Monday, July 29, 2013

review novel Anthem dan Si Mata Bundar~~

aSSalamualaikum..

memandangkan dah abes practical dan banyak lah masa yang sengaja membazir dan dibazir, sebelum habes practical haritu ada la jugak borong novel dengan buku motivasi.

sekali borong buku memang suka beli banyak banyak sekali. buat bekalan. *memang habit kot..

kalau masuk popular ataupun MPH, tunggu la dua jam kemudian baru keluar dari kedai buku. har har..

bak kata Hani 'hang kalau masuk kedai buku tak ingat dunia..' eheh!

macam biasa tiap tiap tahun mesti pergi bookfair borong novel JS. dan aku mesti beli atas 5 buah.. *eh! tahun nie tak buat entry pergi bookfair lah!

dan of cos lah tak lepas beli novel Anthem.. Hlovate always and never regret.. dah lama abes baca sebenarnya. tapi mengada baru nak buat entry..



collection novel Hlovate bertambah satu! yay!

kali nie pembawaan watak penghijrahan Dash..rebel sebab kena hantar balik Malaysia. macam mana dia dulu? macam mana dia berubah? sila baca.. hihihi..quote Hlovate yang paling best 'no judging on one past because it might be your future'


dah baca Si Mata Bundar ni jugak. heroin lawyer kot. yang best si Dania suka main game wordsearch. macam aku daa.. al-kisah bila Dania kena kawen paksa dengan si Ahnaf. tapi, si Ahnaf sebenarnya dah lama terjatuh hati dekat si Dania.. comel ja watak Ahnaf. serious comel! sebab Ahnaf nie jenis yang banyak tanya dan selalu nak ambik tahu.. the rest is wrote~~~

ada lagi novel dan buku yang dah baca.. next entry pulak ye..

^cheeto^!

wasalam...


p/s: salam 21 Ramadhan..




Sunday, July 28, 2013

Xperia Go merajuk..

aSSalamualaikum..

jumaat haritu iftar jamai'e dekat rumah cik syamirah. abang dia lecturer dekat Uitm Permatang Pauh. buat iftar untuk student la lebih kurang. so, kitaorang join la jugak dua kaki.

balik tu dengan semangatnya upload gambar gambar bajet senyum kambing dekat instagram. tengah best best scroll down picture, sekali screen handphone jammed!

ingat dah rosak screen phone tu.. baru je sebenarnya pakai smartphone. *sebab memang jenis yang tak pandai jaga barang. menyesal la kekonon..

nak raya handphone rosak pulak.

esok pagi post dekat pesbuk. handphone rosak. contact pesbuk or twitter ja.. bla bla bla... *bajet retissss je kan..

dan Allah tu memang permudahkan urusan hambaNya.. ada ikhwat komen dekat status..

'tekan button on serentak dengan high volume(force restart) waktu tengah charge. '

terus boleh on! alhamdulillah! yay!! so, Sony Experia users, kalau screen phone tetiba ja hank boleh try tips nie..

^cheeto^!

wasalam..


Wednesday, July 24, 2013

here we go~ Gunung Datuk!

aSSalamualaikum~~

last activity before Ramadhan haritu. sempat lagi pergi hiking Gunung Datuk, Rembau. dah la tak plan langsung. tetiba ja awin call "aten! jom pergi hiking!" *plsss.. call my name with 'F' in front....plss..plss...

dengan teruja aku jawab.. 'nakkk!!!!' *padahal time tu demam 3 hari. but still... hiking tak boleh nak lepas.

dan minggu tu memang minggu practical yang hectic. nak tengok phone pun tak sempat la bak kata orang.. *errr...

nak release tension lah katakan..

pukul 6.30 pagi dah keluar dari uia.. sambil sambil dalam kepala menyanyi lagu Rembau most wanted yo!




alhamdulillah.. 885 meters Gunung Datuk succeed!! yay!! tapi ambik masa 2 jam jugak nak sampai puncak. al-maklumla kepancitan sebab dah lama sangat tak exercise..




kat puncak dah ada kawan kawan tunggu dah. Ungka namanya.. siap hidangkan tom yam lagi kat atas tu.. eheh!


muka lelah~~






kaki Hang Li Po vs tapak Hang Tuah.. ehem! sama saiz je..


sebab Awin ada kawan yang memang kaki hiking, memang senang nak hiking ajak si Ashraf tu jelah. so far, dah banyak gunung dia panjat. tetiba je Acap jadi gunung guide kami.

tapi, sebab si Acap nie sangat rajin spending time, kitaorang bayar dia.. as a gift la..

teringin nak naik Brinchang.. tapi.. belum ada rezeki lagi lorh..

^cheeto^!

wasalam...


Tuesday, July 23, 2013

terawih kampung vs. terawih uia..

aSSalamualaikum...

alhamdulillah~~ yay! lastly report dah siap pun kelmarin. lastly! lastly! harini print. kalau rajin petang karang dah boleh post ke yu yai yea..

tahun nie full months Ramadhan kat kampung. so, terawih pun kat surau kampung jelah...

dulu aku rasa masa zaman hingus hijau dulu saf kat surau memang penuh sampai belakang. tapi, sekarang dah tak macam dulu.. mak kata orang yang tua tua ramai yang dah meninggal. sapa ja yang tinggal..

ha'ah betol la..

yang muda muda ramai berhijrah sambung belajar dan kerja..

tapi, kalau time raya tak payah cakap.memeng full!!

kalau dekat uia.. tak payah cakap la ramainye orang..

rindu pulak zaman ramadhan dekat uia dulu..

tapi dekat kampung pun best.. boleh jugak la flashback zaman nostalgia hingusan dulu dulu.. ahakz!

^cheeto^!

wasalam..



Sunday, July 21, 2013

sharing is pahala~~

aSSalamualaikum..

apa habaq Malaysia Brunei?? seems like hari hari update blog. so, lepas nie blog dah tak bersawang lagi dah. bila rajin update blog, memang dah malas nak update twitter. bukak, scroll, tengok info best best *er... info sahaja bukan gossip! eh!

jumpa nie kawan sekuliyah cik seha post dekat pesbuk tadi.. best!





and ada jugak follow video si Aiman Azlan sempena Ramadhan reflection.. 




but where is matluthfi and anwar hadi??

ada jugak follow video made by Umar Mita. photographer. kalau tengok gambar dekat instag boleh jatuh rahang.. cantek!

 

Ameen Misran hero ke?? har har.. dan lagi video awesome. alahai bilo la nak boleh video macam nie..




the rest.. pleasshhh subsribe in youtube~~

^cheeto^! 

wasalam..


p/s: blogger = da'ie.. 








turn to be better or turn to new one??

Assalamualaikum..

salam 13 Ramadham.. jyah! baru beberapa kerat taip report practial training yang nak kena hantar 29 july nie lepas tu *ok! dah la tu.. esok plak sambung.. har har.. entah bila nak siap lah tu agaknyerr..

makin rajin nak hupdate blog sekarang nie. hew hew.. tapi, dah tak rajin nak online pasembor a.k.a pasebook or twitter. macam bohsan ja pasebook sekarang..

turn to be better or turn to be new one?

semalam rajin bebenor blogwalking blog sendiri. kelakar pun ada. geli geli pun ada bila baca blog sendiri. nampak tak matang disitu..

entry pasal arsenal la.. dulu, kini, selamanya aku memang arsenal lover, arsenal fan. *ohoooo..

entry jerawat lah, wataniah lah, novel la.. tapi pasal cintun belom lagi. *oppssss!! tunggu cerita kawen terus baru best. eh!

kalau ikut hati nak je padam entry dolu dolu tu. tapi, tak nak..sebab to turn to be better, sometimes we need to look how is our past. our action. when we look back, then, look in front and say 'i have to correct it!'

barulah boleh jadi new one..

^cheeto^!

wasalam..






Saturday, July 20, 2013

maniskan Ramadhan, manjakan amal~~

Assalamualaikum..

macam tak percaya. sebenarnya dah seminggu habes practical. alhamdulillah~ 14 January bermula satu kesah.. bermacam macam kesah. yang tertulis dalam log book dan yang tak tertulis dalam log book.

kesah yang membuat kan tersenyum dan tergelak sepanjang hari, tak lari sedih pun ye jugak..

breaking life rules takkan menangis dekat office even kena marah macam mana sekalipun. tapi...tettttt... har har har.. *the rest is history........ tak macho!

and 12 July officially done practical training. thanks to wonderful sisters. they are freaking awesome. comel je Kak Mas nangis. kui3.. Kak Ayu peluk tak nak lepas. kelakar~~ best dapat rasa ada kakak kakak yang best. *at least dapat rasa macam mana jadi adik bongsu. ihik!

and, Cik Sarina!! SMA director..mekasih~~ mekasih~~ duit raya in advance. baru third day puasa dapat duit raya. hehehe.. tak guna lagi duit still dalam sampul. eheh!

dah 12 Ramadhan dah. alhamdulillah sekali lagi. dapat rasa tuiti fruity Ramadhan. yay! semoga Ramadhan kali nie diberkati, diberi petunjuk dan insyaallah dipermudah..

kalau dah ramadhan kat rumah sebenarnya dugaan lagi besar dari masa dekat uia. dekat uia ada bulatan gembira. tak dapat join..sob3. tapi, yang best kat rumah boleh main masak masak.*errr.. walaupun tak reti, campak aje dalam kuali..

and, sebab kat rumah baaaanyyyaakk sangat lenggang kangkung joget lambak, dan dah rasa macam hati tu kena buat clearance sikit kot, so, nah ambik semua kuih muih rojak buah nie. baca dan habeskan!


lepas tu dah lama tak terawih kat kampung macam kecik kecik dulu. bila lagi nak merasa. tahun lepas dah full month dekat uia.. tahun depan? wallahu 'alam..

eh eh.. rumah blog dah cat baru la.. hew hew.. sempena Ramadhan. sucikan hati, reset minda, bersihkan jiwa, amankan fikiran, cat blog pun warna putih.. weeee~~~ i loikee..

sempat lagi kan buat report sambil hupdate belog.. kerlasss jah!

^cheeto!^

wasalam..



p/s: eh! writting blog mcm dah ada improvement jerk! ahakz!