Tuesday, February 28, 2012

just sharing..

aSSalamualaikum..

dah berapa hari tak hupdate.habuk penuh! ish2..bila malas tahap tak hengat memang page blog pun tak bukak.plus idea kering kontang. tapi, kalau aku tak hupdate blog, selalu aku bukak tumblr.sebab tumblr memang menarik. bila idea tak berapa nak power just boleh reblog picture picture yang ohsem. best bro! korang patut buat satu pastu follow follow la eden..muahahaha..seventhsensor.tumblr.com.*tak sudah sudah promote tumblr cabuk nih...

just nak sharing dengan korang benda nih..









ish..cukup ke syarat aku??

chioss..

wslm..

Monday, February 20, 2012

ok finee!!

aSSalamualaikum..

sebelum cik cik, puan puan, encik encik, datuk datuk dan tan sri tan sri meneruskan baca blog nie, sy tekankan kat sini entry nie khas luahan perasaan diatas kekecewaan putus cinta kekalahan Arsenal dengan Sunderland sabtu haritu..uuwaaaaa!!! kalau bosan anda dibenarkan menggerakkan cursor ke arah timur laut *betol ke timur laut?? dan click x..





aku tengah lapar gila time on the way balik kelas pun ada orang nak gelakkan aku tadi. cis!

"weh fatin, Arsenal kalah aritu kan??hahaha..liverpool menang 2-1 kot!" inchik safsaf.

walawehh!! kentut bertubi tubi la..sedap gelakkan orang..elleeehh..tak kesah pun sebenarnya.sebab bukan aku yang main pun kan. buat pe nak gaduh gaduh. aku sokong team malaysia lagi la. tanah tumpah darahku~~hakhakhak..

chioss..

wslm..

Friday, February 17, 2012

voucher clearance..

aSSalamualaikum..

pagi yang gelap kini sudah terang, aku adikmu dan engkau abang~~~lalalala~~sebenaqnyakan harini aku ada program dengan semua uniform bodies. tapi, memandangkan detail yang dapat tu lewat plus kemalasan melampau, aku terponteng pulak program harini.bukan sengaja. 'ter' ja..bukan aku sorang. satu skuad aku monteng..ngehehehe..lex lu..kang kalau tetiba ada spotcheck ke pandai2 la gua cabut..macam tak biasa buat kat asrama time sekolah dulu kannn...

eh2, korang dah abes ke pakai voucher buku tu?? semalam officially voucher aku dah abes pun guna. first rm50 tu aku beli novel masa cuti sem hari tu. mana tahan beb tak beli novel. lepas tu seratus aku dah borong textbook. berbaloi jugak la dapat voucher nih. ptptn masuk lambat! duit tak hado nih. hari hari makan biskut dengan milo jerk! *ceh! mintak simpati pulak.

balance rm50 tu semalam aku borong stationary. memula tu aku p popular kat Wangsa Walk tu. tapi hampeh..satu benda pun takda. semua macam dah takda stock ja. buku banyak la. ikut hati nak borong novel ja lagi.

lepas tu, sebab satisfaction tu tak sampai,*satisfaction jem tengah jalan, aku g MPH kat Jusco. kat situ pun macam tak banyak sangat barang. at least better dari popular la. satisfaction target achieved! dah ada stationary baru nih semangat sikit nak study..muahahaha..ish! tapi tetiba rasa tak cukup lak voucher rm200 tu. tamak kedai mamak sungguh. sesapa yang yang taknak voucher tu, yang ada intention nak jual, baik bagi ja kat aku. bukan senang nak dapat voucher free oi!

chioss..

wslm..


p/s: Arsenal kalah dengan AC Milan..4-0 plak tu. cit! kecewa betei!

Sunday, February 12, 2012

short and sharp..

aSSalamualaikum..

apa ke hal pepagi buta pun dah hupdate entry. rajin pulak update semalam dengan harini. sebab harini hati aku tengah berbuah epal.semalam Arsenal menang dengan Sunderland 2-1..hooyeaah!

dengar kata liverpool kalah semalam dengan ManU..hakhakhakhakahk*gelak jahat..



Arsenal daebak!!!


lepas nie tunggu match dengan Ac Milan plak 15 February..

chioss..

wslm..

Saturday, February 11, 2012

permulaan sem yang..err..

aSSalamualaikum..

fuh! its hurt! penantian tu satu penyeksaan *cewahh..ayat nak bunga bunga taik ayam ja..mana skuter nie tak sampai sampai lagi~~berehat bersama kit kat ke apa kat highway tu..dari hari isnin pos tapi tak sampai lagi..tapi, takpa lah..sabar separuh dari imann..

dah dua hari kelas start, rabu n khamis. fuh! macam dah seminggu. first day kelas dah belajar. banyak pulak. hajat hati nie nak monteng ja kelas hari rabu dengan khamis tu tapi terpandangkan hati yang tak berapa nurani dan cerdik nie, tak baik monteng awal2. nanti dah nak abes sem baru ponteng2..kihkih..

semester nie aku rasa challenging gila. sebab banyak subjek core yang ambik. audit, company law, Malaysian tax and bf! tengok dah ada boyfriend sem nih! ngehehe..couple dengan mr. business finance pulak sem nih. dan subjek paling takut *tapi takut Allah lagi laa, subjek DMC..sebab banyak pakai critical thinking. plus, budak budak kelas aku tu hot meletopp. aku hampagas carbon dioxide jerk! ish, nampak gayo kena perah otak pakai mesin basuh baju automatik lah nie..

malam nih liverpool vs Man U kn? agak agak team mana menang?? kalau tanya aku, Arsenal sokmo*err..walaupun takda kena mengena malam nih!

chioss..

wslm..

Tuesday, February 7, 2012

sampai sudaa..

aSSalamualaikum..

fuh..fuh..akhirnya sampai pun dekat uia terchenta lagi terdamai nih. 5 jam memjogingkan diri dalam bas. nasib baik kali nie takdalah nak mabuk bas macam selalu. setakat pening lebah tu biasalah. *ish kalah pembawak budak.padahal bawak lemak je.

esok dah nak start kelas woi! kali nie tak boleh nak banyak main dah. dah 3 year dah.*ish kena jadi skematik ler nie..bye bye novel, bye bye movies..tsk..tsk..hah! malam nie drama vanila coklat kan? waduh..lepas nie kena tengok kat tonton jelah..

semoga Allah mempermudahkan urusan semester nih..amin..

chioss..

wslm..


p/s: sapa yang still cuti lagi tu? aku jeles nie..

Saturday, February 4, 2012

2 in 1 punya entry..

aSSalamualaikum..

salam maulidur rasul..jom sama2 selawat ke atas nabi. jangan lah sebab harini maulud nabi, harini ja kita berselawat. sebagai umat, hari hari kena selawat kat nabi. #notetoself. semalam aku ada tengok Generasi Y kt tv1 tu. semalam panel jemputan imam muda asyraf. my feverat tu..

ustaz cerita ada sorang nie bawak mak dia yang kudung kaki keliling kaabah. sambil tu dia cakap aku dah membalas jasa ibuku.banyak kali. lepastu saidina umar kot tak silap aku * kalau salah sila betolkan sebab aku nie short term memory, tanya kat nabi 'adakah dia sudah membalas jasa ibunya?' nabi jawab "dia masih belum dapat membalas jasa ibunya walau dengan hanya perkataan 'ah' sekali pun.

nah! cuba bayangkan. sedangkan jasa ibu pun kita sebagai anak tak terbalas inikan pulak jasa nabi. rasul kita. dah setakat ni. aku memang tak pandai nak tazkirah nie. korang boleh baca sini. blog cikgu L macho..*hihihi..puji macho dapat markah lebih tak cikgu??

..................................................................

entry 2 in 1. aci tak?? aci kat india redah p bombay jelah. aku dah nak balik uia esok..sob..sob..sedih mak nak! rasa tak puas cuti nih. baru 3 minggu. belum 3 bulan lagi dah nak balik. apsal tak bagi 3 taun ja kan? er..kalau 3 taun tak grad tak kawen la aku..jadi andartu! anda ratu kutu?? oh! tidak!

ish..sumpah! rasa malaasss ja nak balik..tak dak mood nie. aku rasa muncung 18 kerat macam kerang bakar ja muka aku nie. tapi, tak palah. berjuang abis abisan!! selagi badan mengandung nyawa! yeah! *sambil pegang tombak julang ke langit. #rosak peribahasa..

doakan perjalanan aku. jauh tau! overriver tuu..doakan kejayaan aku dunia akhirat. *arh..poyos nya.

chioss..

wslm..

Thursday, February 2, 2012

oh kucing~~

aSSalamualaikum..

apa habaq orang2 blog??alhamdulillah..sehat belaka. harini hujan kat rumah. aku suka hujan weh. sebab bila hujan sejuk. macam kat obersea pulok. *err..berangan jelaahh..

sebenarnya kan kat rumah aku ada sekor kucing nie.*alamak baru sebut nama, kucing nie dah pandang aku..

kucing nie kucing luar. beberapa bulan lalu, *macam nak buat karangan lah pulak..kucing nie tak tau datang dari mana tapi memang suka bertempek kat rumah. memang comot gila. lepas tu suka gesel2 badan dia kat orang. aku bukan jenis takut kucing tapi bila suka gesel2 nie gelilah pulak.

lama lama adik aku ambik la bela. ceh! jelez aku. kucing tu lagi sayang kat adik aku. *memang la sebab aku bukannya ada selalu kat rumah. lagipun kucing nie binatang kesayangan nabi kan?

kucing nie kucing jinak. rugi la sapa yang buang dia aritu. sebab dia bukan jenis membuang sisa kumbahan suka hati dalam rumah. pagi2 dia mesti bunyi suruh bukak pintu nak buat 'pelaburan' kat luar rumah. manja pulak tu. suka gesel2 kat orang. tapi, aku rasa kalau sesapa takut kucing memang tak tahan gak dengan dia ni. lepas tu kalau orang cakap apa faham ja dia. tambah tambah bila beli whieskies. dia ikut sampai ke dapur.

dan, aku rasa kucing aku nie kalah anak dara. memerap ja kat dalam rumah. pelik la aku. aku pun tak cenggitu tau! *err..kenapa macam aku pulak yang terlebih sayang kat kucing nie?? overstory plak..muahaha..

aku cuma nak cadangan je kot kot ada nama sesuai kat kucing adik aku nie..kalau ikut hati aku nak je bagi nama robin van persie. tapi, panjang sangat lah pulak. brad pitt?? hero tu dah tua la. edward collin?? kang jadi vampire pulak..mak aku lagi sempoi. nak bagi nama hitam. *mak..kucing tu kelabu la...


tadaa..tengok tu. konon seksi la tu buat aksi macam tu depan kamera. nasib baik tak buat duck face.

ada idea tak nak bagi nama apa??

chioss..

wslm..