Friday, December 28, 2012

disorder

~~aSSalamualaikum~~


alhamdulillah~~alhamdulillah~~ 2 paper down!! lagi 5 lagi nak kena perang.haih~~ satu hari exam dua paper memang 'best' sangat la kan..

aku rasa waktu exam nie memang waktu menambah lemak. buat soklan tak dapat jawapan, stress.. lepas tu makan, stress makan.. semalam lepas exam terus pergi cari burger bakar.. melepaskan lelah lah kekonon.. *eating disorder..

bukan eating disorder je, musim musim exam nie identity disorder pun boleh jadi..

lepas nie ada semangat sikit nak study. sebab ada album sami yusuf yang salaam tu!! yeay!!



ada dua lagu best bila first dengar terus suka. happiness dengan the sources..best3!! 

and dapat nie..hehehe.. 


sayang betol nie key chain nie.. eh!


^cheeto^


wasalam~~





Tuesday, December 25, 2012

farewell~~

~~aSSalamualaikum~~


takoottt~~~ hari jumaat dah start final.dua paper yang susah pulak tu. not a good start!! maka dengan ini..adik beradik stress tension stress dan tension bermaharaja lela..

eh! tapi, sempat lagi menghupdate belog..heheheh..

isnin haritu last dinner wataniah. nie kira farewell sebab next semester ada yang dah last semester. ada yang grad uia..aku je belom..*potong bawang..T_T














jejaka termacho abad ini~~





hopefully our ihkhwah never end till jannah..

sebab they are best firends ever~~

fast and furious update..malas nak taip panjang panjang.eheh! nanti aku blogjoging kat belog kome2 ye..

^cheeto^!..

wasalam..

Friday, December 21, 2012

gila sedih tiket sold out!!

aSSalamualaikum~~

sebenarnya aku nak update pasal annual camp kat taman negara haritu tapi, nanti nanti lah..

sekarang tengah revision week. selalu aku memang tak balik kalau revision week. tapi memandang terpandang dan dipandang after final aku terus practikal dan tak menyempat punya balik kedah ohsem, so, tetiba semalam aku buat last decision nak balik.

aku nie memang pelik sikit. suka buat adhock decision tiba tiba ja. padahal sebenarnya aku dah plan dengan kengkawan nak pergi bukit Tabur pagi nie.

but then, sadly sedih kecewa hati lara, punya semangat packing barang tp tak da lah berbeg beg aku bawak balik.sekadar buku ja sebab nak study sikit sikit kat rumah. penat lelah abis semua lemak berkejar sampai pudu, at last 'assalamualaikum! tiket kulim paling awal pukul berapa?'

'sorry dik, tiket abes.semua abes.adik lambat sikit ja' what??!!! *dunia gelap gelita

dan semua kaunter keluar ayat yang sama.

maka, termangu aku sensorang kat pudu. dan mula adegan banjir kilat. heh!

dan aku mula terfikir, patut la aku check tiket online tadi 'no route offer'!

dan baru aku ingat orang ramai balik kampung sebab cuti christmas..

poor me~~padan muka jugak..moral of the story, lain kali buat keputusan fikir dulu..jangan buat keputusan last minit..

^cheeto^!

wasalam..

Friday, December 14, 2012

comes to the end..

aSSalamualaikum..

take 5 rush update.. tak kira nak update jugak walaupun tengah kejar masa..ewah! haha..

semalam after AGM nadiwatan club aku officially resign dari biro head IT wataniah..alhamdulillah..solosai satu tanggungjawab. lepaih nie tak payah jaga blog wataniah uia  lagi dah, facebook wataniah pun. aku kembali manusia normallll!!!! yay!! *errr..selama nie alien ke?? bhahaha..

sedih jugak sebenarnya. after 3 years susah senang dengan kawan2 wataniah, then, it comes to the end. betol la orang cakap. mana ada benda yang tak kan berakhir ye dak?

maka dengan ini, aku off 3 hari annual camp wataniah buat sekelian kali yang terakhirnya.. then officially graduated from wataniah skill uaim..



gonna miss them, and green uniformmmmmm..!


new tenure of Nadiwatan Club..mutiara sulung PALAPES UIAM..all the best all!!


