Wednesday, March 26, 2014

Ibrah MH370..

aSSalamualaikum~~






Innalillahi wa inna ilaihirajiun.. tiada kata kata yang terungkap untuk mangsa mangsa MH370. serta family members of MH370. semoga tabah menghadapi dugaan dan ujian dari Allah.. sesungguhnya pergi tanpa jasad itu lebih pahit dari pergi yang berjasad~~

ibrah dari kejadian MH370 :

1) seluruh dunia tunduk bersujud  memohon petunjuk dan berdoa kepada Allah. lihat betapa kita masih ada sikap ambil tahu welfare saudara seagama. 

2) spekulasi arises. ada yang ambil mudah. make it as joke or whatever. *mungkin masih ada lagi hati hati yang belum tersentuh dengan teguran Allah ini.. 

3) raja bomoh. *semoga dijauhi dari amalan syirik yang menyukutukan Allah. sesungguhnya dalam Surah An-Nahl ada menyebut 'sembahlah Allah sahaja, dan jauhilah taghut..'

4) sehebat hebat atau sebesar besar ciptaan sains manusia, sesungguhnya takkan setanding dengan rancangan Allah.. *Kun Fayakun...

5) keimanan membezakan penerimaan berakhirnya MH370 di Lautan Hindi. mereka yang beragama Islam especially, terima dengan redha, hati yang terbuka biarpun perit dan payah..semoga tabah. have faith~~

dan banyak lagi sebenarnya ibrah ibrah yang aku dapat dari kejadian nie. cumanya, aku bukan ustazah tegar yang boleh berceramah panjang di blog. sekadar peringatan untuk diri sendiri tu boleh la..

apa pun, Kapten Zahari and crew had done a great job. semoga pencarian black box berakhir as possible. agar tiada lagi spekulasi spekulasi jahat yang memeningkan kepala dan merosakkan jiwa.


..........................................

Al-Fatihah jugak kepada 529 pengikut Morsi members Ikhwanul Muslimin yang mati dibunuh. perjuangan hebat! Mesir jangan diulang zaman Artartuk Turki. kelak buruk padahnya. *mungkin Mesir belum mengambil iktibar dari sejarah Turki..

aku termenung di hadapan laptop. apa pula sumbangan aku kepada keluarga, saudara seagama dan bangsa? kalau hanya sekadar duduk dihadapan muka buku, check timeline burung pencicit belum terbukti anak solehah, khalifah dibumi Allah.. ingat! letak dunia di tangan bukan di hati. dunia sekadar RnR highway Utara Selatan. destinasinya di akhirat sana. kumpullah sebanyak mana amalan *make sure berqualiti bukan sekadar quantity  di sepanjang perjalanan. Semoga Allah permudah..semoga Allah redha~~

^cheeto^!

wasalam..



Monday, March 24, 2014

bukan Manchester tapi Sheffield yang proposed~~

Assalamualaikum..


sebenarnya aku tak expect pun Sheffield sudi nak terima aku seadanya..*cewahh..macam ayat masuk meminang je..kui3.. tapi Alhamdulillah..dah dapat tempat nak sambung master dekat UK.. tapi the problem is sponsoreshippp~~~


alhamdulillah..aku dah accept pun offer ni. cumanya surat ni still conditional. sebab tak habes semester lagi plus tak ambik IELTS lagi. nak ambik IELTS tu yang den lomah tu. tapi, Sheffield tak payah ambik IELTS. boleh je hantar certificate GCEO level masa SPM dulu..

intake 29 September. serabut jugak bila fikir sebenarnya. preparation and sponsorship.................................

aku mula tanya diri aku. kenapa nak sambung overseas? kenapa tak dalam Malaysia saja? *picit kepala kerah memikir..

sebab satu : nak belajar independent. sebab dua: nak travel nikmati keindahan bumi Allah.. sebab tiga: aku nak rasa culture education selain Malaysia dan sebab empat: aku nak bukak minda aku yang kadang kadang sempit yaaa amaattt..

bukan sebab nak lari dari sesuatu??? *say whattt??? sesuatu apakah? ya.. sesuatu yang boleh menghalang self esteem. cewahh..

ada yang nasihat 'usaha cari sponsor! banyak lagi masa' - majority

'start keje dulu, nnt da financially stable boleh sambung..'- Akmal

'hg jangan risau k. insya Allah ada jalan..dah dapat tu rugi kalau tak p..'* thanks kawan. aku doakan kaki hang yang baru lepas operation dua bulan lepas cepat sembuh. and come back to UIA. no more study leave..

'Inshaa Allah boleh. a great experience in living abroad is waiting for you. solat hajat kursus tu ye. tu jugak salah satu usaha..'- kak Awanis. mentor!

'kalau rasa kelam kabut defer dulu next year. kawen dulu baru sambung' *whatt??? soal kawen lagi? bila Allah dah bukak pintu hati insyaAllah kawen jugak aku nanti. no worries. 

'nak defer ke tahun depan pun ok. takut kelam kabut untuk preparation visa etc..' - Bahijah. sekarang kat Sheffield.

'pergilah. bukan senang nak dapat offer. angah dulu dah terlepas. dapat sponsor dari UEM dengan KPM.' - angah. cousin.

semuanya nasihat dari mereka yang berpengalaman. aku terima. *eh! macam aku terima nikahnya pulak.. aku sedang usaha jugak cari sponsor sebenarnya. terharu bila ramai yang whatsapp and massage website yang offer scholar. terima kasih Allah . kurniaan sahabat yang sentiasa lend their shoulders. 

terharu dengan Kak Alang, Kak Awanis, Bahijah and others..

insyaa Allah.. semoga Allah permudahkan urusan. kalau bukan tahun nie pun aku tetap akan pergi tahun depan. 

kalau bukan di UK pun kat dalam Malaysia dah syukur Alhamdulillah.. 

tanya hati. tanya iman. consult dengan Allah. Fa'aina Tazhabun??  apa yang mahu sebenarnya. 

'Kemana dikau mahu pergi? Katakaan, katakan paada hatimu,kemana dikau mahu berlari, apakah matlamat terakhirmu, kemana destinasi yg mahu dikau tuju? Manusia ramai yg begitu. Di saat jalan fitrah terbentang di hadapan mata, mereka masih mencari jalan susah yg membwa derita...'- La Tahzan Terasing by Ibnu Rijal... 

Istikharah is the best way~ Allah is the most ultimate planner.. apa apa pun keputusan daripadaNya aku terima..

semoga Allah redha.. semoga Allah permudahkan jalan..

^cheeto^!

wasalam..




Gunung Angsi checked!!

Assalamualaikum..


at last..terupdate jugak. Gunung Angsi checked! last naik Gunung Datuk seminggu before Ramadhan last year. tetiba body shock last week naik gunung lagi. tapi alhamdulillah. sangat sangat la bersyukur sebab dapat rasa nikmat breathtaking scenery and awesome view..

hobi hiking sebenarnya dah lama terkubur. sejak Awin bertunang last semester. *sekarang Awin dah kawen dah pun. and going to be mom! wehuu.. anak sedara lagi skuad aku nampaknya. and Suhaila pun dah bertunang. susah dah la nak ajak tunang orang nie kan. hihu.. si Saudah pulak busy tolong mak dia uruskan butik.

tetiba di pagi yang hening tengah buat assignment, Wani inbox ajak naik Angsi. pucuk paku dicita ulam raja yang mendatang. of course la nak!!

checkpoint kitaorang start dari Bukit Putus and turun ikut laluan Ulu Bendol. so, kalau naik dari Bukit Putus perjalan naik tak lama. dalam dua jam. tapi alhamdulillah, we manage to make 1 hour and 20 minutes! *gosok dagu..ngeh3..

