Thursday, September 27, 2012

this is gula~~

aSSalamualaikum~~


huarghh..this is hectic! minggu nie macam zombi kampung pisang. banyaknya kerja. assignment macam gunung ledang. article macam broga hill nak kena baca. faham faham jelah kalau dah baca article mesti nak buat natural peta punya dekat atas kertas tu. padan muka akuu..

cepatnya masa berlalu..kerja banyak tak siap siap lagi. tak berkat la tu..haish~~

ha..nak tunjuk nie sebenarnya..


since aku nie peminat setia hilal asyraf, kira macam teruja jugak la tengok video nie. this is gulaaa~~ comel je  masyitah..may Allah bless them..

sekarang tengah cari buku latest hilal..

                                              

sebenarnya ada ja buku nie jual dekat masjid UIA. sebab tiap tiap malam selasa hilal datang masjid uia bagi talk.at the same time dia jual buku nie. tapi, aku belum berkesempatan nak jenguk lagi.

tapi, sekarang aku tengah baca buku nie..


cinta high class & cintaku kerana agamamu by Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi

hah! sempat pulak lagi tu baca novel. article yang berlambak tak pulak rajin nak baca..kui2..tapi, seriously, novel tarbiah nie sangat best. bagi aku, buku nie bukan la novel biasa tapi its more towards motivational islamic book. lagipun buku buku fatimah syarha sebelum nie memang best best. 

mesti beli, mesti baca...agar upgrade ilmu akhirat~~hehe..

chioss..

wasalam..



Friday, September 21, 2012

it has been....

aSSalamualaikum..


dah dua minggu dah kelas start.semester baru..tapi, semangat tu tak sampai sampai lagi. sembunyi kat mana ntah la. assignment makin berbukit, chapter makin banyak belajar tapi tak reti nak taubat lagi. study ciput tapi nak result gempak memang berangan jelah kan.

semester nie sekali lagi macam dare to die je. aku ambik 21 credit hours. abisla..jadi zombi kepala botak la jawabnya.

arghh..sebenarnya banyak kerja nak kena buat. tapi, tak tau nak mula dari mana. alhamdulillah, ada yang dah setel.tapi, ada satu assignment nie membantutkan perasaan aku. bhahaha.. bukak je buku, tengok, lepas tu apa nak buat nie. tutup balik.menguap.tido..krooh..krooh..


mesti ada banyak buat dosa nie.tak pun banyak sangat bersuka ria sebab tu la berlemak nak study.


memang banyak kerja nak kena buat. sem depan dah start praktikal.oh my english!! nak kena cari tempat praktikal lagi. pointer tahap hidung memang berangan jelah kan nak buat dekat big firm. rasa macam tak cukup ilmu lagi nak jumpa dunia luar.

semoga Allah permudahkan..amin..

chioss..

wasalam..



Monday, September 17, 2012

sekinchan~~can mali can..

aSSalamualaikum..


sabtu haritu, lagi satu kawan aku selamat dah bina masjid. bagus betol diorang nie. berani take challenge kawen awal. benda baik tak elok lewat-lewatkan..kalau dah mampu carry on jelah.ye dak? heheh..

for the first time aku drive avanza. drive dari gomabk--->sekinchan---->gombak. bayangkan orang gemuk pendek macam aku bawak kereta besar gajah, macam tak da pemandu ja yang drive.

tapi, kesian aku rasa kat penumpang belakang, macam naik kuda dah aku tengok.kui2..sorry la dapat driver lesen cap ayam memang gini ghopenye..

dan bila sampai kat Sekinchan mula la sesi tak pernah tengok sawah padi. semua excited.aku je cool sebab aku orang kedah dah biasa padi2 nie..*cet! poodaahh.berlagak!



lawoo kawan aku nih.berseri seri!



first time jugak aku p kenduri lauk sambal ikan keli. peh! super duper oh-hensem sedap!














sebab kampung kawan aku nie subhanallah tersangatlah cantik, apa lagi, masing masing nak buat sesi hindustan.photoshot sana sini.

on the way balik sempat lagi menyinggah dekat Tanjung Karang. masing masing bedal keropok losong. siap ada bungkus bawak balik lagi. sedap oh! rasanye sama je macam terengganu-kelantan punya keropok.











dan aku rasa area Tanjung Karang memang femes dengan cendol kot. sebab banyak kedai cendol. tapi. yang paling tertarik menarik memang da boom, cendol Bakar nie la.

konpius jugak sebenarnya kenapa nama Bakar padahal cendol tu tak terbakar pun. assume owner nya nama Bakar kot.heheheh..

tapi, sempoi cendol nie. marketing die sangatla bagus tip top. tuan-tuan, puan-puan boleh pilih nak cendol VIP, VVIP,VVVIP, cendol Durian, macam macam lagi la. yang best siap ada drive thru baq hang. 


tengok muka kawan aku nie pun dah boleh agak cendol sedap super saiya! *err..tapi, nie gambar die tengah makan nasi lemak..


chioss..

wasalam..


p/s: you know what, i think i fall in love.this is crazy man. love to be photographer.. *argghh..nak simpan duit beli lens pulak..eheh!




Thursday, September 13, 2012

~~selamatkan sebelum masuk ICU~~

aSSalamualaikum..


tskk...tskk.. sedih aku dengan laptop nih. kecewa dengan laptop nie. ntah apa ntah problemnya. isinya too much ke aku tak tau lah. *err..tp blog sempat lg nak update pulak.virus tak payah cakap lah. beranak pinak, bercucu cicit aku rasa kat dalam laptop nie.  sebab beberapa kurun abad yang lalu ada orang cucuk external disk yang bwk penyakit masuk laptop aku. sadiss sungguh la..

dan bila orang yang kekurangan IT macam aku mengadap masalah cenggini, mula lah nak buat muka blurr. pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena.

so, aku decide nak format dulu laptop nie cantik cantik, kemas kemas lepas tu beli antivirus baru.

akan tetapi, menyesal pulak aku hilangkan backup Window 7 dulu. *err..hilangkan ka terbuang?

nampaknya terpaksalah menapak p Low Yat. *arghh..malasnya..

dan aku tak tau bilanya aku akan rajin keluar p Low Yat..

dan aku rasa terpaksa jugak sebab semester nie kena ambik satu subjek ict dan nanti kena buat database project.kalau laptop K.O macam mana nak buat esaimen*sigh again!

dan memang kena jugak selamatkan laptop nie sebelum masuk icu sebab aku selalu transfer picture from camera to laptop.nnt berjangkit pulak penyakit laptop ke kamera.

yes~~Allah is testing me..

chioss..

wasalam..

Thursday, September 6, 2012

aku yg satu lagi..

aSSalamualaikum..


yeay! aku dah buat satu lagi blog baru. http://flickersensor.blogspot.com/ tapi blog nie takda tulis merepek meraban nie semua. aku just post gambar gambar yang dah diedit.

cet! macam poyo je kan. nak jugak buat lagi satu belog. satu nie pun dah jarang nak hupdate. puih!

kalau rajin, suka suki la melawat belog aku yang lagi satu tu. sekarang nie aku tengah pikir cane la nak make up belog tu jadi cun melecun sket. dah lama tak tukar design blog sampai tak reti nak cari kat mana. blog baru tu tak menarik sangat..sungguh lah buta IT..

isnin nie dah start class oi..akan mula la adegan adegan tension mengadap assignment, exam segala bagai...

chioss..

wasalm..


p/s: jgn lupa melawat belog baru..tau..tau..*yo yo je promote.heheh..


Monday, September 3, 2012

best friend e-day~~

aSSalamualaikum


raya ke 3 haritu selamat dah kawan aku sorang jadi tunang orang. tsk..tsk..sedih wooo.. mana taknya. we have been friends sejak primary school sampai la sekarang. setiap kali cuti sem memang tak da orang lain dah aku cari mesti kawan aku sorang nie la. dia la driver tak bertaulah aku teman p mana mana. susah senang bersama~~

dulu masa sekolah orang cakap aku dengan dia adik beradik.muhahaha..sekarang pun orang akan cakap adik beradik.tapi yang best mesti orang cakap aku la adik dia.bhaahaha..perasan plak aweks muda.pon boleh gituu..

tak sangka, dalam ramai ramai geng tak berapa nak otai masa sekolah dulu, dia yang nak bina masjid dulu.tsk..tsk.. gembira, terharu dan tak berapa nak sangka..
















after this u are not belong to us dah..

soklan cepu tak berapa emas pak hassan, ayah ezaty, 'hg bila lagi?' aku?? errrr... tunggu graduate dulu.bhahaha..

chioss..

wsalam..

Saturday, September 1, 2012

not so called insomnia~~

aSSalamualaikum~~


long time no update r?? seriously bukan tak nak hupdate belog berhabuk berasap nie, tapi sebab ada satu penyakit yang tak ada ubat membuatkan belog cabuk nie dah lama terbiar. kalau p farmasi pun aku rasa takda ubat.nasib baik la ada sarang lebah dengan sarang cicak je, belum ada lagi la jumpa sarang ular berumah kat belog nih.

btw, bulan puasa haritu pun tak hupdate belog. raya dah lepas dua minggu pun tak hupdate. tapi., kira tak lambat kan aku nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin dekat semua bloggers. insyaallah, kalau ada kesempatan aku blogwalking. *cet! macam busy kalah PM je.

isnin nie dah kena balik uia. uwaaa..tak puas lagi duduk rumah nie. tak pelah. sabar, redha, ikhlas itu Islam. cewaahh.. sekarang aku tengah baca novel sunan musafir by Ramlee Awang Murshid. sesapa yang pembaca tegar novel RAM mesti tau nie novel last series Laksamana Sunan. peh! this is best broo..

bagaikan puteriuu--->cinta sang ratuu--->hijab sang pencinta---->cinta sufi----->sutera bidadari
---->sunan musafir. RAM boleh beat JK Rowling!


btw, wishlist no 1 aku achived! alhamdulillah..rezeki.





tadaaa!! kui2.. *eh! show off plak!

mesti pelik kan, apsal la budak berhingus nie letak tajuk insomnia.heheheh..padahal sepatah idea pun aku tak tau pasal sindrom insomnia nie.keh2..aku dah beberapa hari susah nak tidur.cet! macam orang berkasih plak. makan tak basah, tidur tak kenyang, mandi tak lena.sebab tu tetiba teringat nak update belog.

eh! terpanjang plak entry.rindu gilosss nak update entry. lepas nie insyaallah rajin kot nak update. 

chioss..

wasalm~~