^cheeto!^

wasalam..


Monday, December 10, 2012

Gua Kota Gelanggi, Jerantut Pahang.

aSSalamualaikum~~

sementara tunggu groupmate yang tak sampai lagi, terasa nk menghupdate pulak blog semak nie. 3 minggu lepas aku ada pergi Gua Kota Gelanggi kat Pahang. program rakan muda. *excited! excited! excited! sebenarnya tu kira first time jugak la aku pergi Pahang. sadis kot. *potong bawang satu bakaul T_T.. dah 22 tahun jejak kaki dekat bumi yang sphere nie, tu baru first time pergi Pahang. ok sila jangan gelak kuat. senyum ja.

seriously Pahang sangat best. *err sebab banyak pokok durian kot. bhahaha.. yelah, sepanjang jalan aku asyik nampak dusun je. bestnya duduk kampungggg!!







bentuk bentuk stalaktit and stalakmit kat dalam gua tu, subhanallah, macam macam ado. bentuk gajah, batman, raja tengah duduk, tulisan Allah pun ada. paling best boleh nampak kristal. tapi, unik sebab kristal kristal nie tak boleh sentuh sebab nanti akan mati. tak sempat la pulak aku nak tanya kat brother tu kenapa boleh mati.
 macam gambar kat atas nie bentuk singa.  kat kepala die tu sebenarnya ada kristal. and area badan tu kristal yang dah mati sebab kena sentuh.











alamak groupmate dah datang..!! *cabut dulu!

^cheeto^!

wasalam..

Friday, December 7, 2012

vakuummm!!!

aSSalamualaikum~~

waaaaaaa...!!! lamanya tak bukak blog. betol ckp pondok usang beratap langit and HJ berhabuk bonar dah blog eden nie ha..

semalam aku tengok Istanbul Aku Datang. ok! overexcited disitu. orang lain dah berkurun zaman dinasor tengok aku baru jalan itik nak tengok kan. overall not bad la cite tu. kelakar gila part Lisa and Beto. tapi, poor and padan muka Azad. tulah jahat sangat kan. tapi, tak boleh belah watak aizat. macam kaku je dia. *cewah pandai pulak mengutuk. sebenarnya aku nak tengok kartun rise of guardian tu, breaking dawn, tp nak buek macam mano. kaki macam gajah malas nak bergerak keluar dari UIA ni..

dua minggu lepas aku kuchiwah tahap 7 petala langit!! super saiya sad! dua ekor kucing yang paling sayang kat alam semesta dah temui ajal. rasa nak balik kg je bila dengar berita mnyedihkan tu. tapi, paling touching bila ayah dgn mak pun sedih kucing2 tu mati. *eh! nampaknya mak dengan ayah lagi sayang kucing dari anak dia yg comel tak comel sangat nie?? oh nooooo!!! dan sekarang tinggal la sekor je kucing kat rumah. Mr. Tom Kurus nama die..hehehehe..

and, it is two weeks left before final exam!! what?? cepat bonar masa berlalu! *mohon sem nie end as soon as possible. tapi!!!! next semester is practikal training! 6 months pulak tu.ok! i'm dead meat.totally dead meat!

rabbi yassir wala tua'assir..

^cheeto!^

wasalm..


P/s: sebelum nie aku suka dengar lagu maher zain and Irfan Makki. tapi kan aku get influence from 'someone' sekarang nie addicted dengar lagu2 Sami Yusuf. masya Allah..lyrics are superb giga awesome..




Thursday, November 22, 2012

final exam berlari!!

aSSalamualaikum~~


huarghh..long time no update. rindu kat belog ghopenye. haih~~ sebelum tu, lets pray for Gaza, for their safety, for our muslim brothers and sisters, old people, children and pregnancy women in Plaestine..

after mid break haritu langsung tak jenguk belog. banyak nya habukkkk.. fuh..fuh..bajet je macam busy sangat kan..

yelah..ingat tak busy ke. sekarang dh level 4 student tau.*flipped tudung. cewaahh!! berlagaknyalaa.. tapi lambat lagi nak grad...huhu..

minggu nie hectic sangat. banyak assignment nak kena buat. semua due next week. semua nak present next week. haih~~ nama pun students. tak kan nak mencangkul pulak.kn?

jadual final pun dah officially keluar. tak tahu nak describe ape. yang sadisnya paper ADAIS and TAX hari yang sama!! 'bahagia' sangat. tax dah la susah. ADAIS tu subjek lebih kurang ICT..

28/12--------> ADAIS dengan Tax
2/1-----------> PSA (public sector accounting)
6/1-----------> LE4000 (english)
7/1----------->SM (strategic management)
9/1---------->AIB (accounting islamic bank)
11/1---------> AGA (advance group accounting)

maka pada 14 Januari bermulalah praktikal training..argghh..tak sempat nak berjimba.kui3..

kengkawan aku semua dah tengok Istanbul Aku Datang. lepas tu semua pakat2 bising yang Beto sangatlah macho?? patut Beto ganti Tomok la. Beto patut jadi hero la. best ke Beto??

^cheeto!^

wasalam..

p/s: mohon jasa baik bloggers doakan kesejahteraan kawan saya yang baru meninggal akibat kemalangan 2 minggu yg lepas. so, to riders, bawak moto jangan laju laju..


Saturday, October 27, 2012

rumah kata pergi, UIA kata mari..

~~aSSalamualaikum~~


kok bisa esok udah ahad dong! *eh! pehal jadi indon pulak.. salam aidiladha! huarghhhh..esok dah nak balik UIA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! daging korban makan tak abis lagi mana boleh balik lagi. sup tulang pun tak puas lagi jamah. mohon kembali jumaat....

to do list next week: exam selasa, rabu mlm dan jumaat..what??? baru sedar rupanya ada exam. abeslah KAUUU cik fatin! assignment: PBL, EAW and SM..say what?? ok...

mentally and physically tak ready nak jenguk uiarians, assignments and mid term..

 tak dapat join rombongan meminang mak usu baru untuk pak usu.. *cet! sibuk ja nak ikut..

tak sempat nak buat speck baru sebab malas keluar rumah. dah hari raya baru sibuk nak buat. *power speck dah bertambah.oh! dah makin tua ghopenye..

tak puas lagi main dengan kucing yang gomok tu..*nanti next 2 months mesti dah tak kenal tuan..

yang penting!!! TAK BUKAK BUKU LANGSUNG! *ok..tu tipu. bukak buku tapi tak baca, baru betol..ngeeee..



si Loli yang kuat makan tidur je kerja dia..


not so called gomok inche Tom dan cik Melly yang kuat makan..


nak berjaya mesti balik dengan penuh SEMANGAT!! jyah!!! fi sabililah!!

'sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikit pun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri' (Yunus: 44)

^cheeto!^

wasalm..

p/s: sempat lg tengok sinister dgn cik pikah, cik khalilah..not bad la dia punya story line..







Wednesday, October 24, 2012

effectivenyaaaaa..lah cuti aku~~

~~aSSalamualaikum~~


selamat~~hari raya~~ eh! semangatnya aku. sekejap ja masa, pejam celik, makan ber** dah nak raya haji dah. hari makin bertambah, umur pun makin meningkat. amalan, iman apa khabar?? hopefully, iman dan ibadah bertambah seiring dengan umur. #notetoself

actually, almost seminggu dah aku bertapa kat rumah. mid break lah katakan. memang oh-hensem, daebak, super saiya la.relaaaxxxx je kat rumah. chillaxxx je. padahal assignment banyak nak kena buat. after mid break ada mid term paper tengah beratur tunggu kat gate UIA tu..

yang best, jadual final dah keluar. mid term pun tak habis lagi dah ada jadual final dah. tapi, sebab tengah cuti punya pasal aku malas nak check. aci tak cenggitu??

memang effective la duduk rumah. bawak je balik buku, assignment bagai tapi tak buat pun. keja tengok drama korea, main dengan kucing..

tapi kan dah UIA bagi cuti kena la manfaatkan masa cuti betol betol.ye dak??


take care of us, captain! best citer nih!


aku tengah baca buku Batu Bata Kehidupan by Hilal Asyraf. seriously best!! lagi best sebab aku dapat signature Hilal..heheh..*eh! rajin pulak baca buku lain. study nye tak pun.heheh..

the best part dalam buku tu 'bercinta tak semestinya couple'.'bercinta tapi bersyarat"..ewaahhh! dah pandai aku sekarang. ehem! cough3..

the rest part of the book totally not disappointing. and still ada lagi satu buku Hilal aku tak baca lagi.elok lagi duduk dalam almari kat hostel..

eh! panjang pulok entry malam nie. macam nak lepas gian ja lama tak blogging. sorry la. kalau bosan korang boleh baca separuh, then separuh lagi simpan baca esoknya..hihi..

^cheeto!^

wasalam..


p/s: kucing aku si Tom demam.kesian dia..pray for inche Tom..and selamat berpuasa sunat Arafah semua!






Friday, October 12, 2012

the mind and map..

aSSalamualaikum~~


tabiat aku bila bosan sangat study, aku suka conteng meja. kat meja study aku nie memang penuh dengan macam macam benda aku conteng. sumpah lah vandalism. aku rasa kalau fellow datang buat sport check memang bergulung surat saman aku dapat.

dulu time first year ada kakak final year bilik aku sampai tegur 'fatin, akak dari first year first sem sampai la final year meja akak bersih je" bhahaha.. sedap je kena perli.

kadang kadang tu aku suka tulis benda yang aku baca or hafal kat meja. padahal macam la takda buku or kertas nak conteng. meja jugak jadi bahan.

next week ada 3 mid term paper. 3 hari berturut pulak tu. adess..banyak lagi tak study oi. tapi best lepas tu balik kampung..yahoooo!!! lompat sampai bintang.

sebab tahap motivate aku up and down aku 'tulis' note pembakar semangat kat meja. cewah..pembakar lah sangat.. pastu tetiba rasa nak buat lawa lawa post dekat blog. *rajin pulak nak post..




doakan mid term aku going well..

rabbi yassir wala tua'assir..

chioss..

wasalam..

Thursday, September 27, 2012

this is gula~~

aSSalamualaikum~~


huarghh..this is hectic! minggu nie macam zombi kampung pisang. banyaknya kerja. assignment macam gunung ledang. article macam broga hill nak kena baca. faham faham jelah kalau dah baca article mesti nak buat natural peta punya dekat atas kertas tu. padan muka akuu..

cepatnya masa berlalu..kerja banyak tak siap siap lagi. tak berkat la tu..haish~~

ha..nak tunjuk nie sebenarnya..


since aku nie peminat setia hilal asyraf, kira macam teruja jugak la tengok video nie. this is gulaaa~~ comel je  masyitah..may Allah bless them..

sekarang tengah cari buku latest hilal..

                                              

sebenarnya ada ja buku nie jual dekat masjid UIA. sebab tiap tiap malam selasa hilal datang masjid uia bagi talk.at the same time dia jual buku nie. tapi, aku belum berkesempatan nak jenguk lagi.

tapi, sekarang aku tengah baca buku nie..


cinta high class & cintaku kerana agamamu by Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi

hah! sempat pulak lagi tu baca novel. article yang berlambak tak pulak rajin nak baca..kui2..tapi, seriously, novel tarbiah nie sangat best. bagi aku, buku nie bukan la novel biasa tapi its more towards motivational islamic book. lagipun buku buku fatimah syarha sebelum nie memang best best. 

mesti beli, mesti baca...agar upgrade ilmu akhirat~~hehe..

chioss..

wasalam..



