Tuesday, July 17, 2012

kucing vs semut

aSSalamualaikum..


haish~~ stress makin terasa. eh! aku rasa setiap saat kot aku stress.ish apa lah.. walaupun satu subjek ja aku ambik untuk short semester ni tapi subjek tu susahhhh. dan aku sangat lah tension tahap badak panjat gunung kinabalu sebab tak faham apa yang aku baca tu.

hadoi! nie mesti aku ada buat salah nih sebab tu ilmu tersekat. lif tersangkut. rasa nak menangis pun hado. makkk!! rasa nak balik kampung sekarang jugak! kalau balik kampung boleh jugak main dengan kucing.


ke sebab aku termakan banyak semut? kat bilik baru aku nie banyak sangat semut.kadang kadang tu masuk dalam botol air aku.dan selamba kucingnya aku minum semut semut tersebut. kalau sekor semut 40 hari tapi kalau dah 5,6 ekor cuba darab dengan 40 hari. waduh! patut la belajar tak boleh faham.eh! salahkan semut pulak kan?

rindu pulak dekat kucing kucing nih! ntah sehat ke tak. makan ape lah diorang nih..





its my cats sleeping style!






chioss..

wasalam..


Friday, July 13, 2012

just sharing 3~~

aSSalamualaikum


lagi 8 hari dah nak puasa oih.. pejam celik, makan tidur, dah nak puasa lagi sekali dah. puasa dah abes ganti ke belum?? kalau belum tu copat copat ler ganti..

aku just nak share satu video nie dari Nuoman Ali Khan pasal Ramadhan. kadang kadang kita nie cakap ja tak sabar nak puasa, ramadhan bulan mulia, bulan beribadat tapi kita tau ke erti sebenar Ramadhan tu sendiri. tujuan Allah jadikan bulan Ramadhan tu.

aku cakap nie pun sebenarnya untuk diri aku jugak yang naif lagi daif nih. haish~~ dah tua tua pun naif lagi ilmu agama. *errr..eh! tak tua lagi lah. baru 22 tauuu.. ceh! nak jugak mudanya tuu..




Rasulullah bersabda: sampaikanlah ia walau satu ayat.. 

chioss..

wsalm..


Monday, July 9, 2012

aiman's big day..

aSSalamualaikum..


it was 24th june bln lepas..macam tak percaya kawan aku sorang dah selamat jadi pengantin yaww!! dia salah sorang skuad wataniah jugak la.amboih! lumrah budak uia memang kawen awal and kawen time belajar. sweet muet aih aku tengok. dan bermula lah episod kawan kawan yang lain pun pakat pakat seronok nak kawen jugak. kalau dah jodoh tak kan kemana. betol tak?

kenduri tu kat kelantan.kira macam kami ramai ramai pergi ada dalam 2 van and 1 motor.*err moto nie sesat dari mana ntah.muahaha.. seronok jugak la. sebab first time ada pengalaman cenggini.

tapi, series nampak berseri seri ja muka dia masa wedding day tu. seri pengantin lah katakan. haish~~ aku pulak yang seronok lebih. tapi calon tak da lagi. macam mana nih? muahahaha..*mak carikkan calon!









eh!nie pengantin mana pulak lari nie??

to aiman, selamat pengantin baru! and bahagia sampai aaakhhiirr hayat! May Allah bless and always under His guidance..amin..


chioss..

wasalam..