Sunday, January 27, 2013

la la la kerja..

aSSalamualaikum~~


alaaaa.. esok dah kerja. kerja kerja la la..hari hari kerja.. * sila nyanyi gaya meet uncle husin..

bila dah cuti lama lama nie mula la rasa lemau nak masuk office. wewah! rasa awkward pulak cakap masuk office. rasa macam orang bekerjaya plak. *tangan atas bahu, mata ke atas..

esok kat office ada lagi dua student practical nak masuk. kira aku dah boleh lah jadi senior. *perasan pulak! baru 2 minggu internship berlagak ja. kui kui..

hopefully esok banyak lah kerja untuk aku nak kena buat. sebab bosan gila duduk ja kat meja tu takda benda boleh buat. nak online jangan mimpi siang hari la. memang tak dapat la.

tolonglah..tolonglah bagi saya kerja. saya MERAYUUUU... *melutut penuh mengharap.

sekarang melutut merayu la nak buat kerja, nanti bila sampai peak period confirm tak cukup tangan rasa..

^cheeto^!

wasalam..

Friday, January 25, 2013

if its easy, its not called life~~

aSSalamualaikum~~


sekarang aku dah mula rasa kecuakan tahap giga. sebab result dah nak keluar selasa depan. uwaaa.. freaking horror.. tak tahu nak dapat apa nie. especially paper last. tak tahu jawab apa time tu sebab last paper is the day arwah meninggal.. Al-Fatihah..

tiba tiba teringat plak waktu annual camp rejimen few months ago. mulut aku pecah time main futsal. arwah lah sibuk 'mulut ko dah ok belum?' 'sakit lagi tak?' .. mati itu pasti, hidup insyaallah.. *eh! pasal arwah lagi. ok2..back to story..

sepanjang dua minggu internship, best thing yang aku belajar is buat kerja kena teliti, mata kena perfect tajam. even ada dot pun page rejected kena photostat or print baru. perghh.. mata empat macam aku nie pun boleh tambah lagi dua. jadi enam mata. even, nak stapler complete report pun ada step by step..

tapi, bagus jugak la. orang gelabah and kelam kabut macam aku nie memang patut pun kena belajar macam tu.

oh yes! nak share sesuatu. sesapa pernah tengok Nikita?? ohsem super saiya movie tu. sekarang baru season 3 tengah on play kat US. kat malaysia baru ada season 1 and 2. aku rate Nikita lagi best dari Leverage.. hihi..



next entry aku review pasal TV Series ni..

^cheeto!^

wasalam..

p/s: haritu masuk speedy nampak collection  Prison Break season 1 sampai 4 .. geram tengok. rasa macam nak ja borong. tapi, ongkos nggak ada..




Tuesday, January 22, 2013

oh my internship!!

aSSalamualaikum~~


its has beeennnn 2 weeks aku start practical. uwaaa... for this while still ok la. dapat buat audit. best jugak kerja audit nie. dalam dua minggu nie tak banyak lagi kerja yang aku buat. just vounching, temporary file dengan bank confirmation ja. tapi semalam dan harini ada belajar buat templates dengan statutory audit. excited plak nak buat statutory audit. cewahhh! *padahal nanti mesti blur blur jugak nie nak buat macam mana..eheh!

tapi yang tak best aircond dekat office sejukkk giloss. aku dah la jenis yang tak tahan sejuk. sabau jelahh..

for this while agak susah nak adapt dengan environment kerja. bukan sebab officemate. every each of them are cool! diorang semua baik baik.

tapi aku jelah yang problem. maybe sebab baru dua minggu hilang sahabat kot. sedikit terasa kehilangan tu. kadang kadang rasa macam bukan diri sendiri plak. tapi, orang cakap tak elok sedih sedih sangat nie.

dan hari hari kakak office tegur aku terlalu senyap kat office. hew hew.. terjadi budak baik lah pulak. yelah. tanduk tak keluar lagi..ahakz!

alamak! baju tak iron lagi. gotta go!

^cheeto!^

wasalam..



Friday, January 18, 2013

dalam kenangan~~AL-Fatihah..

~~aSSalamualaikum~~


jumaat semalam genap seminggu pemergian arwah. sahabat terbaik skuad wataniah. sedih tu memang tak terkata lah. sebab arwah sangat happy go lucky, kuat mengusik tu memang tak terkira.

skuad aku memang terasa sangat dengan kehilangan arwah. sebab kami macam one big family. macam saudara. pemergian secara tiba tiba memang mengejutkan semua orang. sampai hari ni aku still rasa kejadian tu hanya satu mimpi. sebak bila teringatkan arwah. tapi, berdosa kalau tak percaya pada qada dan qadar kn?

bila arwah dah pergi baru perasan banyak tanda tanda yang arwah tunjuk. status status facebook, ayat ayat untuk kawan2..

status facebook yang kitorang perasan ' jangan happy sangat nak sambut tahun baru. tengok nanti kita kembali ke rahmatullah..'

last dinner steamboat arwah ada cakap 'bye korang. lepas nie dah tak jumpa dah'

'fatin! tolongla ambikkan air untuk aku. lepas nie dah tak boleh dah..'

'fatin! ambikkan gambar aku!lepas ni bila lagi ko nak ambik gambar aku..' 

'fatin! jangan la marah aku kacau2 ko. lepas nie dah tak boleh kacau dah..'

last message arwah untuk yani, 'esok ko call aku sampai bangun nak cuci keta ko. kalau aku tak bangun memang tak la aku nak basuh keta ko' and... memang betol arwah dah tak bangun pagi tu..

lepas nie dah takda orang nak mengusik mengejek aku lagi dah..

'fatin jasmay! hey3!!'  

 'fatin katak!!'   

'fatin kaki gajah!'

'fatin! licin la lantai tu. ko jatuh nanti kang' 

'eh fatin! kerusi tu rosak. jangan duduk nanti jatuh!' 

 'fatin! beret ko macam chef. betolkan!'  

'fatin! ko suke lelaki mcm mana?' hahaha..soklan nie aku rasa tak boleh belah time kitorang pergi kelantan sebab salah sorang skuad kitorang kawen.

'fatin! kenapa ko tak nak terima aku??'hahaha..nie pun lawak. sebab arwah memang suka bergurau macam tu dengan semua orang.

'fatin! aku still dalam list calon suami ko kan? yeayyy!!' nie pun lawak time last annual camp rejimen lepas.

tu semua gurauan dan kenangan..

time revision week aku memang suka study library. kalau bosan arwah datang la kacau. selalunya aku memang marah sebab kacau aku belajar. tapi, last revision week tak terasa pun nak marah. aku gelak je. tak sangka tu yang terakhir.




coklat strawberry terakhir untuk aku dengan cik lin masa kat library. kotak simpan buat kenangan..


Sebagai sahabat Al-Fatihah dengan Yassin yang mampu kami hadiahkan. redha dengan panggilan ilahi. sebab Allah Maha Berkuasa lagi Penyayang. orang yang baik memang Allah sayang.

between 22 of us, Allah lebih sayangkan arwah. semoga engkau tenang disana sahabat. bak kata seorang lagi sahabat sepasukan, 'arwah menanti kita disana'..

Al-Fatihah buat sahabat Mohamad Afham Ibnu Jumat...





sorry, entry terover dover panjang pulak..hehehe..

wasalm..

Monday, January 7, 2013

just sharing~~

~~aSSalamualaikum~~


semalam tak tahu lah happy terlebih kot. sebab exam subject baca baca dah selamat dah. alhamdulillah~~ lepas tu sebab dah lama tak janjalan facebook *ewah macam shopping complex plak. lama lah sangat kan.. terjumpa benda nie. serious kelakar. tergelak aku satu bilik..


lawak lah.. nie memang betol betol perli abes nie..

^cheeto^!

wasalam~~ 



inche Rosli dah 51 tahun~~

~~aSSalamualaikum~~

harini 7 january besday ayah! selamat hari jadi yang ke 51 ayah! terima kasih ayah atas segala gala gala nya.. ayah boyfriend terhebat dan terkacak kat alam semesta. takda lagi yang boleh lawan ayah sepanjang hidup nie. cewwaahh!!

23 tahun susah payah ayah besarkan aku yang tak besar besar nie. ayah bukan la sesorang yang bergelar korporat atau ahli professional. tapi, ayah cuma orang kampung biasa. dan segala galanya biasa. tapi, ayah tetap orang yang terhebat dalam hidup aku sebab berjaya sempurnakan hidup keluarga walaupun terpaksa bermandi keringat..tskk..tsk.. ewah! ter touching pulak.

kalau bukan seseorang macam ayah, aku tak jadi macam aku.. mungkin jadi zombi kot.bhahaha..

ewaahh..dekat blog boleh la tulis macam macam nak touching sebab ayah tak baca. kalau on call, message or depan depan bertuah la.. sebab maluuuu.. heheh

lagu untuk ayah!


eh! macam sedih la pulak. tukar tukar! 



^cheeto^!

wasalam~~


Thursday, January 3, 2013

random speak..

~~aSSalamualaikum~~


exam mood..

exam week..

semangat mesti kuat..

avoid distraction..

baca doa banyak banyak..

level usaha mesti 150%!!!

demi mak dan ayah~~

^cheeto^!

wasalam..



Wednesday, January 2, 2013

angka naik satu!!


~~aSSalamualaikum~~


best! best! best! harini satu lagi paper killed! yayyyyyy!!! tapi tapi tapi ada lagi 4 paper tak lepas lepas lagi.. oho~~~

and ada satu paper tu subjek membaca. sebab tak suka membaca tahap tensi tu 150%.

takyah cakap pasal exam. tak best..bhaha..

tak sangka pejam celik makan tidur dah masuk 2013. dan dengan itu, umur bertambah lagi satu angka. oh noooo!!! getting older and older.. *eh! ada ke orang jadi makin muda.

dah tua tua nie nampaknya kena berubah sikit lah kot. *tapi, still boleh tengok one piece kan? betol tak
hassy chan?? heheh..

sangat tak boleh belah statement kawan aku time study kat library haritu, 'dari tahun 2012 sampai 2013 status aku kat pesbuk still single. tak berubah ubah'. tergelak aku satu library..

oh yes! 7 january besday ayah..nie rasa nak balik kampung nie..*potong bawang T_T

dan lagi dua minggu nak start internship.. aku rasa dah sampai masa untuk aku jadi seseorang. *cewaahhh.. dewasa lah teww kekonon..

selamat tahun baru~~

^cheeto^!

wasalam~~