Sunday, December 29, 2013

ini kisah dia. sahabat dan teman~~

aSSalamualaikum..

sekilas pandang jam tangan.. 'laa.. awal plak kita sampai. try waksep dia kat mana'

'dia tak sampai lagi. baru kat kl..' syamirah pandang aku.

 'whaaattt.. cakap masuk pukul 11? takpalah..aku lapaq la. jom makan dulu..' kami melangkah ke kfc. sambil aku buka note subject auditing and assurance services yang aku bawa dari bilik tadi. mood final exam terbawak sampai ke LCCT.

selesai. kaki kami laju melangkah ke ruang depature. mencari cari kelibat si empunya diri.

'gotcha! i saw them.. there! with her husband and family in law..' aku tunjuk kearah mereka.

syamirah senyum lega. aku turut senyum gembira. terasa bahagia melihat dia. sahabat dulu, kini dan selamanya..

'eeeiii.. budak nie suka la cari pasal kan?'- itu dulu. zaman kanak kanak aku dan dia..

'jom! kita ponteng class arab. tutup semua pintu menyorok dalam kelas. kunci kelas dari luar..' itu juga kisah kami. sekolah menengah.

'jom lah join usrah.. dekat uia mesti lagi gempak kan? tak susah pun. luang masa setengah jam ja untuk tambah ilmu' - itu nasihat dia. satu waktu dulu..

from someone and become someone. better one. hijrah itu cukup indah. bila letakkan seluruh hati hanya padaNya semua jadi mudah dan bahagia. itu yang aku belajar dari dia..

'fatin, its time for u untuk panjat bukit itu. keluar dari bulatan sekarang. pandang keatas dan terus maju kedepan' itu nasihat dia. waktu aku perlu teman untuk berbicara.

syamirah peluk dia. air mata tidak malu lagi keluar tanpa henti. aku juga peluk dia. ikhlas. aku sayang Farah.. aku akan ingat pesan yang satu itu.

jam 1 tengah hari. burung besi Air Asia  bersedia untuk meninggalkan bumi Malaysia. selamat jalan awak. semoga bahagia di bumi kanggaro. selamat menjalani fasa hidup yang baru..

aku toleh kiri. Syamirah kesat air mata. aku senyum lagi. ini kisah dia. kisah aku mungkin lain jalan ceritanya.

 'dah jom kita balik..' sambil bersalaman dengan farah family in law. sempat juga berkenalan dengan mereka.

 hijrah. indah. bahagia. miracle..

the miracle when you put all your heart only for Allah alone. the sweetness of love after marriage. i see it from my special friend. subhanallah~

langkah diteruskan. aku dengan kisahku sebagai pelajar. Syamirah dengan kisahnya sebagai wanita bekerjaya.

^cheeto!^

wasalam..




Monday, December 23, 2013

miss Farah bertukar status to Mrs. Rahman..

aSSalamualaikum...

waaaaa.. macam tak percaya lagi sekali. cepatnya masaaaa... alhamdulillah. dua kali lafaz, farah dah selamat jadi isteri orang. dia sangat cantikkk! berseri seri..

dari kursus kawen, HIV test sampai la ke hari akad nikah aku tolong apa yang mampu. tapi Si Syamirah Osman lagi orang kuat pengantin. kesana sini. aku PA number 2 je..kui3.. best jugak tolong tolong orang kawen nie. at least dah boleh tahu procedure do and donts.. ecewah! *eh! tapi turn patik belum lagi kot! har har.. shayee kecik lagi..


ini cerita hari akad nikah


teman pengantin photoshoot. 


ehem2..time nie shy shy kitten lagi.. comel jala kawan aku nie. kawen tak bercinta pun. 




ini cerita hari wedding.. Rahman memang friendly dengan kami. so far.he is nice guy.. bakal arkitek graduate oversea tu. 


family sebelah lelaki. keciknya dunia nie. adik pengantin lelaki rupanya junior aku masa Mrsm dulu. jangan main main. adik dia presiden BWP time sekolah dulu. debator sekolah lagi teww..


eh! dah tak malu malu kucing keee.. kui3..


who next?? except ezaty la..dah nak jadi mak orang tuuu..


aiseh! macam mak jemah wartawan sambilan tak berbayar je nih gaya..


untuk tahun nie dah habis dah entry wedding.. wait for next year wedding pulakk.. tahun depan memang banyak. dah bersusun dah tarikh wedding.. especially kawan kawan wataniah~~

aku?? he is somewhere in the middle~~ *ecewah! syok gak kawen muda nie.. ehem!

^cheeto^!

wasalam..

Thursday, December 19, 2013

belajar dari langit~~

aSSalamualaikum..


seusai usrah.. kami berenam bersuka ria ke kereta. mahu bergerak balik ke mahallah masing masing. alhamdulillah input harini ini dari kak alang menusuk jantung.. aku senyum. hati terasa lapang. tenang. Al-Baqarah 253-261 pelajaran hari ini.

'cer pandang langit...awan bergerak...' Sit tunjk langit.

aku pandang atas.. subhanallah.. cantik bulan malam ini. tenangnya awan bergerak ke timur. angin malam menyapa kulit muka.. terima kasih Ya Allah. nikmatnya udara nyaman di bumi UIA..

'dah lama aku tak pandang langit..' aku pandang Shana.. senyum lagi. Shana ikut senyum. manis..

aku pandang lagi atas..sekali lagi. seperti membaca buruj buruj bintang yang ada di langit..

cantiknya ciptaan Tuhan. luasnya langit terbentang di atas sana. tinggi tak tercapai dek tangan. awan. bergerak perlahan mengikut melodi angin. bulan memancar cahaya menyinari malam. bintang bergemerlapan gilang gemilang.

indahnya ciptaan Tuhan. mereka patuh dengan perintah Allah. tunduk dengan arahan Allah. bekerja tanpa rasa jemu. malah sentiasa bertasbih menyebut namaNya.. betul statement Ar-Rahman..

Ar-Rahman~ "Maka yg mana satu di antara nikmat2 Tuhan kamu, yg kamu hendak dustakan"

sedangkan aku. manusia biasa sebaik baik kejadian. diciptakan akal fikiran. sering kali lupa akan suruhanNya. malu. malu pada alam. malu pada bulan, bintang dan langit yang tidak berakal. tetapi tidak pernah sesaat pun melanggar perintah Allah menyinari malam.

'.....iman kalau jatuh cepat2 bangun dan cari balik. jangan biar ia terus jatuh..'-Alang..

'eh, tak nak balik ke? nanti kena kunci pagar tak boleh masuk mahallah...' Shana laung dari kereta.

lamunan terhenti. aku pandang mereka. berlari ke kereta. senyum lagi. Alhamdulillah untuk hari ini.


..jadilah promoter Islam yang terbaik....

\^cheeto^/

wasalam..








Monday, December 16, 2013

weekend on FRIM~~

aSSalamualaikum..


ini cerita lama. ini cerita sebulan yang lalu. berhujung minggu di FRIM. series daebak!! dah lama tak masuk hutan hidup udara segar bugar nyaman aman sentosa.. alhamdulillah. indahnya ciptaan Allah. murahnya Allah pemberi nikmat. Tuhan semesta alam..

ada lagi wishlist yang tak sempat nak tunai. wishlist masuk buku hutang 555. kekangan masa dan assignment. nak pergi Bukit Tinggi!!! uwaaaa...  insyaaAllah.. harap trip ke Johor by the end of final exam nie menjadi la..



tahap excited to the max!








after few times naik jambatan gantung akhirnya dah berjaya buang fobia takut tinggi!! yeay!!



like a rainbow~~ 


bila joyah bukak kedai nasi lemak..


hakikatnya kami kami sekalian sesat dalam FRIM tu sebab masing masing expert sangat baca peta. tapi, at the end jumpa jugak jalan keluar.. 

sem nie tak naik gunung lagi.................................

^cheeto!^

wasalam..


Wednesday, December 4, 2013

semester almost come to the end~~

aSSalamualaikum..


semester is come to the end~~ ambik 4 subjek tak bermakna tak busy takda kerja goyang kaki semata. tapi banyak tanggungjawab yang perlu dilaksana sebenarnya..

masih belum terlambat untuk rasa loser atau sesal. one more step. insyaAllah. fighting, try harder and focus more~~ doa dan tawakal. Ya Allah permudahkan lah urusan semester ini. dan semester terakhir depan. kuatkan lah hati. cerdaskanlah minda. jauhilah aku dari penyakit hati, cinta palsu, hasad dengki, buruk sangka apatah lagi anak derhaka.. amin..

perbaiki yang salah. tingkatkan yang baru. upgrade iman dan takwa. carilah ilmu dunia demi kebahagiaan akhirat. jauhi maksiat mata, telinga, hati dan anggota. banyakkan senyuman kurangkan ketawa. senyuman lebih manis dari gula. gunakan medium social network sebaiknya. tuntutlah ilmu yang bermanfaat melaluinya. bukan menjadi keyboard warrior untuk impress pembaca. tetapi sampaikan dan kongsikan dengan seikhlasnya..

sesungguhnya jangan cakap sahaja. sila bertindak untuk kebaikan bersama~~aku..kau..kita..mereka..dan semua..


^cheeto^!

wasalam.

Saturday, November 30, 2013

seronoknya majlis kak Alang dengan Mr. Arif~

aSSalamualaikum~~


untuk kesekian kalinya tahun nie dah berapa kali dah pergi kenduri kawen. harini kenduri kak Alang.. subhanallah kak Alang nampak berseri sangat! alang menikah pagi continue terus dengan kenduri. sekali lagi tengok orang akad nikah! yeay! \0/  hakikatnya sekali lagi rasa nak menangis tapi buat buat cool..*konon heartless

macam tak percaya je alang dah kawen. sebab selama setahun join usrah dengan alang tak pernah tahu pun alang dah bertunang. cuma kadang kadang tu ada la jugak usik usik alang bila nak kawen. tup tup..

kalau pergi majlis akad nikah kawan memang tak sah la tak menangis. tapi kali nie aku kebal lah pulak. hikhik.. *nangis jugak. tapi dalam hati. ainun pulak nangis. comel betol ainun.



















seharian kot harini kitaorang jadi penjaga 'hadiah pintu'. penat macam tuan rumah dah rasa. berkerjar nak bagi mashmellow kat budak budak. tapi, majlis kak Alang memang rasa meriah. family kak alang sangat best. dah rasa macam part of family kak alang dah.

apa apa pun. tahniah kak Alang~ kak Alang memang best... doakan kitaorang pulak. *eh! cough2..

siapa tak seronok kawen.. *eh! tapi kena selalu ingat 'betulkan diri sendiri dahulu sebelum nak bahagiakan orang lain' 'jodoh tu reflect who we are now. baik kita, inshaa Allah, baiklah yang Allah bagi nanti. tapi, jahilnya kita wallahu alam.. 

inshaa Allah.. rezeki, jodoh, ajal semua dah tertulis. bila Allah rasa kita dah ready Dia akan bagi nanti.. dengan jalan yang mudah lagi halal~~

^cheeto!^

wasalam..




Wednesday, October 30, 2013

long time noooo c!!

aSSalamualaikum~~


long time not writing. of cos i miss my blog to the next! bukanlah busy sangat sampai blog pun dah tak jenguk. tapi mood nak update tak sampai. banyak ja story nak update sebenarnya.

supposedly this is my last semester dekat UIA. tapi, as an average student aku extand semester. sebab tahu kemampuan diri tu setakat mana ja.

sedih jugak tengok schoolmates UM, UPM, UTP, UTM yang grad tahun nie melompat girang dengan scroll. but actually happy for their success! insyaAllah turn aku tahun depan..heeeee... *request bunga pleaseeeee..

'if u are an average person, take it step by step..' Madam Sherliza..

and her word really inspired me.

rancang dengan sehabis baik. there must be a way, a reason behind. Allah wont let His mankind face all the difficulties along the way by themselves..

^cheeto^!

wasalam..



Monday, September 2, 2013

Ezaty special day~~

Assalamualaikum..


uwaaaa... macam tak percaya 31 August and 1 September selosai sudah majlis wedding best friend forever aku. tahniah Ezaty and Firdaus. barakallahhufiq! i'm very proud of you..

majlis nikah 27 Julai lepas. kira kenduri after sebulan bernikah.. rasa macam baru raya tahun lepas kawan aku nie bertunang, tetiba dah kenduri dah pun. sedih tapi happy. kawan sejak kecik. orang cakap kami dah macam adik beradik. family dia macam family aku jugak dan vice versa..

semoga menjadi isteri solehah and mithali. bahagia sampai syurgaNya..



Aqila and Airis.. flower girl~


peserta nasyid Launuha.. hihihi..


bachelor party~~weeee~~ except for Farah. yang tu pun getting married soon..

bak kata Syamirah 'hang jgn sedih sampai tak selera makan fatin. hang masih ada kami' har har har.. 





maka dengan itu bermulalah soklan soklan cepu cemas.. 'bila lagi nie??' 'lepas nie turn hang pulak?'..

and of course i have no answer for that. har har.. belajar tak habes lagi nie ha.. banyak cabaran final year nie..

dan aku bukanlah cukup baik lagi. so, perlu repair skru skru yang masih longgar dan tak betol tu. jodoh tu reflect who we are now. buruk sikap kita, maka buruklah jodoh yang dapat nanti. nauzubillah. mintak dijauhkan~~ perbaiki diri. jaga ikhtilat!

^cheeto^!

wasalam...


p/s: Allahu Yubarik Fik..



