku nih. kalau hampa baca mesti rasa 'lahhh..mcm nie pun boleh menang?? wth??'kiki..

oklah..nak baca click contets karang dan menang by eyfa alias..hehe..

thanks eyfaalias..

rezeki ramadhan..alhamdulillah..

chioss..

wslm..

Wednesday, August 3, 2011

review novel contengan jalanan..

aSSalamualaikum..

halluuuu! dah hari ke-4 puasa nampaknya.. ada lg tak yg jenis liat nak bangun sahur?? jangan jadik macam gue dong! 10 kali kejut pun susah banget mau bangun..

2, 3 hari gak la aku tak jenguk blog. blogwalking pun tak sangat..wuhuuu..sory kengkawan. bulan posa nie slow sikit arh nak berjalan. okayh2! back to mainpoint, aku rini nak review pasal novel contengan jalanan yg aku baru ja abis baca. yes! akhirnya abis jugak....


mcm nie la rupa novel tu..


and this is muka depan and belakang. aku cilok inche google ja nih. malas nak snap and upload pic novel nie. first aku beli pelik jugak awat la buku nie kulit terbalik, rupanya mmg style cenggitu. first, kena baca part I-Fend, then baru continue part II-K2 pronoun as K square.

novel nie memang best sangat. cita pasal two guys yg tengah cari erti hidup. macam Fend, dia jumpa the truth path waktu bulan ramadhan time backpacking dengan si kazen Chad kat Australia. quote yg memang meaningful gila dalam novel nie is 'the man who decide to change on 12th hour dies on the 11th'. cer pikir cer pikir apa yg hlovate bak sampaikan kat sini.

then, si Fend try nak ajak si K2 kembali ke jalan yg benar mcm dia jugak. tapi....?? tapi baca sendiri lah..tak gempak la kalu aku story abis kat sini..

one more yg buat aku rasa novel nie hidup is bila ada diselitkan suasana kampung and kisah 4 guys having very good relationship. Aidid, Chad, Fend and K2..tp, Fend and K2 tu watak major.

pembacaan yg bagus aku rasa waktu ramadhan nie. tak rugi aku rasa aku delay baca novel nie time mula mula beli dulu..ngeh3..

again, hlovate done a very2 good job after his/her *yeah tak tau hlovate nie girl or boy* novel versus. novel versus tu pun bawak thousand of messages..beside, rooftop rant pun tak kurang best and intipati novel tu really meaningful..

It is He who send down manifest Ayat (prof, evidence, verses, lesson, sign, revelation, etc) to His slave (Muhammad) that He may bring you out from the darkness into light . And verily, Allah is to you full of kindness, Most Merciful - Al-Hadiid [57:9]

chioss..

wslm..

p/s: hans cepat weh cari buku nie..hehehehe..

wordless wednesday | ramadhan #1


aSSalamualaikum...



credit to mr. google..



Monday, August 1, 2011

first day puasa..

aSSalamualaikum..

hye..halluuuuu..ha amacam first day posa nie?? ada penat ka?? kalau aku first day posa nih memang macam macam kerenah sikit. sakit tu la, nie la, pastu mula la buat buat 'ter'makan. kekonon terlupa eh arini posa la! alamak!!! *ok! idea tu zaman berhingus dok hijau lagi..

cuaca harini panas sikit la kat Kulim. nampak air je rasa meleleh ja air liur nih. mula la rasa nak minum air tembikai la, oren la, sirap la, durian la..*erk! ada ka?? so, first day posa nie mesti ada yg masak sedap sedap kn?? buat mcm2 kuih..jngan lupa, berbuka biar berpada..hehe..

aku harini takda buat benda yang bermanfaat sgt. sekarang tengah nak abiskan novel hlovate yg latest tu..CONTENGAN JALANAN.. dah lama novel nie bermastautin jadi penduduk tetap kat dalam almari tu, bayangkan since book fair bln 4 ritu kt PWTC aku beli, baru harini ada ruang nak baca. series! no doubt! novel nie best sesangat..its more about life..next entry aku buat sinopsis pasal novel nie eh..alah. aku sure ramai dah baca novel nie. especially fan hlovate..kiki..

petang tadi g bookstore. aku beli buku nie!!! hehehehe..akhirnya..dah lama nak beli nie..dah berkurun orang baca baru aku nak beli.ngeh3..



erk! apsal picture nie terbalik..sory, baru perasan...


dah lama tak sambut full ramadhan kat rumah macam nie..dah lama gak la aku tak g bazar ramadhan nie..so, arini first day posa, bazar pun tak berapa meriah sangat sebab kat sebelah tu ada pasar malam..





gini la ghopenyer bazar tu..aku p nie pun around 5.30 macam tu..pastu buat jejak kasih lak kat sini. ramai plak schoolmate aku jumpak arini. termasuk la aku nampak sorang mamat tengah buat mertabak. muka sebijik macam budak kampus aku..ermmm...musykil2..tak kan dia kat sini..

and dah lama aku tak merasa tarawih kat kampung..fuhhh..rasa macam zaman kanak kanak balik lah! tapi tak semeriah dulu.....

ha! harini korang berbuka apa??mesti sedap sedap kn..okayh! nak sambung contengan jalanan sambil tengok do re mi nie pun layan gak..

chiosss..


wslm...