Thursday, February 28, 2013

baca map pun tak reti..

aSSalamualaikum~~

dari hari isnin sampai la ke harini , hari khamis.. haa.. dah start balik lambat dah. nak kata kerja banyak tu takda lah sangat tapi tak tahu lah kenapa jadi balik lambat. kehkeh..

hari jumaat lepas pergi audit field dekat PJ. lawak la.. kesian kakak yuyu merangkap senior auditor. dapat co-pilot macam aku yang nk baca google map pun tak reti memang berpusing sampai Mid Valley tu ha..

hari selasa pulak pergi hantar document dekat tempat sama, sesat jugak. tp tak jauh. tapi rabu kelmarin pergi hantar second draft kat tempat sama still sesat lagi. berpusing sampai ke Penchala dah. bab jalan aku memang fail. jalan kat rumah pun aku tak ingat sangat inikan pulak la jalan area key ell ni haa.. at last aku jd driver kakak yuyu jd co-pilot baca map..

harini best! sebab dapat ilmu direct dari director tempat aku practical tu. even, garang err.. garang ke? tak dalah garang sangat. she's nice actually. cuma suara cik tu je kuat. aku cuak sikit kalau berdepan dengan orang cakap suara kuat nie.  heeee..

cik cakap 'auditor must be smart and think out of box.jangan asyik baca blog, baca gossip2 artis ja. kena jugak baca article ilmiah, article economy' dabush! kena batang hidung den..

tapi!!! satu ja yang tak best practical situ. aircond sejuuukkkk sangat! aku tak tahan. hari hri sampai biru kuku nie haaa...

rasa macam nak tulis lagi, tp nanti panjang sangat bosan nak baca.eheh!

^cheeto^!

wasalam..


p/s: rasa macam dah nampak apa yang aku tak nampak selama nie.. this is hard..



Monday, February 25, 2013

muar-kluang-negeri9-melaka..

aSSalamualaikum..


alhamdulillah...aminnnn.. amboi! aku plak yang amin panjang.ihik! al-maklum la. tengah excited nie. 23 February selamat dah lagi sorang kawan wataniah naik pelamin. kali nie makan nasi minyak Johor pulak kitaorang. tahun lepas Kelantan, tahun nie Johor. tahun depan?? pakat pakat la ambik nombor giliran nak kawen ye skuad.. 


syoknyaaa kawenn~~ ehem! 

bertolak dalam pukul 5.30 pagi dari UIA. sampai Johor dalam pukul 10.30 campur tolak sesat.  sampai ja tok kadi tengah baca kuthbah. kira ngam ngam la sempat jugak tengok akad nikah. orang lain yang bernikah aku plak sebak lebih lebih. over giteww..






nie namanya pengantin back up dengan pak andam..



ambik turn..ambik turn.. next wedding taun depan..


pengantin lama dan pengantin baru..



dari kanan number!


eh! gambar nie untuk yang bujang ja! yg depan sekali tu dah tak bujang dah.kehkeh..

lepas tu mesti la tak boleh lupa. singgah Kluang. rumah dan kubur arwah yang merupakan sahabat, teman dan saudara yang baru meninggal 11 January lepas. masuk je rumah, jumpa family arwah sebak je rasa. alhamdulillah, so far mak ayah arwah ok. tp, of cos la still teringat ingat lagi..

bak kata ayah arwah 'tgk UIA dlm tv rasa sebak ja dlm hati pak cik nie.rasa mcm baru semalam dia lahir, harini dh takda dgn pakcik. Allah bg pinjam 22 tahun ja.Allah dah ambik balik..'

mata nak banjir..tetttt..





family arwah Mohamad Afham bin Jumat.. family baik sangat. semoga Allah merahmati mereka sekeluarga..

hari sabtu jugak bertolak balik tapi singgah negeri sembilan sebab esoknya janjalan Melaka..






amboii..fewwiit! manis nyewww~~





model meriam..


syukur sangat lahir, belajar dan dapat kenal dengan kawan kawan wataniah..susah senang mesti sama sama. they are caring. very caring. syukran Allah for the great friends..

^cheeto^!

wasalam..


Saturday, February 16, 2013

SAS audit field

aSSalamualaikum..

this week kerja penaattt.. ha.. kan dah terasa penat cari rezeki. lagi mau complaint. minggu nie pergi buat audit luar dekat SAS. awesome and sangat best. sebenarnya dah second time buat audit luar. tapi kali nie macam excited terlebih sebab pergi hangar kat Subang. macam orang jakun pun ada jugak. eh! jakun ke?




almost one month banyak benda dah belajar time practical nie. best jugak rasa. bila buat kerja yang kita minat tak da lah rasa bosan nak kerja.

dah sampai peak period nie. sipa sedia asyik balik lambat jelahhh.. nak kerja sangat. amek kau! eheh!

tapi tak kesah, buat benda yang kita minat. insyaallah kurang bosan waktu kerja.. niat tu yang penting.