tapi nak turun. ikut Ulu Bendol. Allahurabbi... first one hour trek amat amat menguji mental. plus kaki dah start shaking to the max. berzikir ajelah dalam hati nie haaa...

dah sampai bawah, dapat sirap limau ais terus krem both leg. hahahaha.. thanks Sharifah for YokoYoko..haih~



team Backpackers! Thanks to them for inviting us.. 








ini bukit botak namanya.. aku and the geng ikut laluan air a.k.a laluan tipu. sebab malas nak pakai tali..




muka happy dah sampai puncak


starting point.. Bukit Putus..



view of Kuala Pilah. 20 minutes to summit of Gunung Angsi from Bukit Putus.. subhanallah!



credit Encik Erwan and Wani for those awesome pictures..

sabtu ni  28 Mac OAC plan nak naik Gunung Datuk. tapi sadly aku nak p melawat orang sakit.. takda rezeki nak naik Gunung Datuk untuk kali kedua..

hajat dihati nak naik Brinchang sebelum graduation. semoga jadilah~~ heheheh

^cheeto^!

wasalam~~


Wednesday, March 12, 2014

Manchester~ good bye! take hikmah behind in positive way~

aSSalamualaikum..

kadang kadang tu orang kata instinct boleh jadi betol dan kadang kadang just perasaan. tapi betol la, harapan nak sambung master dekat Manchester dah terkubur oh~ sedih nie tak boleh nak explain. kecewa sangat lah. bukan sebab Manchester reject application. tapi sebab tak dapat loan MARA. itulah ceritanya..

aku memang dah rasa nak dapat loan bukannya senang. aku tengok applicants yang apply loan program overseas tu pun ramai yang dah kerja, working experience bertahun tahun.. so kalau pointer ciput macam aku probability rendah nak dapat. lagipun aku still last semester kan. mungkin salah satu faktor nak dapat loan agak susah..

so, aku take hikmah behind in positive way:

1) mungkin aku tak cukup matang untuk hidup kat tempat orang. memandangkan aku jenis yang cepat panik, mudah influence, cepat give up and mudah terasa kalau berkomunikasi dengan orang yang kasar.

2) Allah nak aku kerja dulu. tolong mak dengan ayah. memandangkan aku anak yang sulung.

3) settlekan hutang PTPTN. plus, hutang kereta. memandangkan ayah baru belikan Myvi. sekarang makhluk yang bernama MYvi tersebut tersadai kat rumah dan aku tak test drive pn lagi.

4) mungkin betol apa yg Prof Nik cakap 'continue master without working experience is not easy. I advice you as a mother to a daughter..'

5) mungkin aku takkan boleh survive.

6) niat salah.. nak travel Europe cari jodoh ke nk belajar?

7) atau mungkin rezeki tahun depan

8) atau mungkin rezeki waktu kerja nanti..

9) atau mungkin rezeki kawen?? *kawen?? for time being aku tak bukak lagi pintu hati untuk sesiapa..plus, aku tak cukup baik untuk sesiapa..nak love after marriage la..

10) atau mungkin ada scholar lain yg boleh apply. *seriously aku dah give up nak cari.

sungguh salah satu sebab nak sambung belajar aku rasa tak ready nak masuk dunia pekerjaan. plus, weaknesses aku jenis tak boleh tahan kena marah. nanti mula la nak banjir kilat. plus, aku prefer untuk jadi academician instead of accountant ataupun auditor.

tapi Syamirah kata 'sekarang memang rasa tak bersedia. tapi, you have to move to another stage of life. we are not child anymore. you have to and you must to. bila dah kerja nanti, insyaAllah mesti boleh survive.

aku tau mak pun sebenarnya berat hati nak bagi aku sambung. katanya mak takut kalau aku ada kat tempat orang..

next future plan.. part time master in local..maybe..keep on praying..

Allah is the best planner~~ hikmah juga rahsia Allah..

^cheeto!^

wasalam..

p/s: PrayforMH370