Monday, July 29, 2013

review novel Anthem dan Si Mata Bundar~~

aSSalamualaikum..

memandangkan dah abes practical dan banyak lah masa yang sengaja membazir dan dibazir, sebelum habes practical haritu ada la jugak borong novel dengan buku motivasi.

sekali borong buku memang suka beli banyak banyak sekali. buat bekalan. *memang habit kot..

kalau masuk popular ataupun MPH, tunggu la dua jam kemudian baru keluar dari kedai buku. har har..

bak kata Hani 'hang kalau masuk kedai buku tak ingat dunia..' eheh!

macam biasa tiap tiap tahun mesti pergi bookfair borong novel JS. dan aku mesti beli atas 5 buah.. *eh! tahun nie tak buat entry pergi bookfair lah!

dan of cos lah tak lepas beli novel Anthem.. Hlovate always and never regret.. dah lama abes baca sebenarnya. tapi mengada baru nak buat entry..



collection novel Hlovate bertambah satu! yay!

kali nie pembawaan watak penghijrahan Dash..rebel sebab kena hantar balik Malaysia. macam mana dia dulu? macam mana dia berubah? sila baca.. hihihi..quote Hlovate yang paling best 'no judging on one past because it might be your future'


dah baca Si Mata Bundar ni jugak. heroin lawyer kot. yang best si Dania suka main game wordsearch. macam aku daa.. al-kisah bila Dania kena kawen paksa dengan si Ahnaf. tapi, si Ahnaf sebenarnya dah lama terjatuh hati dekat si Dania.. comel ja watak Ahnaf. serious comel! sebab Ahnaf nie jenis yang banyak tanya dan selalu nak ambik tahu.. the rest is wrote~~~

ada lagi novel dan buku yang dah baca.. next entry pulak ye..

^cheeto^!

wasalam...


p/s: salam 21 Ramadhan..




Sunday, July 28, 2013

Xperia Go merajuk..

aSSalamualaikum..

jumaat haritu iftar jamai'e dekat rumah cik syamirah. abang dia lecturer dekat Uitm Permatang Pauh. buat iftar untuk student la lebih kurang. so, kitaorang join la jugak dua kaki.

balik tu dengan semangatnya upload gambar gambar bajet senyum kambing dekat instagram. tengah best best scroll down picture, sekali screen handphone jammed!

ingat dah rosak screen phone tu.. baru je sebenarnya pakai smartphone. *sebab memang jenis yang tak pandai jaga barang. menyesal la kekonon..

nak raya handphone rosak pulak.

esok pagi post dekat pesbuk. handphone rosak. contact pesbuk or twitter ja.. bla bla bla... *bajet retissss je kan..

dan Allah tu memang permudahkan urusan hambaNya.. ada ikhwat komen dekat status..

'tekan button on serentak dengan high volume(force restart) waktu tengah charge. '

terus boleh on! alhamdulillah! yay!! so, Sony Experia users, kalau screen phone tetiba ja hank boleh try tips nie..

^cheeto^!

wasalam..


Wednesday, July 24, 2013

here we go~ Gunung Datuk!

aSSalamualaikum~~

last activity before Ramadhan haritu. sempat lagi pergi hiking Gunung Datuk, Rembau. dah la tak plan langsung. tetiba ja awin call "aten! jom pergi hiking!" *plsss.. call my name with 'F' in front....plss..plss...

dengan teruja aku jawab.. 'nakkk!!!!' *padahal time tu demam 3 hari. but still... hiking tak boleh nak lepas.

dan minggu tu memang minggu practical yang hectic. nak tengok phone pun tak sempat la bak kata orang.. *errr...

nak release tension lah katakan..

pukul 6.30 pagi dah keluar dari uia.. sambil sambil dalam kepala menyanyi lagu Rembau most wanted yo!




alhamdulillah.. 885 meters Gunung Datuk succeed!! yay!! tapi ambik masa 2 jam jugak nak sampai puncak. al-maklumla kepancitan sebab dah lama sangat tak exercise..




kat puncak dah ada kawan kawan tunggu dah. Ungka namanya.. siap hidangkan tom yam lagi kat atas tu.. eheh!


muka lelah~~






kaki Hang Li Po vs tapak Hang Tuah.. ehem! sama saiz je..


sebab Awin ada kawan yang memang kaki hiking, memang senang nak hiking ajak si Ashraf tu jelah. so far, dah banyak gunung dia panjat. tetiba je Acap jadi gunung guide kami.

tapi, sebab si Acap nie sangat rajin spending time, kitaorang bayar dia.. as a gift la..

teringin nak naik Brinchang.. tapi.. belum ada rezeki lagi lorh..

^cheeto^!

wasalam...