Friday, January 31, 2014

hye hye last semester!!

aSSalamualaikum..


dua minggu semester break. cuti kali nie agak berbaloi. paling best laptop aku macam baruuuu! yeay! lepas dah tukar internal hard disk, format balik lepas tu install windows 8..waaa.. rasa macam laptop baru beli. semangat sikit nak naik sem nie..heee..

lepas tu tolong sepupu aku dekat pasar borong..susun susun sayur. *sebenarnya sayur pun ada yang aku tak kenal.. maluuu oh!

'nak ka buat kerja macam nie?' sepupu tanya.

'erm.. kerja halal apa.dari cuti duduk bertenggek dekat rumah baik datang sini buat apa yang patut..' ayat nak klise je..heheh..

'angkat tomato pun tak larat..'

'angkat koew taw nie macam xnaik ja..'

'kenal tak bayam? labu bunga? kobis bunga?'

chet! sepupu.

lepas nie agak agak kalau lepas grad still menganggur memang situ lah kot tempat kerja sementara aku..

kadang kadang kena merasa jugak susah cari duit dengan cara yang susah. life isn't easy as we dream..

ahad dah nak balik UIA..yeay! last semester.. semoga Allah berkat. semoga Allah permudahkan.. aim untuk semester nie harap dapat work out untuk last 4 subjects. hopefully no distraction lagi macam last semester.. bersyukur dengan result last semester.. amin. amin. fight for last sem!

^cheeto^!

wasalam..

p/s: aku tengah bertungkus lumus nak abeskan lagi 500 muka surat novel konstantinopel panji panji Al-Fateh. worth book to read..




opening of 2014~ Johor-Melaka-Negeri 9-Pangkor part 3

aSSalamualaikum..


last entry opening 2014.. at last..last!!! lepas Melaka transit dekat UIA satu malam. esoknya tu lepas subuh terus gerak Pangkor. sebelum tu singgah Kelly Castle. nak sangat melawat Kelly Castle..







bak kata yani dengan pujah bab sejarah serah kat aku..kui3..  dulu kecik kecik ada gak niat di hati tu nak jadi ahli arkeologi. sebab best pulak tengok orang korek gali tanah cari artifak. tapi bila dah besar ntah macam mana terpilih course accounting pulaks..heh! sejarah kalau setakat nak belajar dan amabil tahu aku memang suka. tapi kalau nak duduk ambik exam paper sejarah memang aku hands up lah.. surrender..

lepas tu terus shoot pergi Pangkor. excited sangat nih! sebab waktu holiday tu weeekdays alhamdulillah dah harga yang murah.. 

bilik standard RM 150 dpt RM130..tu pun last mintak kurang

snorkelling plus keliling pulau RM20

games big marble dengan popparazzi RM30..supposedly 3 game RM50.. tapi kami nak main dua ja. so dapat la RM30.. best thing is pakej nie ada 7 game. pilih la game apa nak..





big marble.. awesome game nie! melompat lompat ha..




popparazzi.. benda alah nie tak stable sangat. baru berapa saat main kami dah terbalik. kalau yg berdiri tu stamina kaki memag kena kuat. aku 3 kali tercampak masuk laut. tapi serious best sebab orang yang manage tu bawak sampai tengah laut jugak la. lagipun kami je customer petang tu. layanan tip top.. 






untuk pakej snorkelling pulak charge RM20.. bawak keliling pulau. tengok batu batu yang bentuk buaya, penyu lepas tu baru snorkelling. terpulang nak sejam or dua jam. kami nak kejar check out chalet. ambik sejam je. tu pun kaki tangan luka luka sebab corals2 tajam. seminggu gak la gatal gatal..hahaha.. *sensitive skin la kekonon..

lepas snorkelling, diorang bawak pulak kat satu pantai untuk mandi manda. sebab tak da orang sangat time tu heaven la kitaorang mandi..


tiba tiba ada orang tulis love letter lah pulak..romantik gitewww..






an advised kalau nak pergi bercuti main macam nie better time weekdays. boleh dapat murah plus hospitality tip top sikit kot. tapi yang tak best time nie takda kedai makan yang bukak. so, kami bawak maggi..so sad~~ 

^cheeto^!

wasalam..

Wednesday, January 22, 2014

opening of 2014- Johor-Melaka-Negeri 9-Pangkor part 2

aSSalamualaikum..


hye! hye! halloo! hallo!! tak habes lagi jelajah semenanjung kitorang singgah sebentar transit dekat Melaka pulak.. mula mula tu jelajah KUIM.. Kolej Islam Melaka.. tempat tu daebak!! kolej dalam kampung.. nice kot tempat tu.. kalau dekat Johor haritu jelajah UTHM, tapi dekat Melaka jelajah KUIM..

tak banyak tempat yang singgah dekat Melaka nie. sekadar ronda ronda Teluk Gong. ambik gambar syok sendiri kat tepi pantai..






lepas tu meronda tengok kampung dekat Tanjung Bidara.. cantik cantik kampung dekat Melaka nie..



singgah Pantai Klebang. pekena coconut shake. serious slurrrppp!! sedap kot coconut shake sini..



dah alang alang dekat Klebang tu sesaja pergi tengok Muzium Kapal Perang tu. bak kata Maput adik si Pujah sekarang still under construction lagi. nak masuk pun murah. singgit je kot..








shadow behind the tittle~~














abe hensem control kapal selam..


nak sangat kan rasa masuk kapal selam macam mana.. haaa.. puas dapat tengok kat dalam tu macam mana. kalau aku tak boleh lah kot nak hidup dalam kapal selam tu.. rasa macam takda oksigen..hewhew.. apa apa pun tabik spring dekat TLDM..

Pangkor trip?? next entry..

^cheeto^!

wasalam...



Tuesday, January 21, 2014

opening of 2014~ Johor-Melaka-Negeri 9-Pangkor part 1

Assalamualaikum...


dah setengah bulan baru nak hupdate blog untuk tahun nie.. hye hye 2014!! sayonara 2013.. 

opening tahun 2014 kali nie trip utara selatan...dari Johor ke Melaka ke Negeri 9.. dan Pangkor next entry..panjang sangat kang nak baut entry panjang panjang nie..tak terbaca pulak kome nanti...

macam biasa kalau pergi Johor of course pergi melawat kubur and family arwah Afham.. dah 3 kali pergi sana..cepatnyaaa masa.. genap dah setahun Arwah Afham meninggal. tp still rasa macam he is around.. he's good friend. cannot be replaced. buat masa nie aku tak jumpa lagi orang macam dia.. rare. Al-Fatihah~~





sempat lagi cari jodoh kat UTHM.. har har har.. *eh! 


this is Nusajaya.. ala ala Putrajaya gitewww.. still under contsruction. tak ramai orang lagi..





sempat lagi berangin malam di Danga Bay..



usah tertipu dengan gambar Legoland. padahal kat luar je nie..tak masuk punn..



fefeling London.. padahal JPO je.. JPO pun barang branded. cuci mata ajelaahhh..

thats all Johor part 1.. next entry kita jelajah melaka-negeri 9 pulak..

^cheeto!^

wasalam..