Tuesday, December 30, 2014

2014 one day left!!!

Assalamualaikum...

Dah lama tah hupdate!!!! Aku tanya apa khabarrr semuaaa..*eeh! Mcm joe flizow plak. Dah lama tak tulis blog. Apa benda entah nak merepek sini.


Untuk summary. Kita start dengan wedding. Tahun ni ramai skuad mate tamatkan zaman bujang. Barakallah semua! Nak upload gambar. Akan tetapi update blog guna phone. Kah kah. Dah berzaman tak sentuh laptop. Mamandangkan sekarang zaman instagram *tangan di bahu mata kat atas jadinya gambar confirm confirm banyak dekat ig.

Untuk Sakinah, pujah, suhaila, Anis syakir, Rahman and lastly penututup wedding 2014 Ali Karimi, berjuta tahniah! Inshaa Allah sentiasa doakan yang terbaik untuk kawan kawan.

Untuk schoolmate Pinat and Khalilah, tahniah jugak!!!!! ^_^

Aku?? Ermmm krik krik... *bagi chance orang lain kawen dulu.. Har har..yolahhh tu.

Summary aktivity hiking??? Sejak kerja tak banyak pergi gunung.. Waaaaa sedihhhhh!!! Tapi hiking tempat yang dekat dekat. Itu pun bukit saga, bukit gasing, tabur, Frim. Sekadar lepas gian jelahhhhh.. Dan melepaskan segala isi hati dan kepala. *yo lahhh tuuu..

Tapi betol, jangan stress dengan kerja. Nanti cepat tua. Go and get exercise!!

Kadang kadang bukan semua rasa tu boleh kongsi dengan semua manusia. Happiness and pain is just temporarily. Remember (2:216). Somehow its better to keep it as secret. As lesson learnt and reflection. Do not attach with materil things. Remember (2:256). Walaupun rahsia rasa masih sama dan tiada beza.*nothing to be shared. peace yo!

I belive on what Yasmin Mogahed said in her book Reclaim Your Heart. Then, Alhamdulillah tranquility got the better if me~ because when you put dunya in your heart, dunya will take over you. U'll sink and drown. However if you put dunya in your hand, Allah in your heart, then akhirat will come to you.. Dunya is like ocean. If we let the ocean take over our boat, then we will sink.
But remember, 'Syatan rejoice when Prophet Adam (as) came out from paradise, but he did not know when a diver sink into the sea, he will collect pearl and then rises again (Ibn Ul Qayyum).

*merepek pulak pagi buta~

Serious tak boleh stop baca buku Reclaim Your Heart tu. Asyik mengulang baca. *nerd! 😆

Ahlan wa sahlan 2015. May any lesson from 2014 will teach and bring us to become better person in 2015 and onwards~

Cheeto ^_^

Wasalam


Friday, November 7, 2014

lets make a come back!!

aSSalamualaikum..


tajuk nak famous je.. come back gitu. Last week. Last Sunday. cuci bersih lemak tepu.. tapi rasa bertambah balik lomak lomak den ni ha..

ada tips tak macam mano nak hilang lomak dokek muko? hilang jerawat? *seteghesss..

road to a big mission.. Inshaa Allah..*big mission???! rahsiaaa laaa...

Last Sunday, memandangkan Odah beria ajak join running running ni aku pun on ajelah. KL Bebas Kenderaan anjuran DBKL. selalunya program ni once a month. hakikatnya SERIOUS TAK MINAT WALKATHON ataupun anything yang berkaitan running..

mungkin sebab aku bukan long distance runner kot..mungkin...................................

jadinya, pagi pagi subuh tu melawat kawasan ajelah. *feeling mandur lah konon.

Best jugak #KLBebasKenderaan. *nak jugak hashtag terr..

tapi kalau orang macam aku yang tak minat running ni better cycling ataupun bawak roller blade ataupun skateboard. rasa macam  Dataran Merdeka tu Ahmad Albab yang punya. macam playground!

5 minit melawat kawasan, tukar angin pergi FRIM. tempat wajib kalau tak buat aktiviti hiking..

kira warm up lah ni untuk big mission nanti.. kah kah.. *harap semua lancar..aminn..



haaa...ni tempat wajib ambik gambar kalau datang FRIM. 


eh! bajet je macam lari kannn...


Subhanallah..what a refreshing air.. Allah creatures is the best therapy to let go of everything and unnecessary things~


penat deme..


tudiaaa..true friendship support. nampak tak kasih sayang Odah dekat Kaida..


ini apa? ingat photoshot model FRIM?


Hidup ni ibarat hiking ke puncak gunung. kadang kadang kita bersemangat di permulaan kaki gunung. kadang kadang kita lemah tak bertenaga nak sampai ke puncak. kadang kadang rasa tak mampu nak lalui denai denai, duri tajam. lopak lopak selut. kayu kayan balak. but, life have to move on. sebab puncak gunung tu ibarat satu destinasi yang mesti. no matter what happen in your life, no matter how disappointed u are, no matter how many fail you made and no matter how hard your life is, everything is a learning curve. in order to earn something, you have to face something. Be with positive people. Standing together with motivated people and avoid negative groups of people. AND learn from mistakes! 

Ya Allah lindungi aku dari dosa~~

^cheeto^!

adios! *salute!

Wasalam..

^_________________________________^






Monday, October 27, 2014

Spontaneous Monday~

aSSalamualaikum..


Somehow I love my audit busy lifestyle because you wont have time to think unnecessary and even sinful things..*at some circumtances..

But, there must be opportunity cost. in order to gain something you have to let go on something.. but..for a while..

which is your hobbies.. *missing hiking already.. and taking longggg time to finish reading only gfor one book.

but, who said audit dont have social life? Who said become an auditor 'lambat kawen.sebab busy sgt'?*you are deadly wrong..

because i still have time for my parents especially, cooking all weekend, take a short walk around and etc..

anddd.. i have many friends who are auditor and just married and getting married soon. *Alhamdulillah congrats to them!

its just a matter of how you spent your time wisely. learning curve never end. *if you wish to learn every single things...

eventho somehow u become demotivated, why its too hard? y i'm not good in this and that, y i make this small mistake? *yeah! human not perfect. but, try to be perfect and fix the mistakes..

May Allah give me some strength. to face all difficulties. always have faith that every difficulties, if you face with sabr, full of effort and redha inshaa Allah Innallah ha ma'ana.. *motivate diri sendiri

for this while I love being Junior auditor. Inshaa Allah. lots of things need to absorb. hopefully, this first step will bring something in future..

^cheeto^

Wasalam....




Thursday, October 16, 2014

its the day!!

aSSalamualaikum....

and... 13th October 2014 is the real day! Convocation day~ Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.. Terima kasih mak. terima kasih ayah!

Eventho ada sedikit kekecewaan masa hari tu..*kecewa apa. biarlah rahsia..

tapi air mata kegembiraan mencurah curah keruang dewan..*puitis pulak dahhhh

gambaq???

will upload later..

Alhamdulillah dah dapat confirmation letter. naik pangkat sikit. Audit assistant to Audit Junior. *ehem! but still banyak mistake bila buat audit. so saddd...

Alhamdulillah jgk dpt second calling interview DRB Hicom.. tp 50-50 sudahhhh.. *istikharah dulu aci tak?

tiba tiba macam teringat satu quote ni. dari lecturer kelas International Business dulu ..

'Money cant replace time. busyness cant replace time. place your time for lovers eventho for a second..'

^cheeto^!

wasalam..




Wednesday, October 8, 2014

teaser to creamer~

aSSalamualaikum..


*aku sendiri tak tahu kenapa title 'teaser to creamer'. mungkin konvokesyen day manis macam creamer? 

sebelum tu... Selamat Hari Raya Aidiladha~~

semangat punya semangat bawak balik robe kat kampung. kononnya 'nak bergambar teaser pre konvo dengan lembu itik dekat kampung...' *gaya lagaknya silang tangan..

sekaliiii....

gerak balik kampung sharp lepas subuh. tapi jalan jem pukul 12 baru sampai kampung..

tolong mak buat ketupat apa yang patut, laksa menu wajib raya..*konon anak solehah lah..

hari raya demam tak beringat.. isnin dah kena balik KD. Selasa kerja! uwaaaaa!!

tak sompeklah nak pre konvo dokek kampung. tetiba terasa rajin pulak nak mengedit gambar. nak buat teaser #2 lah konon upload pesbuk.

tapiiii.. rasa macam...krik..krik..krik.. malu lah plak. *perosak gambar..

and presentinggggg.. picture crime~~ teaser #2, #3 #4 and dot dot..




sampai sini ja. lepas tu dah malasssss nak mengedit..


ekeleh.. boleh pulak crop gambar kawan kawan lain kan..*sampai hatiku~





eh! nak jadi harry potter pulak?? cukup cukup la jadi auditor..




the ressstttt... tak boleh tunjuk. tak konvo lagi. tak surprise lorh. mana ada orang teaser gambar banyak banyak..

lepas tu pre konvo tak menjadi pun ada jugak. konon nak photoshot kat Putrajaya lah.. tapi jadi lain..



take a break! have a Kit Kat.. *bila la jodoh nak sampai ni. haih~~~~ eh!



ni namanya pengambaran Nur Hidayah.. *hidayah gitu background masjid..

Inshaa Allah..road to #iium30convocation 3 days to go! yeay!!

^cheeto^

wasalam..

p/s: kepada yg diluar sana, aku doakan yg terbaik utk final sem anda. dan selamat berpraktikal. selamat berkonvo juga! Inshaa Allah~



Saturday, September 20, 2014

..................................

aSSalamualaikum..


first time dengar kat radio..aku rasa lagu nie unik. dan aku terus jatuh sukaaa..

Aku Juga Manusia - Amir Jahari


Ku termenung seorang

Ku menangis disebalik sepi
Ku mencari cebisan memori
Yang kunamakan misteri



Ku tertawa mendengarnya
Ku mengerti aku siapa
Ku tak peduli sebenarnya apa yang kau ada
Aa.. aa.. aa.. aa.. aa.. a..
Aa.. aa.. aa.. aa.. aa.. a..



Chorus:
Jangan kau menilai dari rupa
Kerna semuanya milik Dia
Hati ini akan ku jaga
Kerna ku hanya manusia biasa
Oo oo oo oo oo..



Aa.. aa.. aa.. aa.. aa.. a..
Aa.. aa.. aa.. aa.. aa.. a..



[Ulang Chorus] x2



Kerna ku hanya manusia biasa
Oo oo oo..



*betul. 'Jangan kau menilai dari rupa. Kerna semuanya milik Dia'~~ be grateful and always be thankful..


Hujung Dunia – Hanie Soraya

Pikir sebelum bicara
Susah sebelum senang
Jatuh sebelum berjaya
Sedar sebelum terus hanyut

Menyanyi biar dari hati
Berjanji biar pasti

[chorus]
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti ada menangis ketawa
Bersama-sama

(hingga ke hujung dunia)
Hingga ke hujung dunia

Kurang kamu sesuatu
Pantas waktu berlalu
Terimalah seadanya
Tiada apa yang sempurna

Menyanyi biar dari hati
Berjanji ditepati

[ulang chorus]
Walau apa pun yang telah terjadi
Perlu tabah kau hadapi
Segala yang pernah kita lalui
Menjadikan kita yang hari ini

Lalalala lalalalala


*walau apa pun yang terjadi, perlu tabah kau hadapi.. * no matter what.. try best to achieve goals. 

^cheeto^

wasalam...

Mayday..test gayat.. Skytrex Adventure checked!

aSSalamualaikum..


dah lama tak buat aktiviti extreme.. *errr..extreme la sangat kan. yelah sejak final exam haritu dah lama tak join hiking. lepas exam alhamdulillah terus dapat kerja. in fact, peak season pulak tu memang weekend dekat ofis ajelah.

sekarang bila dah free mula la plan itu ini. *kononnya nak try extreme aktiviti before reach 25 y/o. seriouslyy?? kah kah..

16 September. unplanned activity. mula mula kononnya nak jungle tracking dekat Sg. Lendu. tapi plan tak menjadi atas sebab sebab tertentu.

tapi jiwa ni memberontak. nak jugak buat aktiviti. *nak jugak buat aktivity extreme!!!

tetiba ilham turun dari langit. aha! Skytrex Bukit Cerakah. to do list final sem haritu tak sempat accomplished lagi. terus text Syamirah. *haaa.. ni best friend sejak sekolah. the only best friend yang hijrah cari rezeki dekat bumi Kuala Lumpur nie.

punya lah semangat esoknya pukul 7.30 pg dah keluar. konon takut penuh. sebab kami walk in je.

moral, lepas ni kalau nak try aktiviti Skytrex ni better booking online 2 weeks before. haritu pun rezeki kami ada kosong.

sedikit pengenalan Skytex adventure, ada 3 phase challenges. Little adventure, Big Thrill and Extreme Challenges. Little adventure untuk kanak kanak.  untuk sesapa yang fobia sangat dengan ketinggian boleh try yang nie. *evil laugh.

Big Thrill 18m height with 21 challenges RM45. Extreme Challenges 22m 24 challenges RM55. kalau datang 10 orang and above boleh dapat murah. my advise better ambik extreme challenges. sangat PUAS HATI! *padahal mengigil jugak. kah kah..

meh nak belanja gambar sikit.



first 3 challenges basic test. basic pun mula mula tu gigil jugak. kah kah.. 


we done!!!!







hye kawan baru! Shima and Diyana. 



i wanna go travel and backpacking. plssss~~


i wanna build a snowman~~



jauh termenung kak? kalau dah jodoh tak kemana..eh!


one of the flying fox 22m height.


nak panjat tangga nie yang agak mental. *tak sangka badan aku dah berat ghopenye. oh nooo!!! 

the rest of pictures are history~~~ ngeeeee... 

by the end of year, kalau ada rezeki nak try Paragliding dekat Bukit Jugra tu. anyone wanna join me?? *soooo..start la menabung sekarang yee.. 

^cheeto^

^_______^

wasalam..




Thursday, August 28, 2014

Reflect and repent~~

Assalamualaikum..

it was not so called funny day! Bila auditor yang bukan asalnya Kuala Lumpur ataupun Selangor cari client company untuk audit field jawapannya pakai GPS pun tetap sesat..

*itu yang terjadi dengan aku dengan Yani harini..

berapa kali entah pusing Tropicana. asalnya nak cari Lebuhraya LDP ja pun dari KD tu..

hikmah sesat kat situ, tak kena tol pun nak p Puchong tadi. ngeh3..

aha! kenapa entah sepanjang minggu hati rasa tak sedap. sungguh! heart beat laju macam lumba lari dengan Watson Nyumbek gituuuu..

harap jangan ada bad news or anything bad happen. nak balik kampung sabtu nie. driving alone lagi plak gitu..*apa lagi. gunalah mass of power Ma'thurat.. inshaa Allah mainan perasaan syaitan ja semua tu..

Remember, negative mind will never give you positive life!!

reflect and repent~~

^cheeto^!

wasalam..




Saturday, August 23, 2014

............

Assalamualaikum..




23 August 2014

Happy Commission Day~~

Alhamdulillah. congrats and congrats!

^cheeto^!

wasalam..

^________________________^

Saturday, August 16, 2014

deep~~

Assalamualaikum..

it was just boring and gloomy Saturday.. nasi lemak made me a bit sleepy just in the evening..

but, then sebagai tanda mintak maaf dekat kak Adib sebab tertutup suis peti ais time balik kampung raya haritu sampai rosak makanan dalam dalam peti, maka dengan rajinnya masak nasi lemak pagi ni..

bak kata hani..'bila auditor cuti..pehhh...'

cet! ceritanya nasi lemak tak letak halia. *ok! fine!

harini memang rajin blogwalking. *sampai 2 entry bak haq.

terjumpa quote ni dekat blog kuliyyahmate.. *sorry for copy and paste.

''Life is funny, isn't it? Just when you think you've got it all figured out, just when you finally begin to plan something, get excited about it and feel like you know what direction you're heading in, the paths change, the signs change, the wind blows the other way, north is suddenly south, and east is west and you're lost.''

''That rainbow will not last forever, it will disappear. And even if it disappear, it will reappear again.. And that is the cycle in life.''

for me.. its too Deep. Deep. 

^cheeto^!

wasalam..

Friday, August 15, 2014

time passed~

Assalamualaikum~~

oh ho..long time tak hupdate blog. buat summary aje lah gitu..

Alhamdulillah.. almost 2 months koje, so far everything just fine. hectic peak season tak payah describe lah. all are learning process.. and now..back to normal life. *rasa macam nak p bercuti pun ado..yeay!

eh! sempat lagi nak wish selamat hari raya ni.. walaupun dah hujung hujung syawal. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dari hujung selatan sampai hujung utara...ecewah!

tahun ni raya sederhana. tak sempat jumpa kengkawan sekolah..so saddddd... sob3..

August~~~

engagement day bersusun.. wedding day on list..

eh! Anis Syakir skuadmate dah kawen lah!! Tahniah syakir..ingat lagi dulu time first year masuk wataniah Syakir femes sport shoes colour merah..har har..

and.. kuliyyah mate.. Fathin, Didi, Misbahul.. Congrats. serious cantik berseri seri semuanya..

untuk mengajimate, schoolmate.. Pinat.. tahniah in advance! tunggu next week patik balik kampung attend wedding mu..

aku??

dengan siapa? tunggu siapa? bila dan dimana..biarlah rahsia. only Allah knows.. *ecewah. cliche!

biar ada yang mengata tak laku..  i have faith towards Allah. the right time will come..

because now is the time to become better and better person..and realise who should you put your real love is? Only Allah the Ultimate Power.. Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Razq, Ya Hakim, Ya Latif~~~

Umrah..inshaa Allah. budget planning~~

^cheeto!^

wasalam..

Tuesday, June 10, 2014

next stage of life~~

aSSalamualaikum..


05062014..last paper. Accounting Theory and Policy. so, lepas nie no more final exam. dah tak da gelaran mahasiswi..*tak happy pun sebenarnya dah habes exam..



09062014.. clear barang dekat mahallah salahuddin. sayu tak payah cakap lah.. sedihh wooo..

10062014.. interview dekat dataran sunway.. alhamdulillah. everything just ease..

tetiba rasa macam betol ke aku nak kerja nie? dare to take challenge?? audit firm!!

by hook or by crook.. this is reality. no more holiday~~

its ok. kerja pun learning process. so, go and take challenge girl! *kumpul duit boleh p travel..

*oh! best tengok pic pikah p korea.. soo jelly!!

good bye student life.. welcome to the real world~

^cheeto^

wasalam..


Monday, May 19, 2014

bila feeling tambah tolak darab bahagi..

aSSalamualaikum..


bila jam tujuk angka 10..mula menguap satu..menguap dua..menguap tiga..

tipu sangat study hard. study smart..

tahu..dalam hati tu mixed feeling. sekejap kecewa. sekejap seronok! sekejap sedihhh='( sekejap semangat!

last semester..

bukak group whatsapp..cari group kedahan..rinduuuuu...*konon mintak semangat lah..

dah tak rajin belajar macam dulu..whyyyy??? tell me bebeh! *cewah..

kalau macam ni punya manja, tutup jelah angan angan nak p sambung belajar dekat sheffield. huh! *eh! xpa..nie postpone next year..

kalau macam ni punya manja, jangan harap la boleh kawen. *eh! yelahhh tuuu.. calon pun still somewhere in the middle..

one step closer.. dah nak habes belajar dah...c'mon girl! go go power rangers!

bila ditanya apa future plan? aku tanya diri balik.. fa'aina tazhabun?

*apa kumerepek ni. dah jom tidur!

La Tahzan. Innallah ha ma'ana..

^cheeto^!

wasalam..



Saturday, May 17, 2014

last week. last semester. occupied!

aSSalamualaikum..


Alhamdulillah.. 15052014.. last day untuk last class as undergraduates students. mixed feeling. one step closer in Shaa Allah..

aktiviti penutup semester..picnic Wida' dengan usrahmate dekat Taman Tasik Titiwangsa.. bukan main lagi bergambar. orang lain datang jogging, kami menggemukkan badan makan spaghetti. tapi, tak kesah lah. spaghetti ayuni sedap giloss.. in Shaa Allah.. akan join usrah lagi walaupun dah grad nanti.








khamis malam.. join 1 Charity feeding homeless. yang nie best experience ever. sedih tengok rupanya kat Malaysia nie ramai yang homeless. kami bukak meja dekat area Masjid Jamek. susun makanan atas meja. dalam hati..*oooo..macam nie rupanya feeding homeless.  lepas tu homeless akan datang ambik makanan. kami hampar tikar untuk diorang duduk makan sambil tengok tv. so ada jugak la pasang LCD. volunteers foreigner pulak buat service cuci rambut.

best bila 'kak ain kata' : talk to them.. greet them. say something. show your kindness and loving.. *ohooo... 

lagi kesian bila tengok budak budak kecik. so, ada jugak group yang mengajar anak anak homeless nie bila datang ambik makanan. bagi diorang buku, warna pensel, mengajar mengeja. aku pun apa lagi, tak lepas peluang join dua kaki mengajar budak budak..*praktis lah kekonon.

tapi alhamdulillah, kanak kanak nie still lagi p sekolah. cumanya aku wonder diorang tinggal kat mana. 




ibrahnya kat sini, memandangkan aku pun dah nak habes belajar dekat uia ni, tunggu final exam ja lagi..*semoga Allah permudah... syukur tu kena sentiasa ada. kalau kita rasa susah, tak cukup itu, tak cukup ini, complaint service itu tak ok, service ini tak ok, cuba reflect balik tak semua orang dapat peluang macam kita..


rezeki dapat sambung belajar, peluang dapat tempat belajar yang selesa, peluang dapat facilities yang dapat bantu dalam pelajaran. peluang dikelilingi kawan kawan yang baik, solehah.. so, apa lag yang kita mahu. mudahnya kat sini, kalau kita rasa belum cukup dengan apa yang kita ada, cuba tengok balik apa yang kita ada tapi orang tak dapat macam kita.. 


stop complaining. keep improving. always say Alhamdulillah~~

^cheeto^!


wasalam...


Saturday, May 3, 2014

Ejat dah naik pelamin..aku bila lagi?? eh!

aSSalamualaikum..


Alhamdulillah.. akhirnya...dapat jugak merasa nasi minyak ejat. kah kah kah.. classmate form 1 sampai form 3. last 3 weeks dapat invitation wedding ejat. terkejut oh! senyap senyap je dia.... tapi aku memang dah tahu ejat dah ada someone. selalu jugak usik ejat bila lagi ni nak merasa nasi minyak..tup tup.. betolla selalu orang kata bila diri sendiri duk cakap lambat lagi tu la tetiba kawen dulu.. raya tahun nie datang bawak wife nampaknya orang tu..kekekeke..

ejat kira best friend jugak la..since sekolah lagi tak pernah lost contact. cumanya sejak dia 'hak milik terpelihara' setahun lepas tak silap, aku pun tak berani nak contact contact selalu..heheheh

fan Barcelona. tapi selalu cakap Arsenal macam cucur. cis!

kaki bola. tapi dalam hati ada legoland. dulu time sekolah selalu pinjam novel aku. novel cinta pulak tu. yang best arwah mak dia pun baca novel jugak tu..hehe..

memang tak sampai hati kalau tak datang kenduri Ejat..

katanya : call sbb kawan rapat. jemput special nie. aku jemput ayah hang marhaban kenduri rumah aku.. tapi, hg mai mesti bawak hadiah, bila pegang tu hang pun tak nampak..*cet!!! ok fine.. nanti aku kawen tak kisah hadiah besar mana janji mesti berat.. har har..

aku beli hadiah dapur gas. *tapi terlupa tanggalkan price tag. habesla kantoi harga..

sebab aku rasa sesuai dengan orang bujang yang newly weds nie.  katanya aku perli sebab besar sangat.. *dah cakap nak hadiah besar..=p

ayah cerita, habes marhaban terus datang jumpa ayah tanya aku balik ka tak.. *yelaaa..aku balik laaa..

how time flies too fast..dulu  naik basikal lagi pergi sekolah..sekarang dah jadi suami..

Happy Big Day Jat and Fatihah~~~ *orang jauh wife dia. Kelantan gitu... semoga menjadi suami soleh, pembimbing dan ketua keluarga yang bertakwa.. family sakinah sampai syurgaNya.. In Shaa Allah always pray the best for all my friends..

katanya lagi: aku tunggu giliran hang pulak. jangan market tu tinggi sangat..*amboi!!!!! mana ada market tinggi la..cuma rasa belum boleh lagi..aku tak cukup baik lagi oi..



p/s: ok..jom balik uia teruskan perjuangan sebulan lebih yang berbaki..bi iznillah..







Friday, April 25, 2014

if u miss something~~

Assalamualaikum..

if u feel like miss something...

try look back at your past..

what have you done today, yesterday, day after yestesday..

have you utilise your time accordingly..

occupied your precious time with something..

something that bring thousands barakah on you..

have you done something badly..

badly hurt others, unintentionally hurting your parents, using harsh word, giving bad intention and perception, or feeling superior than anyone else..that is riak..

reflect..reflect..and do reflect yourself..

we human being..never escape from doing bad things..

revert..

find Allah.. dont stay away from Allah love. He love you..Allah is care for you..

at this calm and serenity morning..

dont feel tired to hand-fed.. ask Allah.. pray to Allah.. seek anything from Allah..

because Allah have 99 specialities..Asma Ul Husna~

open Quran..holding tasbih..

hoping always under His guidance.. praying to have strong heart to be always in His way.. wishing protection from Him.. doa untuk aku dan kau...

^cheeto^!

wasalam..



Saturday, April 19, 2014

mengimbau sejarah di Gunung Telapak Buruk..check in hotel Gunung Berembun~~

aSSalamualaikum..

Alhamdulillah... pagi tadi selesai dah satu mid term exam. paper mid term terakhir. International Business.100 MCQ. juling jugak mata dalam 5 saat.*4 weeks left dah nak grad rupanya... mixed feeling sebenaqnyaaaaaaaaaaaaa....

seperti dijanjikan last entry..jeng jeng jeng.. last week check in Gunung Telapak Buruk- Gunung Berembun. yeay! kali nie ikut group Latepackers.. sejarahnya Latepackers nie alumni UIA tapi ada je yang bukan UIA..

selalunya aku prefer hiking daypack. sebab tak mampu nak pikul beg berat berat untuk overnight. tapi kali nie challenging sikit. tapi satu malam je pun bermalam dekat peak..heeee..

sebelum  gerak headlamp checked! sleeping bag checked! 100 plus checked! mineral water checked! biskut checked! coklat checked! *banyak pulak yang nak checknyeee..

check point start kami kami naik lori sampai ke puncak Gunung Telapak Buruk. sejam jugak nak sampai puncak. tapi end up sejam lebih jugak la sebab lori tersangkut kat pokok. har har har.. dekat puncak tu ada kem askar. kem kecik ja. maybe jaga kawasan kot. taking picture is forbidden.

pendakian start dari puncak Telapak Buruk menurun ke Gunung Berembun. tapi bukan menurun ye adik adik kakak kakak abang abang. tapi, macam mendaki balik adalah.. trek kat situ masha Allah.. menguji keimanan, kesabaran, ketahanan dan kementalan..

pacat banyak, ulat bulu pun banyak..apatah lagi miang buluh............ team kali ni banyak Kelantanese...


take 5..lori semput nak daki sampai peak..


kat puncak Gunung Berembun. set up hotel..


Gua Kambing... kambing je takda. kalau tak boleh buat bbq..




dinner time~~~ 


first check point before sampai puncak Gunung Berembun. lunch dulu.. tapi kalau dah lotih nasi letak tepi jeling jeling manja je.. lost appetite. 


hiking buddies! Waney Swift  and her cousin. my new friend Fasihah.. 


serpihan bangkai pesawat Liberator B24..





serpihan lagi..


view from puncak Telapak Buruk..


bukak dapur.. nak masak paprik kata mereka. aku tolong tengok aje. sokmo gitu..


jeram.. 30 minutes sebelum sampai loji. sebelum sampai bawah. last checkpoint..


baru perasan. sapa curi gambar aku nih!!!!!


berhujan sejam sementara tunggu lori datang ambik..



me: Hang Wani... aku mahu menyendiri disini.. tinggalkan aku disini.. pergilah dikau bertemu putera Berembun. kirim salamku padanya..
wani: jgn begitu tuan hamba Hang Fatin.. susah senang kita bersama..
*eh! fefeeeling Puteri Gunung Ledang pulak..


air kat jeram nie subhanallah..seejukkk banget seh.. 

banyak lagi gambar.. malas nak upload..heeeee...

honestly speaking, Allah creatures is the best cure to release stress, remove problems... go hiking! insyaa Allah you will appreciate more.. 

lutut got injured.. no hiking for 3 weeks maybe.. nak joging pun tak mampu.. *tidakkkkk!!!!! mesti gemok nanti! lemak bertingket tingket...........................................

^cheeto^

wasalam...

p/s: no judging on one past, because it might be your future...