Saturday, October 27, 2012

rumah kata pergi, UIA kata mari..

~~aSSalamualaikum~~


kok bisa esok udah ahad dong! *eh! pehal jadi indon pulak.. salam aidiladha! huarghhhh..esok dah nak balik UIA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! daging korban makan tak abis lagi mana boleh balik lagi. sup tulang pun tak puas lagi jamah. mohon kembali jumaat....

to do list next week: exam selasa, rabu mlm dan jumaat..what??? baru sedar rupanya ada exam. abeslah KAUUU cik fatin! assignment: PBL, EAW and SM..say what?? ok...

mentally and physically tak ready nak jenguk uiarians, assignments and mid term..

 tak dapat join rombongan meminang mak usu baru untuk pak usu.. *cet! sibuk ja nak ikut..

tak sempat nak buat speck baru sebab malas keluar rumah. dah hari raya baru sibuk nak buat. *power speck dah bertambah.oh! dah makin tua ghopenye..

tak puas lagi main dengan kucing yang gomok tu..*nanti next 2 months mesti dah tak kenal tuan..

yang penting!!! TAK BUKAK BUKU LANGSUNG! *ok..tu tipu. bukak buku tapi tak baca, baru betol..ngeeee..



si Loli yang kuat makan tidur je kerja dia..


not so called gomok inche Tom dan cik Melly yang kuat makan..


nak berjaya mesti balik dengan penuh SEMANGAT!! jyah!!! fi sabililah!!

'sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikit pun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri' (Yunus: 44)

^cheeto!^

wasalm..

p/s: sempat lg tengok sinister dgn cik pikah, cik khalilah..not bad la dia punya story line..







Wednesday, October 24, 2012

effectivenyaaaaa..lah cuti aku~~

~~aSSalamualaikum~~


selamat~~hari raya~~ eh! semangatnya aku. sekejap ja masa, pejam celik, makan ber** dah nak raya haji dah. hari makin bertambah, umur pun makin meningkat. amalan, iman apa khabar?? hopefully, iman dan ibadah bertambah seiring dengan umur. #notetoself

actually, almost seminggu dah aku bertapa kat rumah. mid break lah katakan. memang oh-hensem, daebak, super saiya la.relaaaxxxx je kat rumah. chillaxxx je. padahal assignment banyak nak kena buat. after mid break ada mid term paper tengah beratur tunggu kat gate UIA tu..

yang best, jadual final dah keluar. mid term pun tak habis lagi dah ada jadual final dah. tapi, sebab tengah cuti punya pasal aku malas nak check. aci tak cenggitu??

memang effective la duduk rumah. bawak je balik buku, assignment bagai tapi tak buat pun. keja tengok drama korea, main dengan kucing..

tapi kan dah UIA bagi cuti kena la manfaatkan masa cuti betol betol.ye dak??


take care of us, captain! best citer nih!


aku tengah baca buku Batu Bata Kehidupan by Hilal Asyraf. seriously best!! lagi best sebab aku dapat signature Hilal..heheh..*eh! rajin pulak baca buku lain. study nye tak pun.heheh..

the best part dalam buku tu 'bercinta tak semestinya couple'.'bercinta tapi bersyarat"..ewaahhh! dah pandai aku sekarang. ehem! cough3..

the rest part of the book totally not disappointing. and still ada lagi satu buku Hilal aku tak baca lagi.elok lagi duduk dalam almari kat hostel..

eh! panjang pulok entry malam nie. macam nak lepas gian ja lama tak blogging. sorry la. kalau bosan korang boleh baca separuh, then separuh lagi simpan baca esoknya..hihi..

^cheeto!^

wasalam..


p/s: kucing aku si Tom demam.kesian dia..pray for inche Tom..and selamat berpuasa sunat Arafah semua!






Friday, October 12, 2012

the mind and map..

aSSalamualaikum~~


tabiat aku bila bosan sangat study, aku suka conteng meja. kat meja study aku nie memang penuh dengan macam macam benda aku conteng. sumpah lah vandalism. aku rasa kalau fellow datang buat sport check memang bergulung surat saman aku dapat.

dulu time first year ada kakak final year bilik aku sampai tegur 'fatin, akak dari first year first sem sampai la final year meja akak bersih je" bhahaha.. sedap je kena perli.

kadang kadang tu aku suka tulis benda yang aku baca or hafal kat meja. padahal macam la takda buku or kertas nak conteng. meja jugak jadi bahan.

next week ada 3 mid term paper. 3 hari berturut pulak tu. adess..banyak lagi tak study oi. tapi best lepas tu balik kampung..yahoooo!!! lompat sampai bintang.

sebab tahap motivate aku up and down aku 'tulis' note pembakar semangat kat meja. cewah..pembakar lah sangat.. pastu tetiba rasa nak buat lawa lawa post dekat blog. *rajin pulak nak post..




doakan mid term aku going well..

rabbi yassir wala tua'assir..

chioss..

wasalam..