Friday, September 21, 2012

it has been....

aSSalamualaikum..


dah dua minggu dah kelas start.semester baru..tapi, semangat tu tak sampai sampai lagi. sembunyi kat mana ntah la. assignment makin berbukit, chapter makin banyak belajar tapi tak reti nak taubat lagi. study ciput tapi nak result gempak memang berangan jelah kan.

semester nie sekali lagi macam dare to die je. aku ambik 21 credit hours. abisla..jadi zombi kepala botak la jawabnya.

arghh..sebenarnya banyak kerja nak kena buat. tapi, tak tau nak mula dari mana. alhamdulillah, ada yang dah setel.tapi, ada satu assignment nie membantutkan perasaan aku. bhahaha.. bukak je buku, tengok, lepas tu apa nak buat nie. tutup balik.menguap.tido..krooh..krooh..


mesti ada banyak buat dosa nie.tak pun banyak sangat bersuka ria sebab tu la berlemak nak study.


memang banyak kerja nak kena buat. sem depan dah start praktikal.oh my english!! nak kena cari tempat praktikal lagi. pointer tahap hidung memang berangan jelah kan nak buat dekat big firm. rasa macam tak cukup ilmu lagi nak jumpa dunia luar.

semoga Allah permudahkan..amin..

chioss..

wasalam..



Monday, September 17, 2012

sekinchan~~can mali can..

aSSalamualaikum..


sabtu haritu, lagi satu kawan aku selamat dah bina masjid. bagus betol diorang nie. berani take challenge kawen awal. benda baik tak elok lewat-lewatkan..kalau dah mampu carry on jelah.ye dak? heheh..

for the first time aku drive avanza. drive dari gomabk--->sekinchan---->gombak. bayangkan orang gemuk pendek macam aku bawak kereta besar gajah, macam tak da pemandu ja yang drive.

tapi, kesian aku rasa kat penumpang belakang, macam naik kuda dah aku tengok.kui2..sorry la dapat driver lesen cap ayam memang gini ghopenye..

dan bila sampai kat Sekinchan mula la sesi tak pernah tengok sawah padi. semua excited.aku je cool sebab aku orang kedah dah biasa padi2 nie..*cet! poodaahh.berlagak!



lawoo kawan aku nih.berseri seri!



first time jugak aku p kenduri lauk sambal ikan keli. peh! super duper oh-hensem sedap!














sebab kampung kawan aku nie subhanallah tersangatlah cantik, apa lagi, masing masing nak buat sesi hindustan.photoshot sana sini.

on the way balik sempat lagi menyinggah dekat Tanjung Karang. masing masing bedal keropok losong. siap ada bungkus bawak balik lagi. sedap oh! rasanye sama je macam terengganu-kelantan punya keropok.











dan aku rasa area Tanjung Karang memang femes dengan cendol kot. sebab banyak kedai cendol. tapi. yang paling tertarik menarik memang da boom, cendol Bakar nie la.

konpius jugak sebenarnya kenapa nama Bakar padahal cendol tu tak terbakar pun. assume owner nya nama Bakar kot.heheheh..

tapi, sempoi cendol nie. marketing die sangatla bagus tip top. tuan-tuan, puan-puan boleh pilih nak cendol VIP, VVIP,VVVIP, cendol Durian, macam macam lagi la. yang best siap ada drive thru baq hang. 


tengok muka kawan aku nie pun dah boleh agak cendol sedap super saiya! *err..tapi, nie gambar die tengah makan nasi lemak..


chioss..

wasalam..


p/s: you know what, i think i fall in love.this is crazy man. love to be photographer.. *argghh..nak simpan duit beli lens pulak..eheh!