Sunday, October 30, 2011

~~HeARt~~

Assalamualaikum....

bersawang nampaknya blog usang aku nih..lama bebenor tak hupdate. tittle bajet nak macam tengah bercintun je..ngehehe..yeay! minggu nie last class..lepas tu balik kampung..ooo balik kampung tanam jagung..tapi sebelum balik mau luruh gak uban kat kepala nie. exam~~kuiz~~presentation~~ *erk! dah beruban ghopenye..

tak ada apa sangat nak update. arini aku nak share artikel aku jumpa dari folder dalam lappy nie. tak ingat dah ambik dari mana. sharing is loving kan??


Jika kita bergantung penuh pada Allah. kita tidak akan lekas menggelabah. Hati kita akan sentiasa tenang sama ada ketika ditimpa musibah atau ketika mendapat kebaikan.

Sentiasalah sucikan hati, memohon ampun dan beristighfar padaNya.

Ingat Allah.... hati jadi tenang..!

i. Andai hati masih kuat terarah ke dunia yang fana... kita masih hina dalam penilaian Allah.

ii. Andai hati kita masih bimbang/ takut dengan makhluk/manusia.... kita masih belum mengadap Allah dalam erti kata yang sebenarnya.

iii. Andai dalam hati masih terdetik, mengajak untuk beramal..... maknanya bantuan Allah sudah tiba.

iv. Andai hati membuat kita untuk tahu lebih banyak ilmu (mahu belajar).... tandanya Allah hendak kita cenderung padaNya.

v. Andai hati kuat untuk mengadu pada Allah.... seolah-olah pintu dialog dengan Allah telah terbuka.

vi. Andai hati kita kukuh/ kuat menghadapi musibah... tandanya Allah memberi petunjuk pada kita bahawa kita perlu bersabar.

vii. Andai dalam hati dapat menerima segala ketentuan (pahit/manis kehidupan,) ...tandanya Allah redha pada kita.

viii. Andai dalam hati kita dapat menghilangkan kepercayaan selain dari Allah...tandanya kita diperhatikan oleh Allah untuk mengadapNya.

 credit to sumber yg dh tak ingat dari mana..ngehehehe..

chioss..

wslm..



Friday, October 14, 2011

saman lagi??

aSSalamualaikum..

tak banyak..sikit je aku nak menaip arini. arini selamat sudah satu paper mid term exam aku.ngehehe..ada lagi 4 paper yang tak selamat lagi before mid break..stress mak nak! macam nak bersalin je..haha..sorang anak dah selamat keluar. ada lagi empat anak tak keluar lagi..hahaha..*errr..


perasan tak kat atas tu menda? tu surat cinta puan fellow. sayang betol puan fellow kat kitorang. satu bilik disamannye ha..offence under 15..messy coridor..bagus punya anak dara. puan fellow siap kira lagi kasut yang bersepah kat luar bilik tu. 17 pasang. kasut macam dah berpuluh orang duduk. padahal 4 orang ja kot. ngehehe.. nasib baik separuh dah simpan..aiyak! 

dah2..aku cakap sikit ja kan nak tulis..esok aku merepek lagi sini..ada kerja nak buat..

chioss..

wslam..

Thursday, October 6, 2011

sibuk2!!

aSSalamualaikum..

halluu...happy barakah day..! dah jumaat dah ghopenye ye..sebenarnya aku pun tak tau nak hupdate ape arini.. dah 3 minggu dah kot tak jenguk belog nie. dengan training petang malam, kelas, tutorial, quizzess.. *bajet busy sangat letteeeww...cik labah labah, taik cicak, lipas, semua berkubang nampak kat belog aku..*amboi! sodap landing berkampung kat sini yoo!!

rindu sebenarnya nak update blog. tapi, sebab masa yang selalu jelez kat aku nie kan, tak dapatla  jari jari aku yang gemuk gemuk nie nak menari atas keyboard.

minggu nie ada pesta convest. meriah kot! nie yang aku suka nie..ngehehehe..sebab banyak jual2..haha..bila la plak turn aku nak dapat bunga. tak ponah lagi eden dapat bunga nih..tak sabo nak konvooo..*bertaun lagi la..

bila fikir fikir balik, Allah bagi setiap manusia nie sama ja waktunya. 24/7. tapi, kadang kadang bila kerja dah banyak sikit mula la nak merungut tak sempat buat tu lah, sibuk lah. *aku la tu.. tetapi hakikatnya orang yang sibuk tu sebenarnya orang yang lebih menghargai masa. sebab, setiap waktu dia akan bekerja atau buat something yang boleh fill up kan masa dia. *kenapa aku tak terfikir camtu eh?

kita nie hanya manusia biasa. bila dah penat or busy sikit mula nak merungut, tarik muka tension. tapi, try kita tengok kekasih Allah. Rasulullah..orang yang dah dijanjikan masuk syurga. tapi, rasulullah bukan saja perform ibadat yang wajib malah ibadat sunat lagi. sampai merekah kaki. sempat ja buat tu semua. pergi berperang, sebarkan islam, atur strategi, luangkan masa dengan isteri..Rasulullah Awesome kan?

Allah tu dah adil dah..semua dibagi sama ja masa. kita ja yang kena manage betol2 masa tu..demi masa sesungguhnya manusia kerugian, melainkan yang beriman dan beramal soleh..

chioss..

wslm..