Wednesday, March 26, 2014

Ibrah MH370..

aSSalamualaikum~~






Innalillahi wa inna ilaihirajiun.. tiada kata kata yang terungkap untuk mangsa mangsa MH370. serta family members of MH370. semoga tabah menghadapi dugaan dan ujian dari Allah.. sesungguhnya pergi tanpa jasad itu lebih pahit dari pergi yang berjasad~~

ibrah dari kejadian MH370 :

1) seluruh dunia tunduk bersujud  memohon petunjuk dan berdoa kepada Allah. lihat betapa kita masih ada sikap ambil tahu welfare saudara seagama. 

2) spekulasi arises. ada yang ambil mudah. make it as joke or whatever. *mungkin masih ada lagi hati hati yang belum tersentuh dengan teguran Allah ini.. 

3) raja bomoh. *semoga dijauhi dari amalan syirik yang menyukutukan Allah. sesungguhnya dalam Surah An-Nahl ada menyebut 'sembahlah Allah sahaja, dan jauhilah taghut..'

4) sehebat hebat atau sebesar besar ciptaan sains manusia, sesungguhnya takkan setanding dengan rancangan Allah.. *Kun Fayakun...

5) keimanan membezakan penerimaan berakhirnya MH370 di Lautan Hindi. mereka yang beragama Islam especially, terima dengan redha, hati yang terbuka biarpun perit dan payah..semoga tabah. have faith~~

dan banyak lagi sebenarnya ibrah ibrah yang aku dapat dari kejadian nie. cumanya, aku bukan ustazah tegar yang boleh berceramah panjang di blog. sekadar peringatan untuk diri sendiri tu boleh la..

apa pun, Kapten Zahari and crew had done a great job. semoga pencarian black box berakhir as possible. agar tiada lagi spekulasi spekulasi jahat yang memeningkan kepala dan merosakkan jiwa.


..........................................

Al-Fatihah jugak kepada 529 pengikut Morsi members Ikhwanul Muslimin yang mati dibunuh. perjuangan hebat! Mesir jangan diulang zaman Artartuk Turki. kelak buruk padahnya. *mungkin Mesir belum mengambil iktibar dari sejarah Turki..

aku termenung di hadapan laptop. apa pula sumbangan aku kepada keluarga, saudara seagama dan bangsa? kalau hanya sekadar duduk dihadapan muka buku, check timeline burung pencicit belum terbukti anak solehah, khalifah dibumi Allah.. ingat! letak dunia di tangan bukan di hati. dunia sekadar RnR highway Utara Selatan. destinasinya di akhirat sana. kumpullah sebanyak mana amalan *make sure berqualiti bukan sekadar quantity  di sepanjang perjalanan. Semoga Allah permudah..semoga Allah redha~~

^cheeto^!

wasalam..



2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

amin

Dearie Pearls said...

aloha..
terlalu banyak misteri tak terjawab.

saya pernah terbaca status kawan difb.. 'kalau diberi pilihan untuk mengakhiri hayat ini, saya akan memilih menjadi salah seorang penumpang MH370 kerana seluruh dunia tak kira bangsa agama idealogi mendoakan pemergian saya. dan akan terus diingati untuk beberapa generasi.'

mereka terpilih.