Monday, February 11, 2013

kelam binti kabut

~~aSSalamualaikum~~


uwaaaa.. stress aku macam nie. esok dah nak balik UIA. muka cemberot tak payah nak describe lah macam mana. aku rasa badak air kat taman negara lagi cun melecun dari aku sekarang nie.

nie yang tak best kemas barang rushing rushing nie. aku tertinggal BANTAL KATAK dengan ALBUM SAMI YUSUF KESAYANGANKU kat rumahh.. uwaaaa.. *huruf besar gitteww

sebab esok aku balik drive dengan sepupu aku jadi kena bertolak dari rumah Opah. mana nak tau ayah nak hantar pergi rumah Opah petang tadi. memang lambat lambat la aku kemas barang. sekali ayah cakap nak hantar petang sebab malam karang nak pergi mengaji.

dan dapat la sekali ceramah mak tadi. sebab semalam lagi mak dah ingatkan aku siapkan barang yang nak bawak balik letak satu tempat. tapi, aku buat relax je.

'dah agak dia. kalau kita tak dak dengan dia mesti ada tertinggal barang'-ayat mak.

mak since semalam balik rumah opah sebab harini mak pergi hantar belanja kawen mak usu baru.

opah pun gelak tengok muka cemberot aku..

ayah pun mula la buat lawak 'bantai tu hari hari bawak p kelas kot no?' 'esok beli lain la'.
'album tu dengar la lagu lain dulu'

ala! mana bolehhhh... album tu special.*dalam hati je berani jawab..

'nanti simpan dalam almari. takdak sapa nak guna aih.'


KELAM binti KABUT elok bonar la nama tu..

^cheeto^!

wasalam..



p/s: sekejap bonar rasa cuti nie haih. terpaksa tinggalkan kucing yang aku bawak balik ari UIA tu kat rumah. sedihnyaaaaa... harap lepas nie cepat gemok kucing kucingku..


2 comments:

Cik Oda Zali said...

aku panggil hang cik kelam la pas ni

hassy chan said...

haha.. aku pun slalu tinggal barang.. mula lah ayh aku akn tnya satu2 barang aku.. riso kalo tertinggal.. hehe