Thursday, December 19, 2013

belajar dari langit~~

aSSalamualaikum..


seusai usrah.. kami berenam bersuka ria ke kereta. mahu bergerak balik ke mahallah masing masing. alhamdulillah input harini ini dari kak alang menusuk jantung.. aku senyum. hati terasa lapang. tenang. Al-Baqarah 253-261 pelajaran hari ini.

'cer pandang langit...awan bergerak...' Sit tunjk langit.

aku pandang atas.. subhanallah.. cantik bulan malam ini. tenangnya awan bergerak ke timur. angin malam menyapa kulit muka.. terima kasih Ya Allah. nikmatnya udara nyaman di bumi UIA..

'dah lama aku tak pandang langit..' aku pandang Shana.. senyum lagi. Shana ikut senyum. manis..

aku pandang lagi atas..sekali lagi. seperti membaca buruj buruj bintang yang ada di langit..

cantiknya ciptaan Tuhan. luasnya langit terbentang di atas sana. tinggi tak tercapai dek tangan. awan. bergerak perlahan mengikut melodi angin. bulan memancar cahaya menyinari malam. bintang bergemerlapan gilang gemilang.

indahnya ciptaan Tuhan. mereka patuh dengan perintah Allah. tunduk dengan arahan Allah. bekerja tanpa rasa jemu. malah sentiasa bertasbih menyebut namaNya.. betul statement Ar-Rahman..

Ar-Rahman~ "Maka yg mana satu di antara nikmat2 Tuhan kamu, yg kamu hendak dustakan"

sedangkan aku. manusia biasa sebaik baik kejadian. diciptakan akal fikiran. sering kali lupa akan suruhanNya. malu. malu pada alam. malu pada bulan, bintang dan langit yang tidak berakal. tetapi tidak pernah sesaat pun melanggar perintah Allah menyinari malam.

'.....iman kalau jatuh cepat2 bangun dan cari balik. jangan biar ia terus jatuh..'-Alang..

'eh, tak nak balik ke? nanti kena kunci pagar tak boleh masuk mahallah...' Shana laung dari kereta.

lamunan terhenti. aku pandang mereka. berlari ke kereta. senyum lagi. Alhamdulillah untuk hari ini.


..jadilah promoter Islam yang terbaik....

\^cheeto^/

wasalam..








No comments: