Tuesday, April 15, 2014

berehat sebentar di RnR Gunung Gap, lunch di Gunung Ulu Semangkuk..

aSSalamualaikum..

dua minggu lepas.hiking lagi! yeay! asalnya si Wani, Adell,  dengan Shu nak join sekali. at last Wani tetiba tak jadi pulak ikut.assignment banyak katanya. tinggal lah aku dengan Odah berdua..

pukul 4.45 pagi dah keluar dari UIA. planning kumpul dekat Restoran Fazlina Maju Kuala Kubu pukul 6. terkedek kedek jugak la drive si kancil nak pergi sana pepagi buta. plus, ikut jalan Ulu Yam lama. berdua dengan Odah je dalam kereta. kiri kanan hutan. seram tak payah cakap lah.. berapa kali mengulang ayat Kursi dalam kereta. *ha.. pucat muka! tau takut..

Alhamdulillah.. subuh dekat Masjid Jalan Merdeka Kuala Kubu. lawa oh masjid situ..

dan bermulalah pendakian pukul 9 pagi.. first check point Gunung Gap. trek daki, daki, turun, and daki sampai puncak.. set time 50 minit tapi end up satu jam nak sampai..weehuuu..

lepas tu bergambar dua tiga saat, then teruskan mendaki naik Gunung Ulu Semangkuk. Alhamdulillah, sepatutnya perjalan paling lama 1 jam 50 minit tapi dapat sampai puncak ambik masa 1 jam 15 minit..yeay!

dah samapi puncak apa lagi, bukak dapur lah jawabnya. menu santai group Backpackers selalunya macaroni, spaghetti dengan cucur. but this time, kak Mira buat macaroni goreng. peh! menjilat jari. cucur ikan bilis kak Awin pun sopdappp.. aku tolong makan je..hihi..









with aunty Lily~


K. Ana, Kak Ecah, Kak Anis and Datuk Hasbul.. nie semua geng geng Mr. Hasbul *ceh! lepas naik Gunung Datuk terus dapat title Datuk.. oh! rupanya Kak Anis exUIA dulu. sooo u are my super duper seniorita!



Saudah dengan Kak Mira bersungguh sungguh goreng macaroni. si baju hijau goreng cucur. sesapa nak buat calon menantu kak Mira je yg tak available... eh!


tak habes habes dengan peace no war nyeee...


GoProHero!



tudiaa hasilnya... 


with Kak Masni! enjen turbo kakak nie. laju gilaaa.. and kak Fie sorang lagi.. takdo gambar lah pulak.

presenting video from Backpackers~~




and the Extended.....yeay! 



team kali nie ada hikers tegar tegar belaka. speed laju kemain. apa apa pun really enjoy the moment~~

best thing is dapat pecah rekod. 45 minit dari Gunung Ulu Semangkuk ke Gunung Gap. and 30 minit dari Gunung Gap sampai bawah. *lompat sampai bintang!!!

last week checked in Gunung Telapak Buruk and Gunung Berembun.. next entry lah ye yang itu..harap maklum..

^cheeto^

wasalam..


No comments: