Friday, March 22, 2013

klasik~~

aSSalamualikum..

ohoiii~~~ excited bonar dah nie rasa. tak sabar nak balik kampung esok pagi. memang tak tidur malam dah nie rasa. balik kampung yay! balik kampung yay!

even dapat balik just for weekend ja tapi excited tu macam seminggu ja cuti kan. alahh..best la diorang yang tak praktical. mid break sampai seminggu ha.. nanti hari isnin and the whole week termenung lah aku sensorang dekat bilik tu..

aku rasa harini whole day hot fm play lagu lagu P.Ramlee.. sebab kalau tak silap la harini tarikh lahir P.Ramlee.. pagi pagi before pergi office tu macam excited pulak keluar lagu lagu P.ramlee. sejak dalam perut mak lagi aku minat tengok cerita P.Ramlee..*perghh tu macam dah bohong sangat dah tu.

kalau time sekolah dulu hari isnin malam aku dah cop tv siap siap. sebab time tu teater lagenda kat tv2. so kadang kadang tu tak semestinya cerita P.Ramlee ja yang keluar. kadang kadang ada jugak cerita melayu klasik yang lain. contoh macam Dupa Cendana, bawang putih bawang merah, ikan emas, duyung..


kalau first aku minat P.Ramlee..hero second aku minat Nordin Ahmad. aku rasa Nordin Ahmad tu macho kot. smart je..




nie la Nordin Ahmad.. 'kajang Pak malau kajang berlipat, kajang hamba menumpang mandi...'

aku rasa macam dah nenek nenek ja minat tengok teater klasik. roommate aku selalu gelakkan aku sebab kenal pelakon veteran. hua hua hua.. macam Rosiyatimah, Latifah Omar, Saadiah,  Mustafa Maarof, etc.. lagi best sebenarnya tengok teater klasik.. oh! soo classic i am..hehehe..

^cheeto^

wasalam...





No comments: