Saturday, March 23, 2013

baking..baking..and baking!!

aSSalamualaikum..

best best! berjaya lagi nampaknya buat cake coklat. kali nie simple and save time. sebab recipe baru. hasil sama je macam kek sebelum nie tapi cara nak buat tu lagi senang.. bahan bahan yang tuan tuan dan puan puan perlukan adalhh..jeng..jeng..jeng..*err... macam chef senduk pulak..

bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum diayak..
1 cawan serbuk koko (selalu pakai van houtan)
4biji telur
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
1 sudu besar soda bikarbonat

macam mana nak masak?

mula mula blender 4 biji telur bersama sama dengan gula.. make sure blender gula sampai hancur..
at the same time, masukkan 2 cawan tepung dan 1 cawan serbuk koko dan gaul sampai sebati. nie dalam bekas lain tau. jangan campur dengan adunan blender pulak..
kemudian masukkan satu cawan susu pekat dan satu cawan minyak kedalam adunan telur yang di blender td.
blender lagi sekali.. then campur adunan blender tersebut ke dalam tepung yang digaul sebati..
dah sebati, masukkan kedalam bekas untuk kukus..
den lebih suko buat kek guna kukus..kukus selama 1 jam 10 minit..

untuk topping:
4 sudu besar coklat
setengah cawan susu pekat
2 sudu minyak


masak atas dapur.api kecik je tau.kang hangit plak nanti. kalau terlalu pekat masukkan air sikit. pandai pandai adjust la air tu.. then siap!

senang sebab tak payah sejukkan coklat sampai 4 jam macam sebelum nie..


ntah pahape je rasa kek nie. kalau orang lain buat maybe lagi sedap lah kot..heheheh..
\
^cheeto^

wasalm..


p/s: selamat hari jadi~~

aku anak kampung~~lalalala~~

aSSalamualaikum~~

assalamualaikum~~ nenek oh nenek! *sila buat gaya upin ipin. dah pukul 2 pagi dah tapi sengaja tak mau tidur awal. sebab esok dah nak balik uia lepas tu nak tidur lambat sikit. baru rasa macam lama duduk rumah. har har har.. pon boleh gittewww..

best arh walaupun sehari je balik kampung, eh! sehari ke? dua hari la kira.. rasa macam lama pulak duduk rumah. prepared lunch and dinner dekat kucing kucing ku yang gomok, kurus dan kecik kecik lagi tu. naik basikal janjalan sekampung. sekampung?? tipu disitu...*errr..dah tua pun main basikal lagi ke?  and cake baking! yay! paling best lah tu. resipi baru kek coklat. dah lama tak buat kek.*sambil letup letup tangan..cewahh berlagak macam chef je.padahal  ntah ape lah rasa.. untuk kakak opis punya pasal..  and belanja family jugak. first allowance haritu kena la belanja.nanti kang jadi anak derhaka pulak. hew hew..

lepas tu jumpa best friend aku yang memang wajib pun kena jumpa bila cuti. by the end of August dah nak jadi isteri orang dah. abes practical before raya, lepas tu boleh lah aku jadi penyibuk kenduri orang..har har har.. haih~~ macam tak percaya ja. nak kawen dah kawan aku tu. tinggal la kami kami yang bertiga lagi nie. bertiga ke? yang sorang lagi tu pun bakal jugak tu. alhamdulillah.. glad for them..

aku rasa macam nak buat buat demam je nih. tak nak balik uia..tolonglah saya.. kalau demam kan best. hoho.. *lepas tu kerja banyak kat office tu sape nak menolong??



hye! nama saya Mok~~



^cheeto!^

wasalam..








Friday, March 22, 2013

klasik~~

aSSalamualikum..

ohoiii~~~ excited bonar dah nie rasa. tak sabar nak balik kampung esok pagi. memang tak tidur malam dah nie rasa. balik kampung yay! balik kampung yay!

even dapat balik just for weekend ja tapi excited tu macam seminggu ja cuti kan. alahh..best la diorang yang tak praktical. mid break sampai seminggu ha.. nanti hari isnin and the whole week termenung lah aku sensorang dekat bilik tu..

aku rasa harini whole day hot fm play lagu lagu P.Ramlee.. sebab kalau tak silap la harini tarikh lahir P.Ramlee.. pagi pagi before pergi office tu macam excited pulak keluar lagu lagu P.ramlee. sejak dalam perut mak lagi aku minat tengok cerita P.Ramlee..*perghh tu macam dah bohong sangat dah tu.

kalau time sekolah dulu hari isnin malam aku dah cop tv siap siap. sebab time tu teater lagenda kat tv2. so kadang kadang tu tak semestinya cerita P.Ramlee ja yang keluar. kadang kadang ada jugak cerita melayu klasik yang lain. contoh macam Dupa Cendana, bawang putih bawang merah, ikan emas, duyung..


kalau first aku minat P.Ramlee..hero second aku minat Nordin Ahmad. aku rasa Nordin Ahmad tu macho kot. smart je..




nie la Nordin Ahmad.. 'kajang Pak malau kajang berlipat, kajang hamba menumpang mandi...'

aku rasa macam dah nenek nenek ja minat tengok teater klasik. roommate aku selalu gelakkan aku sebab kenal pelakon veteran. hua hua hua.. macam Rosiyatimah, Latifah Omar, Saadiah,  Mustafa Maarof, etc.. lagi best sebenarnya tengok teater klasik.. oh! soo classic i am..hehehe..

^cheeto^

wasalam...





Monday, March 11, 2013

muhasabah isnin~~

aSSalamualaikum~~


sometimes what u need and what u want is not directly give by Allah.. even sometimes u want something else but Allah give u something else. but always remember, why Allah not directly give what u want, its because of Allah wants to test ur level of sabr, iman and taqwa. how power and superb saiya u are in remembering Allah. how patient u are struggling, doa and tawakal. and why Allah give something else, its because Allah knows the best toward His creations. remember what Allah gives is the best among the best. keep on ibadah, dakwah and tarbiah khalifah!

^cheeto!^

wasalam..

Sunday, March 10, 2013

bored and lazy sunday~~

aSSalamualaikum..

bosan pulak terasa harini. pagi tadi best la sebab ada latihan tempatan dengan wataniah. nie petang dah tak tahu nak buat apa pulak. practical memang macam nie ek? weekend je tak tahu nak buat apa. assignment pun tak dak nak buat.. bila ada assignment tu mula la merungut.. manusia tak pernah bersyukur..

online pesbuk?? lagi la bosannn.. check notification pastu offline. semua orang tengah busy dengan assignment plus mid sem exam. malas nak mengacau dodol..heheh..

tapi nie la assignment aku..heheheh

sebab dah tak tahu nak buat apa sangat, hari hari main benda nie ja. buku wordsearch yang ada 300 puzzle nie.



kalau dekat UK 10 pound je, kat malaysia mahal gila. exchange rate. 

kalau kat rumah kan best. mesti boleh bakor bakor kek ke, cookies ke.. * walaupun hasilnya nanti confirm ntah pahape.. nie rasa nak balik kampung jumpa ayam itik lembu nie! bulan nie takda public holiday ke??  arghh.. next week uia start cuti mid break. roommate balik kampung tinggal aku lone ranger! nie rasa macam ditinggalkan nie!



dah besar ke belom eh kucing kucing nie. rindu gilossss... mak cakap scot dengan tesco hyper active. pandai pulak tu. kucing jiran depan rumah pun selalu datang main kat rumah. kucing tu lagi best. gomok lepas tu berat pulak tu. rasa nak buat bantal jerk. har har.. tp semalam kucing nie demam lah pulak..kesian dio..

kadang kadang menyesal pulak rasa tak practical kat rumah.hihihi.. 

^cheeto^!

wasalm..

p/s: aku rasa sekarang nie update blog just untuk diri sendiri je. malas nak blogwalking.. sorry sangat kawan2..

Saturday, March 2, 2013

part of voucher buku..

aSSalamualaikum..

semalam balik office terus singgah Jusco. amboi! mentang mentang la Jusco tu seinchi ja dengan office. Plus ada sale pulak dekat Jusco semalam. so memandang terpandang dan terlihat voucher buku aku yang tak tersentuh lagi tu, aku borong la buku yang dah lama gedik gedik santai nak beli tapi tak terbeli beli..


taddaaaa..

novel The Hobbit tu tak tau berapa abad boleh abeskan. wordsearch tu macam cepat ja abes. aku nak beli buku lain lagi sebenarnya. tapi semalam macam dah rushing sangat. capai jela buku yang teringin sangat tu..



harini marathon baca buku nie sampai abes. dah lamo dah beli nie ha. tak terbaca ja. tapi..tapi..tapi.. jangan salah anggap pulak ye cik  hassy chan! den sajo baco nak tambah ilmu orang kata..muahahaha.. sebab aku memang suka buat collection buku buku Hilal..

best part from this book 'tidak perlu berpegang tangan, memberikan hadiah valentine, menghantar sms penuh kata kata manis, berhubung hingga melanggar syariat, dan disapa kealpaan bagi menunjukkan tanda 'cinta'. 

hanya dengan berusaha membina hati kita,. itu sahaja sudah satu cinta. 

apabila cinta mahu membawa orang yang kita cinta itu ke syurga-Nya, maka orang yang memahami akan berusaha membina rohaninya. 

matang itu apabila mampu mengenali Allah, mengetahui matlamat kehidupan, tanggungjawab di dunia dan seterusnya bergerak bersungguh sungguh ke arah memenuhi tuntutan kehidupan sebagai hamba Allah, serta pentadbir muka bumi..

insaf jugak la dua tiga saat..heee..

^cheeto^!

wasalam..