^cheeto!^

wasalam..





Monday, February 11, 2013

kelam binti kabut

~~aSSalamualaikum~~


uwaaaa.. stress aku macam nie. esok dah nak balik UIA. muka cemberot tak payah nak describe lah macam mana. aku rasa badak air kat taman negara lagi cun melecun dari aku sekarang nie.

nie yang tak best kemas barang rushing rushing nie. aku tertinggal BANTAL KATAK dengan ALBUM SAMI YUSUF KESAYANGANKU kat rumahh.. uwaaaa.. *huruf besar gitteww

sebab esok aku balik drive dengan sepupu aku jadi kena bertolak dari rumah Opah. mana nak tau ayah nak hantar pergi rumah Opah petang tadi. memang lambat lambat la aku kemas barang. sekali ayah cakap nak hantar petang sebab malam karang nak pergi mengaji.

dan dapat la sekali ceramah mak tadi. sebab semalam lagi mak dah ingatkan aku siapkan barang yang nak bawak balik letak satu tempat. tapi, aku buat relax je.

'dah agak dia. kalau kita tak dak dengan dia mesti ada tertinggal barang'-ayat mak.

mak since semalam balik rumah opah sebab harini mak pergi hantar belanja kawen mak usu baru.

opah pun gelak tengok muka cemberot aku..

ayah pun mula la buat lawak 'bantai tu hari hari bawak p kelas kot no?' 'esok beli lain la'.
'album tu dengar la lagu lain dulu'

ala! mana bolehhhh... album tu special.*dalam hati je berani jawab..

'nanti simpan dalam almari. takdak sapa nak guna aih.'


KELAM binti KABUT elok bonar la nama tu..

^cheeto^!

wasalam..



p/s: sekejap bonar rasa cuti nie haih. terpaksa tinggalkan kucing yang aku bawak balik ari UIA tu kat rumah. sedihnyaaaaa... harap lepas nie cepat gemok kucing kucingku..


Sunday, February 10, 2013

fikr..fikir..fikir..

~~aSSalamualaikum~~


eh! update lagi?? eh! tak kesah lah. tadi cerita lain. nie cerita lain pulak. dah lama tak update kan. tetiba terajin pulak nak buat dua tiga kali entry.eheh!

tajuk nak gaya listen..listen jerk! uweekk..

balik cuti cuti cenggni la masanya jumpa kawan kawan zaman hingus hijau dulu. best sangat. time goes by very fast.. semua dah ada life masing masing. one is on her way for getting married, one dirisik, one of them going for master.. and me? still me.. eheh!

arghh.. bila ntah nak berubah jadi matang sikit. serious sejuk mata tengok sahabat yang dah berhijrah. syukur sangat. Sesungguhnya Allah tu Maha Penunjuk Jalan..

best quote from her 'perwatakan kurang matang xpa, tapi tindakan dan pemikiran tu yang mesti matang'. 'no worries. we are special'

sharing moment with her, sharing and talking and sharing. sharing pasal apa biaq lah rahsia.ehem! dan sekarang aku dah mula berfikir sesuatu.. and its getting complicated and confused. and i dont know.. only Allah knows best.. ^_^

when the other friendS *nampak huruf S disitu* start asking 'dah ada bf belom?'

reaksi aku, pekak kan telinga butakan mata. bhahahaha..

^cheeto!^

wasalam..

p/s: ptg td kt kedai capati nmpk ustazah bahiyah. cantik sangat. beza bonar dari dalam tv..






punah hancur musnah harapan..

~~aSSalamualaikum~~

punah harapan den yang setinggi Broga Hill nak borong sakan novel. sekali sampai kat bookstore tak boleh beli novel pakai voucher. voucher untuk buku rujukan dan motivasi SAHAJA. highlight SAHAJA. kuchingwa tau~~

sem nie kan practical, so takda buku sangat la nak beli. boleh lah jugak menambah koleksi novel. memang aku pergi tengok dengan muka seposen jelah novel novel sekalian tu.

dah tengok novel latest RAM tajuk 'Aku Bercerita'. miang tangan nih nak ambik. tapi apakan daya. memang balik Uia nanti aku cari MPH lah jawabnya..

arghhh confirm tak tidur lena malam nie..

padahal kat dalam almari rumah ada lagi satu novel aku tak bukak baca lagi. still dalam plastic. eheh!

ahh.. tak kesah semua tu. cewwaahh.. sem nie nak kumpul banyak novel. sebab sem lepas tak berkesempatan beli novel.

ayat mak 'tak cukup almari dah'..

^cheeto^

wasalam..